10 Aktiviti di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Percutian Kuala Selangor

Saya seringkali ke Kuala Selangor sama ada berjumpa kawan atau balik kampung. Maklumlah kampung saya di Kg Ijok. Dulu adalah waktu kecik-kecik pernah sekali pergi Bukit Malawati dan ketika itu kereta boleh masuk. Sekarang perlu bayar untuk masuk dan akan dibawa dengan Tramp Car.

Kedatangan saya telah disambut oleh De Palma Eco Resort dengan kumpulan muzik lagu-lagu tradisional pada petang itu. Mungkin jika anda tinggal di sini dengan group check ini akan di sambut dengan kumpulan muzik dan refreshement.

Serba ringkas tentang De Palma Eco Resort ini mempunyai 48 chalets dan 12 villa (apartment) sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Harga bermula dari RM200 ke atas. Saya akan cerita lebih lanjut tentang De Palma Eco Resort di post yang lain.

1. Bukit Malawati

Selepas penerangan oleh pihak pengurusan tertinggi De Palma Hotel tentang De Palma Eco Resort dan Kuala Selangor kami semua telah dibawah ke Bukit Malawati. Terdapat ramai pengunjung yang keliru dengan nama kerana mereka menyangkan Bukit Melawati walhal ejaan yang betul adalah BUKIT MALAWATI, ingat yer MALAWATI. Lebih kurang 5 minit sahaja dari hotel sudah sampai di Bukit Malawati.  Ini kerana De Palma Eco Resort ini terletak dalam bandar utama Kuala Selangor. Saya telah dibawa mengelilingi Tram Kereta dengan bayaran RM 2.00 untuk dewasa manakala RM1.00 untuk kanak-kanak.

Mengikut sejarah Selangor, Bukit Malawati adalah pusat pentadbiran dan kota kesultanan Negeri Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke 19. Banyak kisah Sejarah Selangor yang terdapat di sini melalui berapa bukti atau tempat yang boleh dilawati seperti Makan Sultan, Tangga Seratus, Busut Malawati, Batu Hampar, Pusara Panglima Hitam, Telaga Tujuh, Perigi Beracun, Rumah Api, Meriam dan Meriam Kuning.

Namun haiwan Kera dan Lontong antara tarikan utama pelancongan untuk datang ke sini kerana haiwan seperti Lontong ini jinak dan mudah untuk didekati terutama untuk bergambar.

2. Kelip –Kelip

Sekembalinya saya ke hotel untuk berehat sebentar dan bersiap-siap untuk ke Kampung Kuantan. Antara tarikan utama di Kuala Selangor adalah Kelip-Kelip. Untuk aktiviti malam selain dari makan malam di Kuala Selangor adalah melihat kelip-kelip. Hanya diwaktu malam sahaja kita boleh lihat kelip-kelip.

Saya bertolak jam 8.30 malam dan perjalanan dari De Palma Eco Resort ke Kg Kuantan mengambil masa lebih 15 minit. Serba ringkas tentang Kelip-kelip di Kampung Kuantan ini, kawasan kelip-kelip ini bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat keajiban ini dan sekarang telah di amanahkan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor

Untuk melihat keajaiban kelip-kelip ini untuk satu bot RM50 yang boleh dinaiki maksimun 4 orang. Ini bermaksud hanya 4 orang atau kurang dari 4 dibenarkan naik sahaja dan bayaran adalah untuk satu bot bukan mengikut orang. Itu yang susah sikit. So kalau nak naik pastikan cukup 4 orang.

Saya dan rakan lain telah dibawa menyurusi sungai Selangor sambil sampan akan menghampiri pohon Berembang untuk melihat kelip-kelip dengan lebih dekat. Boatmen akan cerita sambil mendayung sampang tentang spesis kelip-kelip dan kehidupan kelip-kelip di Sungai Selangor. Yang masih saya ingat lagi botmen itu memberitahu populasi kelip-kelip semakin berkurangan disebabkan oleh pemanasan global.

Kelip-kelip yang ada di sini adalah adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis ‘Pteroptyx tener’ adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.

Nampak tak kelip-kelip tu?

Tanpa Pokok Berembang kelip-kelip tidak boleh hidup. Pokok Berembang atau ‘Sonneratia Caseolaris’ adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.

Makan Malam Istimewa Di De Palma Eco Resort

Selepas aktivit melihat kelip-kelip adalah makan malam bertemakan hutan hijau. De Palma Eco Resort bersediakan untuk mengadakan majlis makan malam untuk kumpulan yang kecil seperti 30 orang mengikut tema pelanggan. Untuk malam itu De Palma Eco Resort menyediakan juadah makanan yang elak dan dekorasi seperti di dalam hutan. Di samping aktiviti karaoke. Saya tidak pandai menyanyi takut nanti hujan esok pagi hehe.

3. Sky Mirror

Pada esokkan pagi saya pergi ke Sky Mirror. Dari tempat tinggal saya sebenarnya tak jauh pun lebih kurang 5 minit untuk ke jeti tetapi dari jeti ke lokasi itu mengambil masa 30 minit. Di maklumkan terdapat hanya 2 sahaja di dalam dunia. Untuk melihat sky mirror ini bukan semua boleh pergi sesuka hati hanya di waktu pagi sahaja dan  boleh didapati pada tarikh tertentu, yang pada 1 dan 15 mengikut kalendar lunar dan 4 -5 hari sebelum atau selepas tarikh ini dan tertakluk kepada keadaan cuaca.

Sky mirror ini berlaku disebabkan oleh pergerakan air biasa paras laut, dan semasa tarikh itu adalah paras air pasang surut, sama seperti permata tersembunyi. Itulah sebabnya mereka menamakannya sebagai misteri dan pulau rahsia

Sekeping kawasan tanah ini mempunyai lebih dari seratus ladang sepakbola sama seperti keajaiban alam Salar De Uyuni yang terletak di Bolivia, di mana langit dan tanah bergabung menjadi satu untuk membuat cermin seperti refleksi, pemandangan yang sempurna bagi anda untuk mengambil gambar yang kreatif dan unik .

Untuk pergi ke sana RM80 Dewasa manakala kanak-kanak RM 60. Apa yang anda dapat adalah Bot untuk lokasi sky mirror, nasi lemak untuk sarapan pagi dan air mineral. Di samping itu mereka menyediakan seorang photographer bagi setiap bot. Gambar akan diberikan kepada anda tetapi anda perlu membawa pendrive.

Sebagai persediaan pakai selipar di sana dan bawa baju hujan atau wind breaker kerana selalunya air laut akan tempias ke dalam bot. Lebih kurang kurang 1jam 30 minit untuk berada di Sky Mirror dan bot akan tunggu anda di sana. Dengar cerita selalu penuh dan kena tempah awal.

4. Taman Alam (Kuala Selangor Nature Park)

Selepas makan tengah aktivit pengembaraan bandar Kuala Selangor diteruskan  ke Taman Alam Kuala Selangor. Taman Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Taman ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Oleh sebab itu keindahan alam semulajadinya terus kekal tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat yang menjadi penghuni setia di sini.

Taman Alam berkonsepkan Taman Burung , dimana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat burung ini sering dijadikan bahan kajian oleh para saintis dan para pelancong yang meminatinya. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia. Sesetengah burung yang menjadi penghuni di taman ini ialah burung-burung dari kawasn sejuk di hemisfera utara untuk mencari makanan di kawasan panas di hemisfera selatan.

Pada bulan September hingga April setiap tahun taman ini akan disinggahi oleh burung-burung dari luar negara yang akan bersama-sama burung tempatan menjalani penghidupan.

Diantara spesis burung tempatan yang menjadi penghuni tetap di taman ini ialah , burung bakau, burung bangau, ketitir, pekaka, raja udang, pucong, serandau, helang bahu hitam dan sebagainya. Manakala burung-burung yang berhijrah pula ialah, purple herow, great eagle, tiger shrike, brown shrike, arctic shrike, warbler, purple swamphen dan banyak lagi. Kehadiran burung-burung ini menjadikannya sebuah lokasi yang paling menarik unutk dilawati sambil menikmati panorama fauna dan flora yang begitu banyak disini.

Lebih kurang 45 minit untuk mengelilingi keseluruhan Taman Alam Kuala Selangor. Tempat ini sangat sesuai kepada orang yang minat dengan alam kehijauan

5. Horse Riding di De Palma Eco Resort

Aktiviti petang di sambung dengan Horse Riding di De Palma Eco Resort. Horse Riding antara aktiviti baru yang ada di De Palma Eco Resort di mana pelanggan boleh melakukan aktiviti ini. Buat masa ini kuda yang ada di sini adalah Kuda Padi dan Kuda Endurance.

Berbbq Di Tepi Kolam Berenang.

Sajian Malam itu di sediakan oleh De Palma Eco Resort dengan pelbagai jenis makanan ala barat seperti kambung panggang, ayam panggang dan pelbagai lagi.

6. Night Trekking

Lebih kurang jam 9.30 malam aktiviti ini di sambung dengan Night Trekking. Sebelah De Palma Eco Resort ini mempunya hutan di tepi Sungai Selangor yang agak luas sesuai untuk Horse Riding, ATV dan juga jungle trekking.

Apa mulanya saya dan rakan lain dibawa memasuki hutan mengikut kumpulan yang telah di agihkan kemudian sampai pertengahan jalan semua orang di minta berhenti dan senyap untuk menghayati bunyi-bunyi hutan di waktu malam. Di beri tahu oleh guide kadang-kadang boleh nampak kera atau monyet sedang tidur di atas pokok.

Malang disebabkan lokasi hutan itu berdekatan dengan restoran yang bersebelahan Sungai Selangor, aktiviti ini tercemar dengan bunyi karaoke yang kuat. Mungkin sebab itu monyet lari cari tempat tidur yang lebih aman.

Kemudian saya dan rakan lain terus berjalan dan dihendaki menutup mata sambil memegang tali. Bagi orang seperti saya yang sudah arif tentang aktiviti outdoor kerana saya juga adalah jurulatih rekreasi sudah biasa aktiviti begini. Tetapi untuk organisasi yang ingin menjalan aktiviti ini berbentuk team building boleh buat di De Palma Eco Resort.

Alhamdulillah semua peserta dengan jaya berjaya menamatkan aktiviti night trekking dengan selamat.

7. Zumba

Hari ini adalah hari terakhir saya di De Palma Eco Resort bagi pagi subuh ada flyers mengatakan ada zumba. Tak sangka pulak dekat ceruk resort macam ni dan kawasan ala-ala kampung ada juga mereka berzumba. Disebabkan cuaca hujan awal pagi itu, aktiviti zumba di jalan di dalam dewan. Aktiviti zumba ini dijalankan setiap hari ahad pagi bersama penduduk tempatan. Orang luar pun boleh terlibat sekali. Jom kita Zumba!

8. Outdoor Activity – Team Building

Badan pun dah panas dan sarapan pagi dah makan tinggal satu lagi aktiviti untuk dilaksanakan di sini iaitu team building games dan High Rope (Tali Tinggi)

9. Camping

Camping di De Palma Eco Resort adalah yang terbaru sekali. Selain dari tinggal di chalet, anda boleh memilih untuk tinggal di khemah kerana di sini menyediakan pakej untuk tinggal di khemah. Agak menarik di sini kerana tapak perkhemahan ini berdekatan dengan sungai dan diliputi dengan hutan pokok bakau.  Selain dari camping tempat ini sesuai dengan Glamping yang ingin citarasa tinggi seperti makanan seperti hotel dan tilam yang empuk namun masih tinggal di dalam khemah di kawasan hutan

10. Pasar Penambang

Sebelum kami pulang ke rumah kami singgah ke Pasar Penambang mana tahu boleh bawa balik ole-oleh untuk keluarga. Di sini di maklumkan tempat ikan mendarat. Kalau nak dapatkan ikar segar ini lah tempatnya di maklumkan awal pagi dan tengah hari. Terdapat juga pasar basah ada pasar kering.  Orang kata macam-macam ada.

Alhamdulillah sepanjang saya berada di sini 3 hari 2 malam pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Memang takkan bosan beraktiviti di De Palma Eco Resort dengan bilik yang cantik, makanan yang sedap dan tempat yang menarik di Kuala Selangor juga berdekatan. Kalau ada syarikat nak buat team building pun sesuai kerana mereka mempunyai kemudahan yang terbaik.

 Untuk Maklumat lanjut De Palma Eco Resort Kuala Selangor

De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Leave a Reply