30 Hari Berbasikal dari Perak ke Laos

Dalam post kali ini Malaysia Backpackers membawa anda bersama seorang pemuda dari Perak yang bernama Ibnu telah berbasikal selama 30 hari bersama 2 rakanya bermula di Ipoh dan berakhir di Laos. Misi menjelajah 3 negara telah tamat dengan jayanya. Mari kita baca pengalaman saudara Ibnu kongsikan khas untuk anda semua.

12959515_1310456465647768_1585031097_o

  1. Boleh ceritakan sedikit bagaimana saudara terlibat dengan ekspidisi ini ?

Saya memang minat aktiviti travel outdoor & adventure. Pada mula saya hanya hendak backpack ke negara2 Asean sambil ziarah rakan2 lama ketika program Ship South East Asia Youth Program (SSEAYP) pada tahun 2011. Tetapi sahabat baik saya Yazid telah mencadangkan supaya cuba travel naik basikal dan kebetulan pada masa itu seorang pelajar Malaysia baru sahaja tamat misi pulang ke tanah air dari London ke Malaysia dengan menaiki basikal. Pada awalnya Yazid pun turut brminat untuk berkayuh bersama ke Thailand. Tetapi pada saat akhir Yazid tidak dapat join kerana mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat master. Oleh itu saya telah membuat keputusan untuk teruskan dengan rancangan ini tetapi saya reroute ke Laos trus. Saya mula mencari travel mate baru. Alhamdulillah rakan sekolej saya Am dan Mus berminat nak join walaupun kami sebenarnya tiada basikal lagi ketika memutuskan untuk berkayuh dari Ipoh ke Laos.

  1. Bagaimana dengan persediaan yang dilakukan sebelum ekspidisi?

Sebulan sebelum bermula kami bertiga masing2 cari basikal ‘2nd hand’ (terpakai). Saya cari di facebook dan terjumpa sebuah kedai jual basikal untk touring dan ramai peminat ‘ bicycle touring’ dari dalam dan luar negara ke kedai Basikal Akmal yg terletak di Bangsar. Setelah mmbuat pemilihan basikal dari jepun jad pilihan hati. Basikal khas bercirikan touring dari jenama Panasonic telah di dibaiki dan ditambah aksesori yg sesuai untuk travel dari Ipoh ke Laos. Kayuhan pertama saya ialah kayuh dari Bangsar pulang ke Ipoh .Ia mengambil masa 2 hari untuk jarak 210km secara solo. Dalam tempoh sebulan say hanya kayuh beberapa kali sahaja pusing2 bandar Ipoh sebagai persediaan fizikal. Untuk persediaan laluan, kami hanya tahu jarak Ipoh ke Vientiane melalui Google sahaja iaitu 2000km dan tiada itinerary di buat untk trip ini.

12966233_1310456235647791_573119719_n

  1. Berapa kos yang diperlukan dan berapa hari untuk ekspidisi 3 negara ini?

Untuk kos awal iaitu harga basikal dan aksesori serta alat ganti hampir RM 2000. Bagi kos makan minum pula untuk tempoh sebulan travel serta pengangkutan balik ( keretapi ) RM 1500 sahaja.

  1. Apakah perkara atau pengalaman yang paling pahit dan manis sepanjang ekspidisi ini?

Tiada pengalaman pahit. Semua moment yang saya lalui saya merasakan ianya manis2 belaka walaupun mencabar kekuatan mental dan fizikal saya. Hari pertama dengan jarak kayuhan baru mencecah 20km, tayar basikal Mus telah 2 kali pecah. Moment dihalau ketika nak tidur di taman awam. Moment hammock putus tali dan telah menghempap Mus yang berada di hammock bawah saya. Moment tidak boleh tido malam disebabkan gigitan nyamuk. Moment dikejar anjing hampir setiap hari.

12970536_1310459232314158_279940574_o

 

Ada sekali dikejar dengan sekawan kerbau di tepi tasik ketika hendak  mengambil gambar. Moment berkayuh dalam hujan setiap hari hampir 1 minggu. Sehingga kaki kecut teruk dan sakit nak kayuh sebab kasut basah  dan tidak kering2. Wild camping walaupun kami tidak membawa khemah untk trip kali ni. Hanya tidur beralaskan rubber mate atau pun hammmock. Moment orang tempatan bagi bekal makanan dan belanja makan di rumah mereka. Sangat jatuh hati dgn sikap lemah lembut dan baik hati orang Thailand.

  1. Boleh tak kongsikan 10 perkara berkaitan ekspidisi ini?

a) Solat

Solat seperti biasa di masjid atau pun di mana2 tempat yang kami berhenti / campsite

b) Pakaian

Pakaian hanya bawa 5 pasang. Pakaian tidur , solat , biasa dan dua pasang untk kayuh

c) Makanan & Minuman

Makanan kami ada tapau sambal ikan bilis goreng dan banyak makan di gerai2 muslim dan instant food yang di jual di 7eleven. Ada banyak makanan minuman halal dijual di 7eleven di Thailand dan mudah didapati.

d) Telefon

Kami beli 1 simkad Thailand dan langgan internet untk 1 bulan dan dikongsi untk 3 telefon.

e) Duit

Kami bawa duit secara cash dan simpan separuh di bank. Kalau tidak cukup baru cucuk ATM. Di Laos duit ringgit tidak diterima untuk pertukaran mata wang. Dollar dan Bath sahaja diterima ketika itu.

f) Peta

Ketika sudah masuk ke Thailand baru kami beli peta negara Thailand dan selain itu kami membuat rujukan dengan menggunakan Google maps untuk sepanjang laluan merentasi Thailand sehingga Laos.

12966821_1310456282314453_1222422196_n

g) Keselamatan

Sepanjang perjalanan kami tidak mempunyai escort (pengiring) dari mana-mana pihak tertentu dari mula sehingga tamat. Hanya dengan memakai vest pantul cahaya dan lampu pada basikal. Kami menggunakan ketika hujan dan kayuhan di waktu mlm.

h) Tempat tinggal

Kami wild camping di merata tempat seperti perhentian bas, pondok, tepi hutan, pantai, iktikaf di masjid / taman awam dan stesyen minyak .

i) Komunikasi (Bahasa)

Kami menggunakan bahasa Inggeris rojak apabila berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

j) Basikal

Semua menggunakan basikal 2nd hand. Basikal saya adalah ciri untuk touring dan basikal Mus dan Am bercirikan mountain bike cuma tayar sahaja dtukar kepada road bike

12959368_1310456448981103_1056030126_o

  1. Tip-tip berguna yang boleh dikongsikan kepada bakal-bakal ‘bikepackers’

Berkayuhlah ikut kata hati anda (solo bikepacker). Kalau berkumpulan lebih baik anda meeting dan tentukan di mana checkpoint untuk berhenti rehat dan tidur. Jangan lupa buat latihan kayuh untuk yang tidak biasa kayuh basikal sebagai persiapan fizikal mental sebelum memulakan trip.

Dari segi makanan bawa sambal bilis goreng, serunding atau pun makanan ready to eat. Selain itu instant atau makanan yg mudah nak masak amat digalakan. Bawa kamera dan smart fon untuk mengambil gamar dan moment yg cantik dan kalau boleh letak kat tempat yang mudah di ambil dan disimpan. Untuk penjagaan alat eletronik pastikan simpan di tempat kalis air.

Kalau kayuh di dalam malaysia atau musim hujan lebih baik pasang mud guard awal2. Sentiasa utamakan keselamatan dengan memakai helmet, glove, kasut, sandal atau  pakaian yg sesuai.Untuk tambahan pakai vest pantul cahaya dan pasang lampu pada basikal. Untuk simpanan duit cash, pastikan simpan di tempat yang berbeza sekurang2nya tiga tempat berbeza pada basikal , beg atau badan.

12939480_1310456202314461_1047390956_n

Buat sedikit research pasal tempat2 menarik atau sejarah dan budaya di tempat2 yg bakal kita lalui. Kalau travel ke negara luar boleh berhubung dengan kedutaan Malaysia di sana. Boleh pergi ke ofis kedutaan di sana sekali. Nanti kalau ade apa-apa berlaku kemungkinan mereka boleh bantu.  Beli simkad negara yg anda lawati  jika tinggal lebih dari 5 hari dan maklumkan no simcard baru tersebut kepada keluarga atau sesiapa yg anda rasa perlu bagi sebagai langkah keselamatan dan kecemasan.

  1. Nasihat dan kata-kata kepada rakan-rakan yang hendak travel dengan basikal.

Walau ke mana sahaja kita travel jangan lupa asal usul kita , hormat budaya dan agama orang lain. Jangan tinggalkan solat. Sentiasa utamakan keselamatan dan niat untuk belajar serta menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

 

Blog : mythailaos.blogspot.my FB : ibnu isa ( ibnu rasyeed) Instagram : ibnurasyeed

2 Comments

Leave a Reply