20 Perkara Menarik Tentang Okayama Jepun

Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya selama 6 hari pada bulan Ogos 2018 di Okayama. Secara ringkasnya sepanjang saya berada di sana saya memilih 20 aktiviti yang wajib dilakukan pada musim panas.

  1. Pemandangan Indah di Hiruzen Jerseyland

Hiruzen terkenal dengan kawasan tanah tinggi di Maniwa. Salah satu tarikan di sini adalah  Hiruzen Jerseyland dan satu jam 1 jam dari bandar Okayama.  Di tempat ini terkenal dengan pelbagai produk yang dihasilkan dari produk tenusu seperti Susu yang segar, Puding, Cheese, biskut dan pelbagai lagi. Namun perkara yang mesti di cuba di sini adalah ais-krim yang sungguh menyelerakan. Di samping itu boleh menjamu mata dengan pemandangan yang indah berlatarkan bunga mata hari dan gunung-ganang.

Lokasi : Hiruzen Jersey Land
Harga : Percuma

 

  1. Aktiviti High Rope di Boken No Mori Hiruzen

Bagi yang menggemari aktiviti lasak, di Boken No Mori Hiruzen adalah tempatnya. Baru sahaja di buka dan terdapat banyak cabaran yang anda boleh cuba. Tidak perlu risau kerana semua intructor di sini berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti lasak ini. Yang pasti anda akan berpeluh dan yang penting pastikan tubuh anda sihat dan boleh melakukan aktiviti lasak.  Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di http://forest-ad.jp/hiruzen/

Lokasi : Boken No Mori Hiruzen, Okayama Prefecture Maniwa-shi Shimayama Shimo 1028 . Tel: 090-9052-4010
Harga : Bermula dari 2000 Yen

 

  1. Menikmati Onsen di sekitar Okayama

    a) Yubara Hot Spring

Bagi yang suka berendam dengan air panas atau lebih terkenal dengan nama Onsen, adalah di Yubara Hot Spring. Tempat sini adalah kawasan air panas semula jadi dan ia percuma. Dengan suasana semula jadi dan berlatarkan bangunan lama menjadi tempat menarik untuk di cuba. Kami hanya mengambil gambar dari jauh sahaja sebab ada orang Jepun bogel di sana hehehe. Kalau sekadar berendam kaki boleh jer.

Lokasi : Yubara Hot Spring
Harga : Percuma

Credit photo by All Nippon Airways

 

  1. Menikmati Pengalaman Hotel Tradisional di Hotel Kikunoyu

Hotel Kikunoyu terletak di utara terletak di utara Prefektur Okayama yang terkenal dengan dengan “Yubara Hot Spring” .Terdapat banyak mata air panas secara semulajadi dan ia telah digunakan oleh orang sejak dahulu kala. “Kikunoyu” adalah yang paling dekat dengan dasar di kaki empangan. Suasana tradisional hotel Jepun ini sangat menarik ditambah dengan Yukata yang disediakan. Perasaan seperti orang Jepun ada apabila saya menyarung yukata. Anda juga boleh memakai di luar sambil bergambar di sekitar luar hotel. Jangan lupa untuk menikmati makan malam dan sarapan pagi di hotel ini. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : http://www.yubara-kikunoyu.com/en/

Lokasi : Hotel Kikuno – Yu
Harga : Bermula dari 5000 yen

 

  1. Aktiviti Cabaran Merentasi Sungai Yamanori Keikoku

Bagi yang meminati aktiviti rekreasi, aktiviti merentasi sungai atau River Tracking boleh dilakukan di sini. Anggaran masa yang telah kami laksanakan ada lebih kurang 5 jam. Setiap check point mempunyai keunikannya di mana peserta dibenarkan untuk mandi sambil merentasi halangan di sungai. Namun peserta perlu berhati-hati kerana ada setengah check point agak dalam sehingga 2 meter.  Soal keselamatan tidak perlu risau kerana setiap peserta akan dibekalkan life jacket dan topi keselamatan. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini http://hiruzenyamaasobi.okoshi-yasu.com/takimeguri-youkou.html .

Lokasi : Yamanori Keikoku
Harga : 5000 Yen

 

  1. Homestay Aktiviti di bandar Kibichuo

Bagi yang ingin merasai kehidupan orang Jepun sebenar adalah melalui Homestay bersama Keluarga Jepun. Untuk program homestay di sini adalah khusus ‘Muslim Friendly Homestay’ yang terletak  di kawasan luar bandar. Di mana kami tinggal di Rumah Homestay Michan San untuk 2 hari 1 malam. Apabila sampai sahaja kami di sini kami terus membantu mak angkat kami memetik sayur dihadapan rumah. Selepas itu kami di ajar memasak untuk menyediakan makanan malam.  Di waktu malam kami bermain bunga api. Suasana di kampung memang agak gelap dan tiada lampu sepanjang jalan. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini :

Lokasi : Bandar Kibichuo ( Hubungi  +81-866-54-1301)
Harga : 8000 Yen / Malam

 

  1. Basikal Tour di Bandar Kibi Town

Untuk merasai lebih dekat dengan suasana Bandar Kibi, kami telah berbasikal di sekitar bandar Kibi. Pakej ini mengambil masa lebih kurang 2 – 3 jam dengan perjalanan 15 km. Sepanjang perjalanan kami berhenti di 3 check point iaitu di sekitar sawah padi, kebun jagung dan puncak bukit bandar. Semasa kami berhenti di kebun jagung, kami berpeluang melihat bagaimana proses memetik dan pengedaran jagung dilakukan. Rata-rata yang terlibat dalam perusahaan ini adalah warga tua. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : http://kibily.com/

Lokasi : Kibi Town
Harga : 5000 Yen / Pax

 

  1. Makan Tengah Hari dengan Kobe Beef di Shabu Shabu Hitori Nabe Megu

Kobe Beef antara daging lembu yang gred paling terbaik di Jepun dari lembu hitam yang mempunyai sejarah lampau perternakan lembu bermula Zaman Pemulihan Meiji. Ianya diternak di Hyogo, Kobe dan harganya bermula 8,000 yen bagi setiap hidangan. Jangan risau daging ini mempunyai sijil Halal dan setiap restoran yang menyediakan Kobe Beef anda boleh minta sajil halal mereka

Lokasi : Hitori Nabe Megu ( Tenjin cho bldg. 1F, 2-1 Tenjin cho, Kita ku, Okayama city)
Harga : Bermula dari 1000 Yen

 

  1. Belajar membuat Mochi dan Green Tea di Honji En

Di Jepun terkenal dengan Mochi dan minuman Green Tean. Mochi diperbuat dari tepung beras. Satu pengalaman menarik yang harus anda cuba di sini adalah belajar membuat Mochi dan Green Tea. Kalau anda ingat tepung beras yang mereka buat dengan mengetuk dengan menggunakan kayu besar sepertu batu lesung itu tepung untuk membaluti isi di dalam dengan kacang hitam. Mula-mula agak susah kerana perlu bentukkan Mochi itu berbentuk pulak. Kelamaan agak mudah.

 

  1. Melawat tanaman anggur dan merasai pengalaman memetik buah anggur di Ishihara Orchard

Okayama terkenal dengan aktiviti Agro Tourism. Salah satu anggur yang mahal di Jepun adalah Green Muscat. Ladang Anggur yang seluas 1 hektar ini mempunyai 3 jenis anggur iaitu Gold finger, Black Finger, Green/Shine Muscat. Perusahaan anggur telah bermula dari tahun 1850 dan hanya setahun sekali berbuah sahaja. Mula-mula anda akan diberi penerangan tentang landang anggur dan jenis-jenis anggur yang ada di sini kemudian anda dibenarkan untuk petik buah anggur. Harga anggur adalah berdasar jenis anggur dan berat. Kemudian mereka akan timbang untuk tentukan harga. Anggur yang paling mahal adalah jenis Green?Shine Muscat. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : http://www.ifarm.jp/

Lokasi : 893-6 Sairyuji, Higashi-ku, Okayama 704-8101, Okayama Prefecture
Harga : Bermula 100 Yen/gram. Masuk adalah percuma

  1. Makan Malam di Ryotei Tamachi Branch

Restoran Ryotei ini terletak di Bandar Okayama. Menyediakan makan Jepun yang ‘friendly muslim’. Seperti kita tahu kebanyakan makanan Jepun adalah berasaskan ikan atau makanan laut. Untuk menu di sini anda boleh pilih makan laut bagi yang muslim. Suasana di sini sangat menarik dan selasa sesuai untuk makan beramai-ramai yang lebih privasi mengikut hiasan Restoran Jepun yang asli.

Lokasi : Ryotei Tamachi, Okayama City,
2-5-23, Hokancho, Kita-ku, Okayama-shi, Okayama, 700-0026
(3 minit dari JR Okayama Station West)
Harga : Bermula dari 1500 Yen untuk makan tengah hari

Kurta Teluk Belanga Biru oleh Cirgaro Apparel

 

  1. Kimono Experience di Okayama Castel

Tidak sah jika tidak pergi ke Okyama Castel.  Okayama Castel adalah simbol kepada bandar Okyama. Istana ini telah musnah pada tahun 1945 ketika perang dunia kedua . Namun ianya telah dibina semula d sepenuhnya pada tahun 1966. Bangunan sejarah ini mempunyai 6 tingkat untuk anda sampai ke atas. Sepanjang anda berada di istana ini anda akan di sambut dengan bunyi-bunyian serangga yang dipanggil Cicada. Di dalam istana ini anda  boleh mencuba baju tradisional percuma seperi Lord atau Puteri untuk sesi bergambar sahaja. Untuk mengetahui sejarah Okayama anda wajib datang ke sini untuk melihat bagaimana bandar Okayama ini dibangunkan. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini https://okayama-kanko.net/ujo/english/#page0.

Lokasi : Okayama Castel
Harga : Bayaran masuk Kanak-kanak 120 Yen , Dewasa 300 Yen.

 

  1. Okayama Korakuen Garden

Korakuen bermaksud adalah syurga. Tempat digambarkan umpama Taman Syurga oleh rakyat Jepun. Dengan keluasan 1.5 KM dan mengambil masa 25 – 30 minit untuk berjalan sekitar taman ini. Taman ini telah diasaskan pada tahun 1687 yang terletak bersebelahan Okayama Castle. Pemandangan sangat cantik dan indah di taman ini. Tempat ini juga digunakan untuk pelbagai majlis dan lokasi gambar perkahwinan. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : http://www.okayama-korakuen.jp/english/

Lokasi : Okayama Korakuen Garden
Harga : Bayaran masuk Kanak-kanak 120 Yen , Dewasa 300 Yen (Jimat jika beli tiket Okayama Castle sekali)

 

 

  1. Belajar Membuat Sushi di Kido Airaku

Untuk mengetahui budaya Jepun dengan lebih dekat adalah mempelajari bagaimana hendak membuat sushi. Di dalam kelas membuat sushi ini anda akan di ajar membuat  7 jenis sushi yang berjumlah 11 sushi. Kami diajar bagaimana membentuk sushi dengan betul serta bagaimana cara menggunakan chop stik dengan betul untuk memakan sushi. Setiap penerangan disertakan dengan praktikal sekali. Satu pengalaman yang unik dan menarik!

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini https://www.kidoairaku.co.jp atau https://www.okayamahealthtourism.com/activity/sushi-making/

Lokasi : 2-9-21 Shimoifuku, Kita-ku, Okayama-city, 10 min memandu dari  Okayama station
Hubungi : +81-86-201-1150 (Ryobi Tours)
Bayaran :   3,500 Yen

 

  1. Aktiviti memetik buah peach di Momosigemien

Okayama adalah pengeluar terbesar buah peach di Jepun. Selain itu buah peach terkenal di Okayama kerana ia berkaitan dengan cerita lagenda iaitu Momotaro Kisah seorang budak yang dilahirikan di dalam buah peach. Peach dalam bahasa Jepun adalah Momo. Ladang buah peach ini adalah perusahaan keluarga yang diwarisi dan sekarang ini diteruskan ke generasi yang ketiga. Satu-satunya ladang buah peach ini yang menerima pelancong untuk melihat dengan lebih dekat dan juga buahnya boleh dibeli. Tempat ini juga mempunyai Kafe berasaskan buah peach. Aiskrim buah peach memang sedap. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di Instagram : oumi_no_sato

Lokasi : Berhampiran lapangan terbang Okayama
Bayaran : 300 yen / sebiji buah

 

    16. Festival Jepun – Uraja Festival Dancing

Setiap kali musim panas iaitu pada bulan 8, penduduk di Okayama akan mengadakan festival Uraja Dance. Festival ini akan berlansung selama 1hari dan sepanjang 1km jalan akan ditutup untuk perarakan dan tarian Uraja. Kebiasanya anak muda akan berhias dengan pakaian warna-warni dan solekan yang menarik berdasarkan cerita lagenda Momotaro,

Lokasi : Sekitar bandar utama Okayama
Bayaran : Percuma

 

  1. Menikmati Pemandangan Indah di Bandar Bersejarah Kurashiki

Kurashiki adalah bandar lama dan salah satu bandar bersejarah di Okayama. Bandar ini sangat menarik dan tersusun. Amat rugi jika tidak singgah di sini. Dahulu sampan digunakan sebagai pengangkutan utama dan tempat perdagangan utama bagi beras untuk diedarkan sekitar Jepun. Lebih menarik jika ke sini dengan pakaian tradisi Jepun seperti Yukata dan Jimbey. Di sini anda akan lihat banyak kedai menjual pakaian atau produk berasaskan jeans kerana di sini Momotaro Jean direka.

Lokasi : Kurashiki Bikan Historical Quarter
Bayaran : Percuma

 

 

  1. Mencuba ShinkanSen dengan menggunakan JR Pass Railway

Tidak sah kalau tidak mencuba Shinkansen. Untuk ke Okayama kami menggunakan JR Pass Railway (Kasai Wide Area Pass) unlimeted ride untuk 5 hari. Dari Osaka ke Okayama mengambil masa 50 minit berbanding keretapi biasa yang biasanya mengambil masa 2 jam. Perjalanan lancar dan tidak bergoyang itu menanda lajunya keretapi. Kalau nak tahu bagaimana keadaan keretapi Shinkansen cuba letak 50 sen atau cawan berisi air di atas para belakang kerusi, mesti tidak bergerak. Untuk membeli tiket ini, agen pelancongan boleh menguruskan dan tiket boleh diambil di Stesen Keretapi Osaka.

Harga : 82 USD

  1. Jalan-jalan sekitar Bandar Okayama

Bandar Okayama amat menarik untuk dilawati tidak kira siang atau malam terutama dengan berjalan kaki untuk melihat gaya hidup orang Jepun di Okayama. Saya sempat melihat gaya hidup orang Jepun diwaktu pagi di sekitar bandar Okayama. Di samping itu terdapat ruang solat untuk orang Islam yang disediakan di Hotel Granvia Okayama percuma berdekatan Stesen JR Okayama. Anda hanya perlu ke kaunter dan mereka akan tunjukkan ruang solat yang disediakan.

 

 

  1. Menyelesaikan Momotaro Stamp Rally untuk Hadiah

Dan akhir sekali ialah apabila anda sampai di Okayama cuba dapatkan buku Momotaro Stamp Rally di Momotaro Tourist Center, JR Station dan Tourism Division Okayama Prefecture Goverment. Di dalam buku ini adalah pentunjuk setiap tempat yang menarik untuk dilawati. Sambil melawati ke tempat pelancongan jangan lupa dapatkan ‘chop’. Dengan 2 chop sahaja boleh mendapat 1 set alas cawan di mana ada 5 unit.

Lokasi : Tourism Division Okayama Prefecture Goverment
2-4-6 Uchisange, Kita-ku, Okayama City

 

saya pilih yang ini coaster

Sepanjang saya berada di sana saya menggunanakn Poket Wifi dari H.I.S Malaysia.  Sebahagian dari impian saya di Jepun sudah tercapai. Yang jika berpeluang saya ingin kembali lagi ke Jepun. Saya akan ceritakan lebih lengkap untuk setiap aktiviti yang dilakukan untuk post akan datang. Tunggu yer !

Related Post

Leave a Reply