10 Tempat Yang Perlu Dilawati Di Malaysia 2018

Tahun 2018 bakal menjelma tidak lama lagi tapi masih tiada idea untuk melancong ke mana? Jangan bimbang, di sini saya cadangkan senarai tempat yang perlu dilawati oleh anda semua pada tahun 2018.

1.Pulau Rawa,Johor

Pulau Rawa,Johor persis Kepulauan Maldives kerana pulau ini ibarat sebuah pulau mutiara yang tersimpan rapi tidak dinodai oleh arus pemodenan. Ramai yang tidak mengetahui kewujudan pulau rawa yang terletak di Johor ini. Pulau kecil ini terletak di Johor kira-kira 16km dari Mersing.

Untuk ke Pulau Rawa pengunjung bolehlah menggunakan speedboat dari jeti Mersing yang mengambil masa kira-kira 20-45 min bergantung kepada keadaan laut. Buat pengetahuan pengunjung di Pulau Rawa hanya menyediakan kemudahan penginapan 2 resort sahaja iaitu Alang Rawa Resort dan Rawa Island Resort.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Rawa antaranya mandi laut,snorkeling, selam scuba, kayak,mendaki puncak bukit, BBQ, santai di gazebo atau stargazing di tepi pantai dan menonton pertunjukan bunga api. Menarik kan?

Di Pulau Rawa juga disediakan gelongsor air(slide) yang membawa anda terus ke laut tidak seperti taman tema air yang membawa anda terus ke kolam. Ada dua gelongsor yang disediakan pastikan anda cuba kedua-duanya.

Pemandangan air laut di Pulau Rawa cukup memukau hati di samping batu karang (coral) yang terjaga rapi dan anda juga boleh melihat ikan-ikan berenang di pesisir pantai. Untuk yang mahu mencuba selam scuba dinasihatkan anda mempunyai lesen scuba supaya memudahkan urusan pendaftaran.

Sudah bosan dengan aktiviti air , ingin melihat suasana sunset di Pulau Rawa? Apakata cabar diri anda untuk panjat anak tangga hingga sampai ke puncak Pulau Rawa. Dari atas puncak anda boleh menyaksikan pemandangan matahari tenggelam yang begitu mengasyikkan.

Makan malam biasanya akan disertakan dengan konsep BBQ. Sekiranya, anda bernasib baik, akan ada pertunjukan bunga api pada waktu malam sekitar jam 9.00 malam selepas waktu makan malam dan BBQ.

Pertunjukan bunga api

Sumber gambar : Google

2. Bukit Tinggi,Pahang

Bukit Tinggi yang meliputi kawasan hutan tropika seluas 16,000 ekar merupakan sebuah destinasi percutian yang dingin yang mengambil masa 60 minit memandu dari Kuala Lumpur.

Disajikan dengan pemandangan yang indah serta suasana yang nyaman Bukit Tinggi merupakan destinasi yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan khususnya buat mereka yang gemar bergambar. Di sini saya sertakan tempat menarik yang memikat hati terdapat di Bukit Tinggi.

  1. Colmar Tropicale

Colmar Tropicale adalah tempat yang wajib dilawati jika pergi ke Bukit Tinggi. Bangunan dan suasani di sini bertemakan konsep perkampungan Perancis pada pertengahan abad yang lalu. Reka bentuk bangunan yang gah tersergam cukup membuat pengunjung seperti kembali ke zaman kegemilangan Perancis.

Dari kejauhan pemandangan bangunan Colmar Tropicale

Pemandangan sekitar Colmar Tropicale

Untuk pilihan makanan pelbagai restoran berkonsepkan makanan Perancis disediakan. Jadi tidak perlu bimbang tetapi harga makanan yang dijual di sini sedikit mahal mengambil kira faktor tempat ini yang terletak jauh dari bandar.

Salah satu restoran yang terdapat di sini
Antara sajian yang terdapat di La Boulangerie

2. La Lavande Massage & Spa

Spa yang bertemakan Eropah yang menawarkan pelbagai rawatan kecantikan seperti urut kaki refleksologi hingga ke therapeutic massage. Spa ini unik kerana ia merupakan sebuah spa yang mesra kanak-kanak.

3. Japanese Village

Dari perkampungan Perancis anda boleh menelusuri keindahan perkampungan Jepun tradisional yang aman. Japanese Village mengetengahkan konsep perkampungan Jepun tradisional yang dihiasi dengan taman hijau yang saujana luas mata memandang dengan tujuan untuk menghidupkan kembali suasana Jepun dahulu kala.

Perkampungan Jepun ini dihiasi dengan kolam ikan koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik. Antara tarikan yang terdapat di sini ialah Rumah Teh Jepun, Taman Botanikal, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan restoran Ryo Zan Tei.

Sumber gambar: Google

3. Tasik Kenyir,Terengganu

 

Bagi pencinta alam semulajadi Tasik Kenyir merupakan tempat yang patut diterokai kerana is dikelilingi oleh hutan hujan tropika tebal. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya Santuari Kelah Sungai Petang, Jungle Trekking ke Air Terjun Langsir, House Boat, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV), Taman Herba Pulau Sah Kecil, Caving di Tasik Kenyir, Hiking di Gunung Gagau dan memancing ikan di sekitar tasik.

Santuari Kelah Sungai Petang

 

Mandi-manda di Air Terjun Langsir
Caving di sekitar Tasik Kenyir

Jika berkunjung ke Terengganu bolehlah singgah sebentar merehatkan minda menikmati alam semulajadi yang tidak ternilai di Tasik Kenyir.

Sumber gambar: Google

4.Penang

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan jika berkunjung ke utara tanah air, Penang. Di bawah saya senaraikan antara tempat-tempat menarik boleh dilawati di Penang.

  1. Penang Escape Theme Park

Bagi penggemar aktivit lasak yang ingin menguji adrenaline anda di sinilah tempat yang menjadi kegemaran buat golongan ini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Website:  Escape Theme Park Penang

Sumber gambar: Google

2.Bukit Bendera,Penang

Bukit Bendera adalah stesen bukit penjajah pertama yang dibangunkan di Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada Western Hill, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Flagstaff Hill dan Government Hill, ia terletak 6KM dari Georgetown. Terletak 821m di atas ibukota Pulau Pinang, ia biasanya kira-kira lima darjah lebih sejuk daripada Georgetown. Ia adalah hutan hujan tropika terakhir di Pulau Pinang. Flora dan fauna di sini telah dilindungi sejak 1960. Tetapi ia tidak mempunyai keutamaan yang sama seperti Genting Highlands, Bukit Fraser atau Cameron Highlands tetapi ia adalah salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di Pulau Pinang dan tempat menarik di Penang.

Cara yang paling popular untuk kebahagian atas bukit adalah Kereta ApiBukit Bendera . Terletak di kaki bukit , funicular ini bermula dari Air Itam. Dibina pada tahun 1923, ia adalah salah satu sistem funikular tertua di dunia dan mempunyai trek 2,007m panjang yang memanjat bukit di merangkak kadar yang 30 minit.

Website: Penang Hill

3.Penang Street Art

Penang Street Art merupakan suatu keunikan yang terdapat di Pulau Mutiara. Anda boleh abadikan momen terindah anda dengan menggayakan aksi anda bersama karikatur yang ada di sepanjang jalan ini. Di bawah saya sertakan peta karikatur yang terdapat di sini. Jangan lepaskan peluang anda untuk bergambar.

4.Muzium Wonderfood Penang

Antara tempat menarik di Penang ialah Muzium Wonderfood Penang. Disini, pelawat dapat melihat, belajar dan mendalami budaya makanan unik di bandar ini dengan paparan yang lebih besar daripada yang hidup hidangan Malaysia. Terletak dalam bangunan kolonial tahun 1940-an di Georgetown, muzium ini dibahagikan kepada tiga galeri dipanggil Zon Aktiviti , Zon Wow, dan Zon Pendidikan. Semua model hyper-realistik adalah buatan tangan oleh pemilik muzium, Sean Lao yang menggunakan teknik replikasi makanan dari Jepun.

Facebook: Wonderfood Museum Penang

Sumber gambar: Google

5.Tadom Hill

Tadom Hill adalah kawasan perkampungan orang asli yang berkeluasan 40 ekar, berdekatan dengan tasik dengan permandangan bukit batu kapur dan pokok-pokok yang indah. Terletak 45 minit dari ibu kota Malaysia, iaitu di Banting, Tadom Hill adalah satu tempat yang sangat sesuai bagi anda yang meminati aktiviti luar ataupun ingin bersantai melakukan aktiviti bersama rakan dan keluarga. Bagi anda yang ingin berehat dan mengambil masa cuti untuk tenangkan diri dan jiwa dari kemelut kerja atau pun kehidupan bandar, Tadom Hill sangat sesuai untuk anda. Anda pasti dapat merasakan bagaimana chill dan relax nya tempat ini.  Hampir segala dekorasi dan reka bentuk di Tadom Hill ini adalah diperbuat daripada buluh atau bamboo.

Website: Tadom Hill

Sumber gambar: Google

6. Pulau Ketam,Selangor

Bagi ingin mencari kelainan dalam bercuti bolehlah singgah ke Pulau Ketam yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor. Apa yang unik mengenai Pulau Ketam ialah pengangkutan utama di sini hanyalah basikal.Cara mudah untuk ke sana dengan menaiki bot dan merupakan pengangkutan utama dari Jeti Perlabuhan Klang ke Jeti Pulau Ketam. Rumah kediaman di sini dibina pada ketinggian kira-kira 1 – 10m dari aras laut. Pulau Ketam juga merupakan syurga bagi hidangan makanan laut – bagi bangsa Cina. Di sini saya sertakan Jadual Perjalanan Bot untuk memudahkan anda membuat rujukan.

Website: Pulau Ketam

Sumber gambar: Google

7.Royal Belum,Perak

Hutan Belum terletak di daerah Hulu Perak, bersempadan dengan Thailand disebelah utara dengan Lebuhraya Timur-Barat disebelah selatan dan disebelah Timur bersempadan dengan negeri Kelantan. Hutan Belum telah diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 2003. Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. Kawasan seluas 117,500 hektar telah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum.

Cara untuk ke Royal Belum

Jika anda dari Kuala Lumpur ataupun dari utara, anda boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan terus sehingga Kuala Kangsar. Keluar di Kuala Kangsar dan gunakan jalan Kuala Kangsar-Grik-Pulau Banding. Tiba di Pulau Banding, anda akan berjumpa dengan Jeti Aman Jaya, Grik dan boleh menaiki bot untuk ke Royal Belum. Royal Belum hanya boleh diakses menggunakan bot dan dengan permit yang sah. Permit bagi warganegara Malaysia berharga RM10 manakala RM20 bagi pelancong asing. Cara untuk membuat permit, anda hantarkan nama dan nombor kad pengenalan pada alamat email taman_negeri@yahoo.com.my. Permit anda akan siap dalam masa 24 jam. Ekspedisi anda meneroka Royal Belum juga akan ditemani oleh ranjer perhutanan. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari website: Royal Belum

Antara tarikan yang patut diterokai di Royal Belum

Bunga Raffelesia dan Burung Enggang

Di Royal Belum terdapat 3 spesis bunga raffelesia iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii. Burung Enggang juga boleh dilihat di sini selain Sarawak dan Pahang. Ada 10 jenis burung enggang yang didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum.

Selain mandi-manda di sini anda juga boleh memberi ikan makan.Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Apabila tiba, anda boleh menikmati keindahan air terjun, mandi-manda serta memberi ikan makan.

Di Royal Belum juga disediakan house boat untuk memudahkan pengunjung melawat sekitar Royal Belum.Dengan menggunakan House Boat, kita boleh berhenti di tempat-tempat yang sesuai mengikut cita rasa – ini suatu yang tidak boleh kita dapati sekiranya kita menggunakan penginapan chalet di lokasi tertentu. House Boat pun di lengkapi dengan speed boat jadi mudahlah kita untuk melawati kawasan-kawasan yang lebih terpencil. Untuk melihat pakej house boat klik disini

Sumber gambar: Google

8.Semporna,Sabah

Pulau Semporna dikelilingi banyak pulau di sekitarnya yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.Antara pulau menarik yang boleh dilawati ialah:

1.Pulau Mabul

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah,Malaysia.Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin.Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan scuba diving.Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan

2.Pulau Sipadan

Merupakan satu-satunya pulau samudera di Negara Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari aras laut.Perjalanan dari Pulau Mabul ke Pulau Sipadan cuma mengambil masa dalam 15 minit sahaja.Sipadan juga di senaraikan sebagai salah satu daripada 5 lokasi selam skuba di dunia.

3.Pulau Bohey Dulang

Untuk ke pulau ini,jarak perjalanan dari kawasan Jeti di Pekan Semporna ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa lebih kurang 30 minit.Pulau Bohey Dulang merupakan 1 dari 8 pulau yang terdapat di dalam Tun Sakaran Marine Park.Keindahan hiking dan pemandangan dari atas menjadi tarikan utama menarik para pelancong untuk datang.

4.Pulau Kapalai

Bagi penggemar Snorkeling dan scuba,ianya kawasan yang cukup sesuai untuk membuat aktiviti tersebut.Terletak kira-kira 15 kilometer daripada Pulau Sipadan.Selain menjadi syurga penggemar sukan snorkeling dan scuba,tempat ini juga menjadi tumpuan bagi pasangan berbulan madu.

5.Pulau Mataking

Terletak di Laut Celebes di negeri Sabah,mengambil masa kurang daripada 1 jam dengan menggunakan bot untuk sampai ke Mataking dari bandar tanah besar Semporna. Saiz pulau tersebut kira-kira 40 ekar dan terletak di pinggir pelantar benua yang dikelilingi oleh pinggiran terumbu karang keras dan lembut.Pemandangan Tempat ini memang cantik dan suasana yang sungguh tenang.

Sumber gambar: Google

9.Pulau Tenggol,Dungun Terengganu

Pulau Tenggol adalah sebuah lokasi pulau peranginan yang terletak di perairan Terengganu. Ia agak kurang terkenal berbanding Pulau Kapas,Pulau Redang atau Pulau Perhentian.Tarikan utama pelancong ke pulau ini adalah untuk aktiviti scuba diving.Terdapat banyak lokasi menyelam di sekitar perairan pulau ini yang mempunyai tarikan tersendiri seperti melihat kapal karam,penyu dan ikan yu paus yang amat jarang ditemui.

Kapal karam di dasar laut Pulau Tenggol

Selain aktiviti scuba diving yang boleh dilakukan di pulau ini, aktiviti seperti snorkeling untuk melihat keindahan terumbu karang dan hidupan laut di kawasan yang cetek. Anda juga boleh mandi laut di pesisir pantai yang jernih airnya. Berehat dan menikmati keindahan Pulau Tenggol sambil menyaksikan matahari tenggelam bersama rakan-rakan.

Website: Pulau Tenggol

Sumber gambar: Google

10.Sailor’s Rest,Pahang

Bagi ingin mencari kelainan ketika bercuti Sailor’s Rest salah satu tempat yang wajib anda kunjungi. Terletak di Janda Baik,Pahang. 

Di sini anda boleh memilih sama ada ingin menginap di boathouse, khemah atau chalet. Jika inginkan kelainan,anda boleh menginap di boathouse. Boathousenya kelihatan mewah dan berkonsepkan vintage.

Boathouse di Sailor’s Rest

Aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah waterfall trekking,river bathing dan river walk. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan bolehlah klik di sini Sailor’s Rest.

Sumber gambar: Google

 

Penutup kata, ini antara beberapa tempat yang saya cadangkan boleh dilawati di sekitar Malaysia pada 2018. Semoga kehadiran tahun baru kita semua menjadi insan yang lebih menghargai alam di sekeliling kita dan teruskan meneroka tempat-tempat menarik di Malaysia.

Selamat tahun baru 2018.

Related Post

One Comment

Leave a Reply