10 Perkara Di Filipina Sempena Tahun Baru 2017

Tahun baru sering dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat sebagai permulaan tahun baru atau motivasi baru dalam hidup masing-masing. Begitu juga dengan setiap negara sebagai permulaan sasaran yang ingin dicapai. Bagaimana sambutan di Filipina? Di sini saya ingin kongsikan 10 perkara sambutan tahun baru di Filipina baru – baru ini.

1.Tahun baru 2017 di Filipina di sambut secara sederhana di tetapi tetap meriah di kalangan ahli keluarga terdekat di kawasalan luar bandar mahupun di bandar.

2. Biasanya di sambut dengan makanan yang enak dan bunyi mercun. Kemudian diteruskan dengan aktiviti video karaoke pada malam tahun baru.

3. Mercun banyak dijual sama ada ditepi jalan atau dikedai-kedai kecil. Perlbagai jenis mercun ada dijual namun yang menjadi pilihan ada mercun yang mengeluarkan pelbagai jenis corak dan warna yang biasa kita lihat di Malaysia

4. Pihak gereja juga mengadakan upacara keagamaan sempena tahun baru yang di panggil MASS NEW YEAR. Ramai anak muda dan rakyat jelata akan berkumpul di situ.

Sumber PHILSTAR. . Lebih kurang macam ni lah keadaannya.

5. Walaupun 1 Jan adalah cuti am dan ramai yang pulang ke kampung masing-masing namun pusat membeli belah tetap penuh dan sesak dengan rakyat umpama menyambut perayaan besar. Kedai makan dan restoran sentiasan sesak dengan pelanggan. Pengangkutan awam sentiasa diperlukan tetapi jalan raya tidaklah sesibuk seperti hari bekerja.

6. Ada juga keluarga membawa berkelah di tempat lapang berhampiran Rizal MONUMENT bagi meluangkan masa bersama keluarga

7. Pemandu teksi di sini menggunakan Grabcar sebagai alternatif untuk mendapatkan pelanggan berbeza di Malaysia pemanduk teksi yang menentang aplikasi ini.Walaupun ada Grabcar masih susah untuk dapatkan kereta terutama pada masa kemuncak di pusat membeli belah.

8. Bermain mercun adalah perkara biasa menyambut tahun baru dan menjadi perkara biasa berita mangsa cedera disebabkan mercun di Tv dan surat khabar.

9. Kebakaran rumah slum community di Quezon city menjadi berita sedih pada penghujung tahun 2016. 1000 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

10. Misi 2017 Duterte Preside Filipina mengajak rakyat bersama melawan Dadah dan RASUAH. Berdasarkan kenalan di Filipina ada yang menyokong usaha Presiden mereka. Namun ada yang skaptikal dengan usaha tersebut apabila melibat SISTEM KEADILAN diabaikan

 

Itu di Filipina ? Bagaimana pula dengan tahun baru anda?

Related Post

Leave a Reply