28 DAYS KELILING INDOCHINA TRIP : Naik tuk tuk di luar airport.

Day 1 :  Kisah Tutuk 6 USD

Airport tidak asing bagi aku tetapi setiap kali tiba di airport yang berlainan negara pasti perasaan aku rasa lain macam lagi-lagi aku travel secara solo. Setelah selesai urusan imegresen dan beg, keluar sahaja dari pintu ‘arrival gate’ aku lihat ada money exchange kaunter dan sim card. aku rasa aku perlu duit tukar kepada duit lokal sekurang2nya ada backup jika mereka menggunakan duit lokal.

Aku tgk murah juga harga sim card berdasar data dan tempoh berapa hari penggunaan. aku beli sim card bernilai 3 usd untuk 2 minggu. Aku rasa 2 Gig data cukup 7 hari aku di cambodia.

Tanpa membuang masa aku ingin kenderaan ke bandar. aku tidak selesa dgn pemandu teksi yang sering memanggil aku untuk memujuk menaiki teksi mereka. Aku dengan tenang duduk di kerusi sambil cuba memahami sifat dan kelakuan orang Cambodia. Dalam masa yang sama aku melayari internet untuk mendapat info harga paling murah ke bandar.

Dalam satu blog menyatakan utk mendapat harga murah perlu keluar dari kawasan airport dan ambil tuk tuk atau motor di sana. Aku ikut apa yg tertulis di dalam blog. Seorang pemandu tuk tuk mendekati aku dan kemudian Pemandu lain cuba mendekati aku. Seorang pun tak paham bahasa inggeris

Lalu Pemandu tutuk yg ke3 datang dan paham bahasa inggeris aku. aku cuba tawar-menawar dan akhirnya 6 usd bayaran yg perlu aku lunaskan. Berbanding teksi airport antara 9 – 15 usd . Di bawah adalah sedutan video aku dalam perjalanan dari airport ke bandar Phnom Penh

Day 1 : Menunggu Di Kaunter Hostel lebih dari 1 Jam

Apabila sampai di Phnom Penh dan cuba hendak ‘check in hostel’ tetapi tiada orang di kaunter. Aku dah lah penat kena naik tangga sehingga 3 tingkat dengan beg lagi memang stress aku dibuatnya. Aku cuba message di FB malang tidak dijawap lebih kurang satu jam juga aku tunggu, itu pun baru balas message tetapi masih tiada orang dikaunter.

Bila ditanya salah seorang backpacker dia pun tak tahu di mana orang di kaunter. Setengah jam kemudian baru lah ada orang dikaunter yang menguruskan bilik aku.

Sebenarnya aku telah buat keputusan awal untuk tidak pergi ke Sieam Reap kerana waktu pun sudah tengah hari, jika aku sampai sana tiada guna kerana memang tidak cukup masa untuk melawat Angkor Wat walhal aku telah tempah hotel di Aranyaprathet untuk satu malam.

Pada asalnya memang aku rancang untuk terus ke Sieam Reap apabila sampai di Phnom Penh tetapi aku tidak buat perancangan rapi dan sampai di bandar Phnom Penh pun dah tengah hari. Aku mula malas dan tidak mahu mengeluarkan budget lebih

DSC_1080 (Copy) Day 1 : Pergi Juga Ke Aranyaprathet

Semasa berbalas whassup kawan aku, dia cakap jomlah pergi ke Aranyaprathet alang-alang dah tempah hotel bila lagi nak ke sana. Di sana antara pusat budle terbesar di Asia Tenggara dan macam-macam jualan lagi. Aku juga minat dengan barang bundle dan sayanglah jika aku menolak peluang ini. Setelah fikir masak-masak aku terus cari tiket ke Sieam Reap dan aku memilih sleeper bus yang berharga 11 USD. Bas akan bergerak jam 11 malam dan aku ada masa 8 jam untuk ronda-ronda di sekitar bandar Phnom Penh.

DSC_1039 (Copy)

Jam telah menunjukkan 8 malam, aku perlu bergegas pulang ke hostel setelah aku puas berjalan-jalan di sekitar taman berhadapan Tonle Sap River. Setelah selesai mengemas semua barang-barang aku meminta pertolongan staf di situ untuk mengambil di hadapan kaunter kerana suasana di kaunter sangat cantik apatah lagi mengadap bangunan luar dan Sungai Tonle Sap. Aku keluar tepat jam 11.00 pm , rupa-rupa bas itu sudah terpacak menunggu aku. Nasib baik bas itu tidak tinggalkan aku.DSC_1092 (Copy)

Never Stop Exploring

Jangan lupa Follow IG MalaysiaBackpackers

637 total views, 2 views today


Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: