10 Perkara Yang Unik Di Sungai Besar

Sungai Besar salah satu tempat Eco Pelancongan yang menarik untuk dikunjungi di negeri Selangor. Untuk ke Sg Besar boleh menggunakan Lebuh Raya Plus kemudian melalui Lebuh Raya Latar.

Perjalanan mengambil masa 1jam 15 minit dari Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda Sg Besar terkenal dengan Sawah Padi di Sekinchan dan juga kampung nelayan.

Mengikut maklumat oleh orang tempatan bahawa harga makanan laut di sini asalnya murah tetapi disebabkan mendapat pemintaan tinggi dari orang luar menyebabkan harga jadi tinggi dan orang tempatan terpaksa bayar lebih. Mari kita lihat apa yang best di Sg Besar dan Sekinchan yang boleh dilakukan dalam masa 1 hari.

1.Sarapan pagi di Nasi Lemak Batu 9 Tangjung Karang

Jika anda sampai pagi di sini korang boleh cuba Nasi Lemak Batu 9 di tepi jalan. Pelbagai lauk tambahan untuk nasi lemak anda boleh cuba. Tetapi untuk penggemar nasi lemak macam aku ni yang selalu makan nasi lemak waktu pagi, aku tetap suka Nasi Lemak di Shah Alam. Korang jangan pikir Nasi Lemak Anak Dara yer sebab orang yang membesar di Shah Alam jer yang tahu nasi lemak mana yang paling sedap. Berbaloi untuk cuba cuma tekak aku lain sikit. Lain tekak lain orangnya.

Lokasi : Nasi Lemak Batu 9 Tanjung Karang

img_20161013_095358-copy img_20161013_100449-copy img_20161013_095408-copy

 

2. Keliling Sawah Padi Dengan Kereta Klasik

Dengan menaiki kereta klasik boleh melihat kecantikan hamparan sawah padi dengan warna-warna yang berbeza seperti hijau dan kuning mengikut nombor parit. Sistem parit sawah padi selangor menggunakan teknologi Korea memastikan bekalan air sentiasa anda dan sawah padi sentiasa menghasilkan beras.

Kereta Klasik ini akan berhenti di satu spot yang cantik untuk penumpang mengambil gambar. So tak perlu risau kerana mereka akan berhenti untuk beri peluang kepada anda untuk ambil gambar.

Lokasi : Sawah Padi Sekinchan

dsc_0617-copy

dsc_0618-copy

img_20161013_114203-copy

3. Melawat Muzium Padi

Di sini anda boleh lihat bagaimana padi diproses menjadi beras. Dengan bayaran masuk RM5, anda diberikan cederamata beras dan juga penerangan oleh tour leader yang akan menerangkan bagaimana proses penanaman padi sehingga menjadi beras. Sekarang ini semuanya menggunakan jentera dari bermulanya proses menyemai benih padi hingga menuai padi.

Melalui bilik kaca kita dapat lihat dengan lebih jelas mesin-mesin memproses beras dan bungkusan yang dihasilkan antaranya Pearl Fragrant Rice, Pearl Brown Rice dan Healthy Brown Rice. Selain itu terdapat sudut sejarah bagaimana penanam padi di Sekinchan yang memaparkan pelbagai replika paralatan penanaman padi. Di akhir tour ini akan dibawa ke kedai yang menjual produk berasaskan beras.

Jika kehausan boleh singgah kafe di muzium ini yang menjual produk makanan yang berasakan beras juga. Satu pengalaman yang menarik melawat muzium ini kerana dapat melihat bagaimana padi diproses. So kena datang bagi yang tidak pernah melihat bagaimana beras dihasilkan.

Lokasi : Muzium Sawah Padi Sekinchan

dsc_0583-copy

dsc_0592-copy

dsc_0599-copy

dsc_0602-copy

dsc_0605-copy

4. Melihat Proses Penanaman Cendawan Menggunakan Jerami

Selain dari melihat proses penanam padi, kita boleh lihat proses Penanaman Cendawan Tiram Putih di Nisa Agro Farm. Apa yang menarik di Nisa Agro Farm in yang mereka menggunakan media Jerami bahan asas dalam proses menghasilkan cendawan. Menurut pemilik ladang dengan menggunakan jerami proses menjadi lebih mudah dan kuat dari serangan kulat.

Lokasi : Nisah Agro Farm, Peket 60 Sg Nipah,
Sg Besar, Selangor

dsc_0623-copy dsc_0631-copy dsc_0626-copy

5. Makan Tengah Hari di D’Bayu Impian Housestay

Untuk lokasi makan tengah hari boleh cuba di D’Bayi Impian Housestay yang terletak di Parit 16 Sungai Panjang, Sungai Besar. Bagi yang tidak pernah rasa masakan orang tempatan, di sini menyediakan makanan tempatan yang terbaik. Lauk ikan antara yang terbaik pernah aku rasa.

Selain dari masakan D’Bayu Impian Housestay,tempat ini juga adalah pusat penginapan seperti resort dengan pelbagai kemudahan lengkap. Semasa aku datang kolam renang dan rumah buluh dalam pembinaan.

