48 Jam di IPOH Bandar Yang Unik dan Menarik

Perjalanan kami bermula di Shah Alam dengan menaiki komuter. Memang salah satu tujuan kami untuk ke Ipoh adalah menaiki ETS walaupun telah beberapa bulan dilancarkan namun untuk trip kali ini baru kami berpeluang untuk merasa bagaimana best atau kurang best ETS ini.

Sampai sahaja KL Sentral kami terus ke KTMB kaunter station. Pada asalnya tujuan kami adalah untuk Pulau Pinang dan pada keesokan ke Ipoh. Tetapi setelah berbincang dan mengambil kira masa yang singkat so kami putuskan ke Ipoh sahaja.

img_20160829_171824

29 OGOS 2016 : JAM 2.30 PETANG – TIBA DI IPOH

Lebih kurang jam 2.30 petang kami bertolak ke Ipoh. Dengan bayaran RM 35 sehala memang rasa selesa menaiki ETS dan kelajuan boleh mencapai sehingga160/km. Cuma agak sedih disebabkan kemudahan kafe tidak seperti yang diharapkan.

Semasa di dalam train aku ada tanya kawan aku ada bau wangi tak. Dia kata ada wangi sebab aku nak lihat keberkesanan produk deodrant baru Dashing Edge 2.0 tanpa menggunakan gas. Produk Dashing Adventurer baru dilancarkan dan adalah produk pertama di Malaysia di mana produk deodorant spray tanpa gas.

Sebelum ini biasa kalau aku travel memang aku akan bawa deodorant Rexona. Tetapi masalahnya produk Rexona walaupun tahan lama cuma ia menggunakan gas dan meninggalkan kesan pada baju aku. Sebagai seorang yang suka travel produk Dashing Edge sangat sesuai untuk aku lah.

img_20160827_095559

kami sampai lebih kurang jam 5.00 petang di Stesen Keretapi Ipoh. Kami lihat beberapa pekerja sedang sibuk untuk perarakan hari kemerdekaan. Dengan bantuan google map pada handphone aku cuba berjalan dan mencari budget hotel yang berdekatan.

Memang kami tidak merancang pun sebaliknya ‘go with the flow’. Aku percaya pada satu budget hotel mesti ada di dalam kawasan di tengah bandar dan jika ramai mat saleh terutama yang muda belia yang berjalan-jalan di sekitar bandar sambil memang map mesti ada backpackers hostel di kawasan sekitar.

Tanpa aku sangka terjumpa Pusat Pelancongan Negeri Perak dan mereka memberikan kami peta sebagai rujukan. Setelah mundar-mandir akhirnya jumpa juga budget hotel dengan harga RM70/malam. Namun diberitahu kami kena check out keesokan hari kerana semua bilik telah ditempah lebih awal untuk peserta perarakan kemerdekaan.

So misi kami untuk tempat penginapan boleh habis dan decide malam tu juga akan kami cari. Aku memang sengat tidak inform kawan-kawan sahaja nak amik feel berjalan ala-ala backpackers dengan mengharap bantuan dari orang tempatan.

JAM 9.00 MALAM – POPIAH S.S ALI

So untie yang jaga hotel cadangkan kami makan di Medan Selera berdekata. Bila rujuk dengan kawan-kawan rupanya tempat ini dikenali sabagai taman permainan. Sebut sahaja taman permainan semua akan tahu.

Tanpa kami sengaja kami telah mencuba Popiah S.S Ali dan dikatakan paling mashur di bandar Ipoh .  Anda boleh lihat video kami di bawah. Memang sedaplah popiah S.S Ali dan owner kedai itu cakap asal nama popiah S.S Ali memang di sini

 

Berhampiran dengan medan selera terdapat Pasar Malam dan kawasan itu dikenali sebagai Gerbang Malam. Terdapat pelbagai jualan tetapi yang menarik bagi aku adalah cenderamata dari IpohWood Art.

 


Percarian kami memang memenatkan dengan hanya berjalan kaki dari Gerbang Malam sehingga kawasan berdekatan dengan Medan Selera Dato Sago. Melihat berapa hotel budget ada yang harga naik disebabkan cuti umum dan ada  stail backpackers hostel tetapi kerana ingin kelainan kami sebulat suara memilih Hotel Container Ipoh.

30 OGOS 2016 : 11.00 PAGI – CHECK IN HOTEL

 

Dengan bayaran RM50 satu malam kami diberi tote bag, mineral water , berus gigi dan towel. Untuk review lengkap hotel ini anda boleh rujuk di sini Hotel Container Ipoh. Setelah selesai check in dan jadi jakun kejap lihat hotel ke Medan Selera Dato Sago.

Kawan aku lim ini dia cuba Roti Bakar telur goyang dan aku pula cuba Mee Kicap.

ipohbreakfast

JAM 2.30 PETANG – MURAL ART TOUR 

Selepas menunai solat zuhur di Masjid Sultan Idris Shah 11 atau Masjid Negeri, kamu meneruskan aktiviti dengan menerokai apa yang anda di Bandar Ipoh terutamat di kawasan bandar lama yang mempunyai bangunan bersejarah.

Selain itu terdapat di antara bangunan-banguna ada mural-murah yang berkisarkan aktiviti penduduk tempatan.

JAM 4.00 PETANG – CONCUBINE LINE

Terdapat pelbagai kedai dan cafe di sini umpama mini Jongker Street lah. Tetapi yang menarik untuk aku cuba adalah Tau Fu Fah Sarang Burung. Sebab aku tak pernah rasa itu yang nak cuba hehe. Member aku Lim cakap kalau sarang burung yang betul memang mahal sebenarnya.

img_20160830_164140
Tau Fu Fah Sarang Burung

Semasa kami lalu di Dataran Ipoh untuk melihat persiapan Hari Kemerdekaan ke 59 di sini, kami ada tanya pada anggota rela apa aktiviti malam ini. Mereka hanya memberitahu Kayuhan DiRaja sekitar Bandar Ipoh yang bersama-sama Sultan Perak. So kami assume kira-kira tidak ada apa-apa lah aktiviti.

JAM 5.30 PETANG – RELAX AND CHILL DI HOTEL

Tanpa sengaja aku scroll maklumat melalui Instagram di mana terdapat gig di KHIZANAT Ipoh. Menarik sebab lama tak pergi gig dan nak lihat denyut nadi belia di Ipoh Lagi satu ada kumpulan band yang aku kenal COUPLE tp dia tak kenal aku lah hahaha.

Aku pun tak larat nak jalan lagi dan dah puas berjalan, balik ke hotel lah. Lagi pun takde apa yang aku nak kejar ‘just go with the flow’. Just jalan dan tangkap gambar apa yang menarik. Dalam masa yang sama enjoy the local food macam di Concubine Lane.

img_20160830_130250

 

 

JAM 9.00 MALAM – GIG DI KHIZANAT

Disebabkan tidak ada apa-apa perancangan khusus untuk aktiviti malam so kami decide untuk pergi gig di Khizanat. Aku tanya member aku Lim “Ko pernah pergi tengok gig tak?” Lalu dia menjawab “Tidak”. Aku memberi tahu takpe kita pergi tengok gig dan amik pengalaman macam mana gig diadakan di Ipoh.

Bayaran diperlukan untuk melihat gig ini iaitu RM 10 sahaja. Seperti biasa selepas membuat pembayaran aku menghulur tangan aku lalu mereka menconteng tangan dengan X menandakan bahawa aku sudah bayar. Diikut kawan aku lim sama juga menghulurkan untuk ditandakan X.

Just enjoy the music sambil melihat gelagat anak muda.

img_20160830_231005 img_20160831_002652 img_20160831_002917 img_20160830_223150

31 OGOS 2016 : 8.00 PAGI – SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA KE 59

Tiada lagi perkara yang penting selain berasa gembira kerana aku bebas untuk berjalan-jalan ke sana ke sini melihat rakyat Malaysia bebas menjalankan pelbagai urusan dan menikmati hidup dengan pelbagai bangsa dan agama.

Bebas menikmati kopi dengan pelbagai bangsa dan agama tanpa perlu berasa takut mahun gentar. Itulah indahnya pada pagi itu menikmati Teh O panas dan Roti Bakar Telur Goyang.img_20160831_083117

 

9.00 PAGI – PERBARISAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 

img_20160831_103558
11.30 PAGI – GERAK PULANG KE KUALA LUMPUR

Selesai sahaja melihat perarakan hari merdeka, kami terus ke stesen keretapi untuk membeli tiket lebih awal. Maklumlah cuti am takut orang ramai nak balik. Sampai sahaja di kauter kami tanya tiket apa yang tinggal ? Akak tu bagi tahu 11.30 pagi ada lagi atau jika tidak 2.30 petang. So tanpa masa kami beli terus tiket dan balik ke hotel semula untuk check out.

Ingatkan nak mandi rupa-rupa tak sempat so berlarilah kami ke stesen keretapi. Yang sempat gosok gigi dan basuh muka waktu keluar untuk melihat perarakan tadi. Pengalama hampir tertinggal kapal terbang di Manila membuatkan aku risau dan expectation aku ETS sama seperti kapal terbang tidak seperti itu. Kami sampai 11.25 pagi dan masih boleh masuk ke dalam keretapi. Selang beberapa minit keretapi ETS pun bergerak.

Tamatlah lawatan kami ke Ipoh dengan konsep ‘go with the flow’ dan pack a go. Cuma yang penat hanyalah mencari tempat tinggal sahaja kerana musim cuti digunakan oleh peserta perarakan. Selain itu untuk satu hotel ke satu hotel agak jauh itu yang memenatkan kami.

Secara ringkasnya lawatan kami ke Bandar Ipoh adalah :

  1. Heritage Tour – Kami dapat melihat bangunan-bangunan bersejarah yang masih ada dan dipelihara
  2. Kami baru tahu menara jam di Medan Selera Dato Sago adalah monumen mengenangkan J.W.W Birch yang di bina oleh kerajaan British sebelum Malaysia merdeka. So jgn salah faham yer bukan kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri Perak yang bina.
  3. Mencuba makanan yang unik dan terkenal seperti Mee Kicap . Roti Bakar Telur Goyang dan Popiah S.S.Ali. Nasi Ganja dah pernah cuba so malas nak jalan ke restoran itu.
  4. Pertama kali aku cuba Tau Fu Fah Sarang Burung di Concubine Lane
  5. Concubine Lane adalah yang menarik untuk dilawati seperti mini Jonker Street.
  6. Mural Tour di sekitar Bandar Ipoh di mana mempunyai laluan perlu diikuti jika mahu melihat semua mural yang berlatarkan kehidupan orang tempat di Ipoh.
  7. Pasar Malam beroperasi setiap malam di Gerbang Malam kecuali cuti umum berdekatan Komtar atau taman permainan
  8. Tinggal di 2 tempat yang berbeza di mana malam pertama di Hotel Budget 2 bintang dan Hotel Container Ipoh.
  9. Banyak berjalan kaki dan ini sekali gus amat memenatkan kerana dari satu tempat ke satu tempat agak jauh.

Tidak lupa sepanjang 48 jam aku di Bandar Ipoh, deodorant Dashing EDGE 2.00 Cool berwarna biru membuatkan badan aku sentiasa berbau wangi seperti bau-bau lemon dan sesuai untuk lelaki seperti aku yang sukakan berjalan dan adventure. 

Anyway it was fun dan adventure with my travel buddy Lim Sze Koon and also crew of Malaysia Backpackpackers. So aku simpulkan dalam dengan video di bawah. 

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: