10 Perkara Mengapa Tidak Digalakkan Bercuti Dalam Musim Hujan

10 Perkara Mengapa Tidak Digalakkan bercuti dalam musim hujan berdasarkan pengalaman aku melihat kesan Taufan Nina yang di Bandar Naga sehingga ke Bicol, Filipina pada 25 Disember 2016.

1. Kemalangan jalan raya boleh berlaku semasa ribut taufan disebabkan oleh pokok tumbang, tiang elektrik tumbang dan kenderan terbabas kerana angin kencang

2. Sistem pengangkutan tergendala menyebabkan anda tidak boleh bergerak ke tempat yang dituju. Tempoh menunggu tidak boleh dijangka.

3. Kenderan terbaik untuk bergerak laju ketika itu adalah motor kerana boleh cilok mencilok dan merempit di laluan sempit.

4. Walaupun keadaan sudah tenang, laluan trafik terganggu kerana pokok dan tiang elektrik tumbang di tengah-tengah jalan.

5. Perjalanan biasa mungkin 2 jam tetapi disebabkan cuaca tidak bagus seperti taufan mungkin mengambil masa 4 jam atau 2 kali ganda dari masa asal.

6. Apabila berlaku ribut taufan selalunya sistem elektrik terganggu. Rumah-rumah biasa akan bergantung kepada lilin dan generator. Termasuk hotel dan pusat membeli belah.

7. Jika rumah musnah teruk atau mereka malas duduk rumah sebab tiada elektrik, kebanyakkan akan tinggal di hotel. Peratusan hotel penuh amat tinggi.

8. Kebanyakkan mereka akan lepak di pusat membeli belah kerana berhawa dingin dan untuk cas telefon.

9. Oleh sebab itu pusat membeli penuh dengan orang ramai dan restoran dan cafe sentiasa penuhi orang ramai seperti menyambut hari perayaan.

10. Sebagai bekalan makanan, boleh beli bahan masakan di pusat belah di supermarket SM. Di situ terdapat pilihan bahan masakan yang halal. Banyak kedai dan restoran tutup kerana taufan. Cara terbaik adalah memasak sendiri..

Kesimpulannya sentiasa mengambil tahu keadaan cuaca yang bakal berlaku di tempat yang kita akan lawati. Jika masih ingin pergi, sentiasa bersedia dengan pakaian dan peralatan yang sesuai mengikut cuaca dan tempat. Lebih lagi musim hujan, taufan, banjir dan salji.

p/s : Proses pemulihan di Filipina mengambil masa 3 bulan untuk pulih sepenuhnya seperti sediakala. Lamakan

 

 

Related Post

Leave a Reply