Pengedar Dadah Yang Di Tangkap Itu Duduk Dibelakang Aku

CERITA 27 HARI KELILING INDOCHINA TRIP : Cambodia – Vietnam – Laos – Thailand – Malaysia (END)

Assalam, baru2 rakyat Malaysia ditangkap kerana membawa dadah melalui keretapi dari Bangkok ke Butterworth . So aku terpanggil nak share apa yang berlaku dan apa yang aku alami. Kisahnya berlaku minggu lepas hari jumaat di mana gara-gara nak balik sangat dan dengan harapan ada tiket terus ke Butterworth. Ok memang murah apabila beli tanpa agent cuma yang tinggal hanya tiket ke hadyai dan kerusi berkipas. Tiada aircond okey selama 18 jam akan aku hadap dengan bunyi roda keretapi yang kuat kerana kerusi aku depan pintu.

Sambil aku tengah air luar tingkap tiba-tiba sekumpulan polis masuk ke gerabak aku dan terus ke belakang. Aku dah syak ni lain macam jer. Selang beberapi minit tiba-tiba gerabak aku jadi riuh kerana polis telah menemui dadah ganja di dalam beg salah seorang penumpang dari Thailand yang duduk 2 barisan dibelakang aku. Aku mula cuak takut2 ada orang selit dadah ketika aku pergi tandas. Sampai tempat aku, seorang anggota tanya ‘Adakah ini beg kamu?’ (Dalam bahasa Thai) Aku jawap “Pom Ma Chai Koon Thai Kap” Malaysia (Saya bukan orang Thailand, Saya orang Malaysia)

Polis itu pun lalu pergi tanpa periksa beg dan passport aku. Mamat Myanmar di sebelah aku diperiksa beg dan paspot dan aku tengok muka dia dah macam penyamun dengan subang yang besar dan rambut macam askar. 2 anggota polis berjaga di gerabak aku.

Setelah selesai semua penumpang diperiksa semua anggota polis datang semula ke gerabak aku dan salah seorang dari anggota polid check lagi passport mamat myanmar. Sampai sahaja di Hua Hin, semua anggota polis turun bersama pengedar dadah dgn tangannya sudah bergari. Semasa mereka keluar aku lihat air mata pengedar dadah menitis seolah-olah berasa kesal akan perbuatannya dan ia tidak memberi sebarang makna lagi. Lebih sedih dia bawa anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.

Kesimpulannya pastikan beg kita sentiasa dalam kawalan atau pandangan kita walaupun kita pergi ke tandas.

Admin Muiz

12472414_1129051980460103_3841315654089804445_n
Bagasi yang mengandungi dadah

12472758_1129051927126775_269142603339458895_n

10455369_1129051810460120_1366756432770705920_n

12472782_1129051717126796_221569121766784654_n

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: