9 Restoran yang anda harus cuba di NU Sentral Kuala Lumpur

Siapa tidak kenal KL Sentral iaitu hub transit pengangkutan yang terbesar di Malaysia yang menyambungkan semua pengangkutan awam di dalam bandar Kuala Lumpur dan juga ke bandar-bandar luar Kuala Lumpur. Turut juga menyambungkan keretapi dan bas ke lapangan terbangsa KLIA.

Bagaimana pula dengan NU SENTRAL? Pasti menjadi pilihan kepada pengguna pengangkutan awam singgah untuk bersantai atau membeli-belah di pusat membeli-belah ini. Untuk pengetahuan anda NU Sentral telah masuk 3 tahun pembukaan rasmi pusat membeli-belah ini.

Terdapat lebih dari lebih kurang 20 outlet cafe dan restoran dengan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa tidak termasuk outlet makanan di dalam food court. Kami ingin kongsi 9 outlet cafe yang yang kami pilih untuk mencuba sesuatu yang baru dan jarang-jarang makan cuba.

      1.  B.bap Korean Food

Terus-terang ini pertama kali saya mencuba makanan KOREA. Untuk membuat perbandingan dengan makan lain tidak adil untuk saya membuat penilaian. Menu yang kami pesan adalah :

Dolsot Bibimap Octopus
Kimchi Jiggae Beef
Teok Bokki 
Seafood Pancake

Mungkin saya perlu mencuba beberapa kali masakan Korea baru boleh saya membuat penilaian terbaik. Untuk Seafoof pancake rasa sesuai dengan tekak orang Melayu.

Sebelum ini saya dengar orang sebut Kimchi adalah satu menu utama masakan Korea, baru saya tahu rasa KIMCHI. Warna seperti Kari tetapi rasanya amat berbeza. Cara makan juga seperti orang Korea dengan menggunakan Chop Stik dan mangkuk nasi dan dihidangkan dengan Green Tea.

Semasa saya sedang menjamu makanan, terdengar sekumpulan gadis remaja sedang menyanyai lagu Happy Birthday dalam bahasa Korea. Namun boleh saya katakan jika anda peminat movie filem Korean atau KPOP fans mungkin restoran ini salah satu pilihan yang anda boleh cuba di Nu Sentral.

Ini pertama kali saya cuba masakan Korea Kimchi

  Kimchi Jiggae Beef

Seafood Pancake

2. Dolly Dim Sum

Dolly Dim Sum adalah restoran berinspirasikan restoran cina dengan menyediakan pelbagai menu makanan cina. Tetapi signiture makanan bagi restoran ini adalah Dim Sum. Nama restoran pun Dim Sum mestilah menu utama mereka Dim Sum. Menu yang kami pesan adalah :

Set A

Har Gao Dumpling
Yam Croquette

Set B

Siew Mai Dumpling
Dolly Mozza Roll

Set C

Egg Custard Bun
Salad Prawn Dumpling

 

3. Sushi Tei

Saya adalah penggemar makanan sushi terutama dari Sushi King lagi-lagi bila mereka buat promo mesti pergi dengan geng yang suka makan sushi. Saya rasa tiada perbezaan ketara dengan Sushi Tei. Cuma restoran ini tiada Sijil Halal. Menu yang kami pesan adalah :

Kirishima (18pcs) (RM33.80)
Tan Tan Ramen (RM18.80)
Soft Shell Crab Kani Salad (RM18.80)

Kirishima

Soft Shell Crab Kani Salad

4. Paddington House of Pancakes

Paddington House of Pancakes boleh saya kata adalah cafe hipster kerana pertama kali saya makan pancake yang mempunyai daging kambing bakar. Kalau lihat pada gambar memang menyelerakan ditambah dengan Dessert menaikan nafsu makan. Boleh saya kata kebanyakan menu di sini adalah adalah lain dari yang lain. Menu yang kami pesan adalah :

Wellington
Monaco Savoury Flapjack
Chocolate Fondue
Strawberry New York Cheesecake

 

Wellington

5. The Manhattan Fish Market

The Manhattan Fish Market adalah restoran Malaysia yang menyediakan makanan yang unsur-unsurkan makanan laut. Ketam gergasi pun ada jika mahu mencuba. Jika anda peminat makan laut boleh datang makan di sini yang menyediakan pelbagai menu. Berdasarkan pemerhatian saya di Nu Sentral, satu-satunya restoran yang menyediakan makan laut sebagai menu utama. Menu yang kami pesan adalah :

Manhattan Fishmarket L4.06
Small Flame Garlic Herb Rice with Chips
Gummy Bear

6. La Juiceria

Untuk menyegarkan badan setelah penat berjalan boleh singgah di LA JUICERIA. Seperti yang kita tahu jus buah-buahan memberi banyak khasiat kepada tubuh badan kita.  Selain dari just buah-buahan terdapat juga jus detox yang mereka produce sendiri.  Saya mencuba sendir jus Chlorophyll Water.

 

7. Franco

Pada mula saya memesan Matcha Smoothie dan Berries Cheesecake . Saya menyangka Mactch Smoothie itu ada Teh Champ rupa-rupa adalah ada Teh Hijau atau lebih dikenali Green Tea. Itu boleh lagi saya terima sebab masih minuman.

Manakala Berriec Cheesecake saya sangka adalah sepotong cake hakikatnya adalah hidangan kek di dalam cawan yang mempunyai strawberi. biskut dan ais-krim yang berlapis-lapis. Memang mengenyangkanlah. Menu yang kami pesan adalah :

Souffle Cheese
Ice Tea with Softie
Matcha Smoothie
Berries Cheesecake

8. Built Custom Burgers

Built Custom Burgers adalah umpama anda memasak burger sendiri di mana anda pilih kandung burger yang anda suka seperti Subway. Kalau anda biasa makan burger pasti anda tahu ketebalan burger itu menentukan harga burger sebenarnya. Kalau burger MacD amat nipis berbanding dengan burger di sini sesuai dengan harga yang dijual. Burger kambing dia memang tebal dan mengenyangkan.

Kalau banding harga dan kualiti dengan MacD, saya rasa burger di Built berbaloi hanya perlu tambah beberapa ringgit sahaja. Di sini anda boleh pilih Bun (burger) atau Bowl. Menu yang kami pesan adalah :

Custom Built Beef Burger (Bun)
Custom Built Beef Bowl
Custom Built Chicken Bowl

 

9. Hoagies Hauz

Hoagies Hauz adalah cafe yang ringkas atau minimalist kerana berdekatan untuk pawagam. Kebanyakan makanan yang disediakan seperti burger dan hot dog. Senang cerita yang mudah dan cepat untuk disediakan kepada pelanggan. Selain itu pelbagai snek dan minuman disediakan kepada pelanggan. Menu yang kami pesan adalah :

Cheezy Melt Steak
Beefy Patty Melt
Aloha Hawaiian Chicken
The Signature Hoagie

Sebenarnya banyak lagi restoran-restoran dan cafe yang ada di Nu Sentral seperti Teh Tarik Palace, The Loaf dan banyak lagi. Cuma yang sempat saya cover hanyalah 9 restoran sahaja.  Jika orang tanya dari 9 restoran mana yang menjadi pilihan atau ingin cuba semula ? Saya akan pilih Paddington House of Pancakes atau Built Custom Burges

Related Post

3 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: