Pengalaman Ainul Mustafa Travel ke Jogjakarta

Pertama kali nak menjejakkan kaki ke Indonesia. Hihihiii.. orang lain Indonesia tu macam rumah kedua kan. Ainul baru 1st time nak pergi. Alhamdulillah berpeluang join travel beramai-ramai dengan supermomsister. Pregnant masuk 7bulan gedik nak travel sana sini kan.. Tapi peluang yang dapat jangan di sia sia kan.hihi

Apapun sebelum pergi dapatkan pengesahan doctor anda dulu ye. Minta surat pengesahan baru boleh pergi jalan-jalan dengan suka ria. Alhamdulillah kat LCCT takde pulak Airasia minta surat. kawan-kawan cakap tak perasan pun Ainul pregnant. Gempal jekk.hehe

Antara geng supermomsister yang join trip ni. trip ni arrange by kami je dan diketuai oleh mami Hadhatina. Syiok dan teruja bila dapat berjalan ramai-ramai. Anak-anak harus la kena bawa. Travel ni pun sebagai reward pada anak-anak.Asyik ikut mama babah p Shaklee, pos opis je kan. Sekali sekala bawa Arreessa jalan jalan . Dia pun excited sebagai kawan-kawan ramai join. Bila dah jumpa geng kecoh 1 LCCT dengan mak-mak, ayah-ayah & anak-anak

Flight ambil masa dalam 1jam 20minit dari LCCT ke airport Yogjakarta. Yogjakarta bandar yang tenang , suasana kampung. Terasa macam dalam cerita indonesia zaman dulu-dulu je. Dari airport kami naik mini bus oleh travel agent. Anak-anak suka la sangat. yelah boleh ke depan ke belakang..

Di Yogjakarta kami stay di Hotel Melia Purosani. Antara hotel yang mewah di sana. Hotel yang cantik, bersih dan makan pun sedap. Teringat nasi goreng dan sambal merah dia..fuhhh!!! pedas dan sedappp.katil ni tinggi tau. Arreessa nak naik pun terkial kial. Selalu dia ok. Katil memang empuk la. Sekali baring confirm lena sampai pagi 🙂

paling best TV kat Hotel ni ada banyak giler channel. Macam-macam channel la. Jenuh sambil landing tengok satu channel ke satu channel. Tapi banyak channel pun mak tetap kena layan cartoon okey. Subtitle indonesia. Gelak je dengan husband bila baca subtitle dia.

1st day in Yogjakarta… Sampai hotel pun dah maghrib. Naik bilik mandi, solat dan keluar makan. Tempat makan sangat la klasik. Serius macam senetron. kami makan mee sup dengan mee goreng. Ainul makan mee goreng. Mee tu tak pedas. Kalau nak pedas kena makan dengan cili padi. Setiap meja mereka sediakan cili padi yang tidak dipotong ye. So gigit la sendiri.hahaha. Kedai biasa je tapi ada performance tau. dan mereka ni semua dah berumur dan sound muzik sangat la sedap. Serius macam pergi konsert kat istana budaya. sangat sedap.kagum

Related Post

One Comment

Leave a Reply