Housestay ini juga sesuai untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti team building dan juga reuinion persatuan atau bekas pelajar kerana terdapat kemudahan seperti dewan seminar dan kelas. Perkhidmatan lain turut disediakan adalah aktiviti memancing, meja pool, karaoke, BBQ, menu pilihan, aktiviti kebudayaan, silat, kuda kepang dan kompang

Lokasi : D’Bayu Impian Housestay, Parit 16 Sungai Panjang
Sungai Besar, Selangor

Tel : 019-3729570

Web : dbayuimpian.blogspot.com

dsc_0637-copy dsc_0641-copy dsc_0640-copy

6. Melihat Kelip-kelip Sungai Panjang

Untuk aktiviti malam paling sesuai adalah melihat Kelip-Kelip di Sungai Pakeh yang terletak di kawasan Pedalaman Sungai Panjang. Sebenarnya kawasan in adalah kawasan baru yang dibangunkan sebagai Taman Kelip-kelip yang bakal menjadi tarikan orang ramai selain Kelip-Kelip di Kampung Kuantan.

Kelip-kelip boleh dilihat sepanjang 3 kilometer di Sungai Pakeh. Menurut orang tempatan jenis Kelip-Kelip di sini tidak ada di tempat lain. Amat menarik tempat ini bagi yang gemarkan suasan alam semula jadi dan juga ingin menikmati suasana malam dengan kehadiran kelip-kelip.

Tempat ini juga menjadi tempat singgah  Burung Enggang yang dikatakan jarang ditemui di tempat lain.

Untuk melihat kelip-keli anda akan dibawa dengan menaiki sampan dan akan menyusuri tebing sungai dalam keadaan gelap sambil menikmatai cahaya kelip-kelip. Jika anda berminat boleh terus hubungi nombor yang tertera pada gambar dibawah kerana buat masa ini perkhidmatan berdasarkan panggilan telefon atau permintaan.

Lokasi : Rancangan Tanah Belia 1, Sungai Panjang

dsc_0646-copy img_20161013_153812-copy

7. Membeli ikan dan kueh di Pasar Petang  Sungai Hj. Dorani

Manakala bagi aktiviti petang anda boleh singgah ke sini seawal jam 4 petang. Di sini terdapat gerai yang menjual pelbagai jenis ikan segar terus dari laut yang dihantar oleh nelayan atau mereka sendiri yang jual.

Selain itu terdapat gerai-gerai makanan yang menjual makan tempatan (local food) dan kueh mueh.  So kalau nak rasa kueh tradisional tempat-tempat seperti ini memang best untuk kita datang untuk merasai makan tempatan. So setiap petang memang mereka ada cuma bila hari minggu lagi ramai peniaga yang  ada di sini.

img_20161013_161838-copy img_20161013_163221-copy img_20161013_163244-copy

dsc_0660-copy

 

8. Melihat pembuatan kraf kulit  di Kraf Nayan

Tidak jauh dari Pasar Petang Sungai Haji Dorani  boleh singgah ke Kraf Nayan untuk melihat pembuatan berasaskan kulit binatang. Semua produk yang dihasilkan adalah dihasilkan sendiri oleh pemilik Krah Nayan iaitu En Mazlan.

Produk yang mendapat sambutan adalah seperti beg dan dompet. Dengan menggunakan medium facebook produk Kraf Nayan mendapat sambutan yang baik.

img_20161013_171454-copy img_20161013_172242-copy

9. Makan Malam di Nasi Buloh

Terletak bersebelahan Kraf Nayan terdapat restoran yang terkenal dengan nama Nasi Buloh. Apa yang menarik di sini adalah Set Nasi Buluh ini di mana nasi itu dikukus bersama-sama dengan daun pisang kemudian di letak di dalam buluh. Kemudian dikukus mengikut jangka masa tertentu.

Kemudian dengan set nasi buluh itu di tambah dengan pelbagai jenis lauk-pauk mengikut citarasa lauk tempatan seperti ayam dan ikan gorang, lauk masakan jawa dan banjar dan pelbagai lagi. Pelbagai minuman disediakan seperti jus buah-buahan. Sebagai penamat atau desert Kelapa Muda Leleh menjadi santapan terakhir. Memang berbaloi untuk mencuba Nasi Buloh di sini.

Lokasi : Nasi Buloh, Parit 7 Sungai Leman, Sekinchan

img_20161013_172825-copy

img_20161013_173751-copy

img_20161013_173844-copy

img_20161013_180350-copy

dsc_0663-copy

 

 

10. Pantai Redang

Lokasi terakhir adakah di Pantai Redang yang menjadi pilihan pengunjung untuk melihat sunrise (matahari naik) dan sunset (matahari terbenam). Cuma yang tak best adalah terdapat najis – najis anjing yang bersepah. So hati-hati apabila berjalan di kawasan tepi pantai. Tidak jauh disitu anda boleh melihat pusat pendaratan nelayan memunggah hasil-hasil tangkapan.

img_20161013_185114-copy

img_20161013_184324-copy dsc_0667-copy

Sebagai Kata Akhir

Sebenarnya banyajk tempat-tempat menarik di Selangor yang boleh kita lawati terutama yang tinggal di Selangor , Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.

Tidak jauh pun untuk ke Sungai Besar dan sememangnya menjadi pilihan untuk anda yang ingin Day Trip atau Satu Hari Perjalanan tetapi banyak pengalaman dan aktiviti boleh dilakukan bersama kawan-kawan atau keluarga.

Untuk mengetahui tempat menarik di Selangor boleh Klik DI SINI 

Dekat Jer!

3,703 total views, 37 views today


Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: