10 aktiviti menarik di Tioman Berjaya Resort

10 aktiviti menarik di Tioman Berjaya Resort yang boleh dilakukan

1. Kayaking
Di sini para pelancong boleh berkayak solo atau berdua, di sekitar pantai Berjaya Hotel dan Pulau Renggis. Keindahan batu karang dapat dilihat dari atas ketika berkayak, bagus untuk berselfie bersama teman.
 img_20161021_181408
2. Jungletrekking
Selesai saja makan tengahari, kami bersiap2 tukar ke pakaian sukan dan berkumpul di kawasan lapang untuk diberi taklimat sebelum aktiviti seterusnya iaitu jungle trekking. Perjalanan mendaki bukit berlansung sekitar satu jam. Di sepanjang perjalanan, tour guide kami, Encik Musa berhenti di check point2 tertentu dan menerangkan tentang hutan, binatang2 yang ada, tumbuhan, dan bunga2 yang berkhasiat.
Terdapat pokok gergasi yang digunakan oleh orang2 lama dengan mengetuk batang pokok untuk menghasilkan bunyi yang kuat, boleh didengar di seluruh hutan. Kegunaan nya adalah untuk memberi signal kepada semua supaya berkumpul semula. Selain dari itu kami juga dinasihatkan supaya berjaga2 dengan daun beracun yang terdapat di sekitar hutan tersebut. Nampak seperti daun biasa yang terdapat di seluruh hutan, tetapi jika terkena racunnya, mangsa boleh lumpuh berbulan2. Kami juga terserempak dengan biawak dan charmeleon. Terdapat juga cendawan lingzi yang penuh khasiat dalam meningkatkan daya tahan tubuh, mencegah alergi, menurunkan kadar kolestrol dan lemak, mengurangkan kadar gula dan banyak lagi.
Setelah sejam berjalan, akhirnya kami sampai ke final checkpoint iaitu Waterfall. Saya terus terjun dan basahkan diri dengan air terjun. Penat mendaki selama sejam terus hilang. Nikmat sejuknya air bukit, tidak dapat dikatakan. Kami sempat bergambar bersama para2 blogger sebelum meneruskan perjalanan balik ke homestay sebelum hari gelap.
 _dsc9123-copy _dsc9121-copy
3. Glass bottom boat
Selain dari aktiviti jungle trackking, Berjaya Hotel juga menyediakan boat yang mempunyai cermin di bahagian bawah kapalnya, di mana pelancong boleh melibat dasar laut dengan hanya bersiar2 menaiki bot. Pelancong boleh menyaksikan keindahan terumbu karang dan ikan2 yang terdapat di sekitar tioman sepanjang bot trip berjalan.
 img_20161021_162501
4. Golf
Berjaya Hotel Resort mempunyai kawasan padang golf yang agak besar, di sini kami diajar teknik2 untuk bermain golf dengan betul. Seringkali lihat di tv, mudah saja cara memukulnya, tetapi apabila kami sendiri mencuba, ternyata agak sukar dan agak memenatkan lebih2 lagi apabila posisi badan harus selari dengan kayu golf supaya pukulan yang dilepaskan akan lebih tepat. Tak sangka pula sukan golf ni memenatkan, tengok cam mudah dan senang jer selama ini.
 _dsc8927
5. Spice Tea Garden and SPA massage
Selepas penat jungletrekking, kami singgah di Tea Garden ini dan menikmati teh yang dicampurkan dengan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan, bau dan aroma yang menyenangkan, relaks dan santai datang dari teh yang telah dicampurkan, membuat penat hilang. Di sini juga disediakan khidmat untuk SPA dan urut. Kepada sesiapa yang berasa letih boleh mengambil pakej berpatutan yang diuruskan oleh pihak Berjaya Hotel.
 _dsc9102-copy
6. Snorkeling
Kami dibawa ke Pulau Renggis berdekatan dengan Berjaya Hotel menaiki bot, di sini kami diberi peralatan “Snorkeling” dan mula berenang sambil menikmati permandangan batu karang bewarna warni, menyaksikan pelbagai jenis ikan berenang2 dan bermain di sisi batu karang. Terdapat banyak landak laut berdekatan dengan batu karang. Tour guide kami beritahu, kebanyakkan batu karang ini mati berpunca dari landak2 laut (COT) tersebut.
Usaha untuk membersihkan kawasan terumbu karang ini, dengan beberapa pihak sedang dijalankan untuk memastikan batu2 karang ini terjaga dari kemusnahan.
 img_20161021_170730

7. Night Walk
Selepas makan malam ala2 buffet, kami dibawa berjalan2 di sepanjang
 pantai. Kami berborak2 sambil menghidup udara malam yang segar, diselangi kelibat2 lampu bot begermelapan. Sesampai di jeti, kami menyaksikan kekawan burung layang2 tidur di tali2 pengikat bot. Lagenda mengatakan bahawa sesiapa yang dapat menangkap burung layang2 dengan tangan, maka kehidupan mereka akan lebih diberkati dan hidup senang. (orang islam jangan percaya ya hehe)
 _dsc8951
8. Berbasikal di kawasan resort (sejam rm5)
Anda boleh berbasikal mengelilingi resort menikmati suasana pantai dan kehijauan gunung ganang, udara segar, permandangan indah. Ada basikal biasa dwi-basikal.
9. Seahorse statue (Event ini tidak ditawarkan untuk pelancong2 biasa, hanya ada media sahaja.)
Semasa saya di sini, kami collaborate dengan adik2 dari sekolah kebangsaan tekek untuk membina patung berbentuk kuda laut berasaskan botol2 terpakai.
 _dsc9042-copy
10. Food taste (Event ini tidak ditawarkan untuk pelancong2 biasa, hanya ada media sahaja.)
Di kala para2 media yang dijemput sedang menikmati makanan tengahari di Restoren Sri Nelayan, demonstrasi “live” memasak dari Chef Berjaya Hotel & Resort dijalankan. Terdapat beberapa hidangan dari chef2 berlainan di setiap meja. Pada pendapat saya, hidangan terbaik yang disediakan adalah  “Australian Beef Zurichoise” di mana, daging ini disalut tepung nipis dan digoreng atas kuali dengan butter, kemudian di limpahi dengan campuran masakan sos yang dinamakan zurichoise. Pabila masuk ke mulut, rasa jus daging yang enak ibarat cair di mulut, tidak di tangan, memang amat sedap. Boleh saya katakan, ini adalah masakan daging paling sedap pernah saya rasa seumur hidup. Kemudian, diikuti oleh masakan seterusnya “Pan Seared Salmon with Orange Emulsion”. Ikan salmon segar digoreng atas kuali, dan disalut dengan kuah emulsion orange yang dimasak dengan beberapa bahan lain, pabila dimakan, rasa segar ikan salmon dengan kuah emulsion sangat mengasyikkan. Selain itu, terdapat juga demo masakan kuih tradisional onde2 dan kuih gulung oleh chef2 lain.
 _dsc9067-copy
11. Berbelanja di kedai “Duty free”
Sebelum menaiki feri balik ke Tanjung Gemok, kami sempat membeli belah di kedai bebas cukai berdekatan dengan pelabuhan feri. Saya tidak melepaskan peluang untuk membeli ceklat2 dan baju sebagai cenderamata untuk dihadiahkan pada family dan kawan2 saya.
Sudah pasni ferero roshe menjadi pilihan hati, favourite ceklat !
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan di Berjaya Tioman Resort. Apa yang kami nyatakan disini adalah 10 perkara yang paling best boleh anda lakukan. Tak perlu pening-pening dengan 10 perkara ini sudah cukup untuk menikmati percutian selama 3 hari 2 malam di Berjaya Tioman Resort.

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: