Persembahan Busking Paling Lama Pernah Dibuat Di Malaysia

Pada 25 – 26 November 2017 telah berlansungnya 2017 Minutes Non Stop Busking  atau persembahan Busking tanpa henti selama 2017 minit di Balai Seni Negara. Program ini digerakkan oleh Kelab Buskers Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Balai Seni Negara termasuk rakan strategik dari majalah, media online Malaysia Backpackers dan pelbagai lagi.

 Untuk pengetahuan anda Malaysian Buskers Club atau Kelab Penghibur Jalanan Malaysia adalah sebuah persatuan yang kini mempunyai keahlian hampir 13,000 di seluruh Malaysia bertanggungjawab ke atas proses transformasi  busking dengan membuka ruang dan peluang kepada buskers tempatan untuk berkarya dengan lebih meluas.

Hasil daripada gerakan oleh Malaysian Buskers Club telah menjadi satu transformasi hebat bermula awal 2013 dan kini busking menjadi satu wadah kerjaya, aktiviti sosial sihat, memeriahkan sektor pelancongan serta menjana ekonomi generasi belia.

2017 Minutes Non Stop Busking 

Program ini adalah sebagai ekspresi terima kasih daripada komuniti buskers kepada rakyat Malaysia di atas sokongan diberikan. 34 jam persembahan busking tanpa henti dengan 68 jenis persembahan (30 minit setiap persembahan). Telah dinobatkan acara Persembahan Busking Tanpa Paling Lama menerusi Malaysia Book Of Records.

Persembahan bermula 9.00 pagi (25 Nov 2017) dan berakhir 7.00 malam (26 Nov 2017) dan di akhiri oleh kumpulan NICO. Selain terdapat berapa kumpulan buskers yang terkenal seperti Caliph Busker, Retmelo Buskers

 

Dengan rekod sebagai sebagai Busking paling lama tanpa henti menjadi satu kejayaan komuniti buskers Malaysia secara tidak lansung mengangkat nama buskers diperingkat tertinggi. Pujian harus diucapkan kepada Wady Presiden Kelab Buskers Malaysia dan pasukan atas usaha menganjurkan 2017 Minutes Non Stop Busking 

Bengkel Muzik Penciptaan & Industri oleh Eddie Hashim

Selain itu turut diadakan Bengkel Muzik, Penciptaan & Industri oleh Edrie Hashim,Komposer dan pemuzik terkenal. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk buskers atau pemuzik yang ingin tahu lebih mendalam bagaimana mengembangkan kerjaya mereka dalam industri muzik.

KL Biennale 2017

Pemeran Seni anjuran Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara yang berlansung dari 1 November 2017 sehingga 31 Mac 2018. Sambil layang persembahan buskers tanpa henti boleh singgah pameran ini.

Tahniah kepada Malaysia Buskers Club kerana mencipta The Malaysia Book Of Records kerana telah busking selama 34 jam tanpa henti dan dinobatkan sebagai The Longest Non Stop Busking Performance di Kuala Lumpur.

Leave a Reply