Aaron Crow: Fearless kini di Genting Highland!

Siapakah Aaron Crow?

Aaron Crow atau nama sebenarnya Ronny Verbeke yang merupakan seorang ahli magis atau ahli silap mata yang berasal dari Belgium dan lebih dikenali dalam sebuah rancangan TV “Britain’s Got Talent’. Beliau juga merupakan seorang mentalist dan digelar sebagai lelaki pedang (swordsman).

DSC_1339

Kali ini, Resorts Genting World membawakan kepada anda suatu kelainan yang menakjubkan bagi yang ingin merasai dunia magis, melihat pertunjukan yang merbahaya yang pebuh debaran, dan penuh aksi misteri yang berlangsung selama satu setengah jam di Genting International Showroom.

DSC_1319

Diakhir pementasan pertunjukan, pengunjung dapat mengambil bersama Aaron Crow. Pada sesiapa yang ingin atau berminat untuk melihat persembahan daripada Aaron Crow, pertunjukan ini akan berlangsung bermula dari 18 Mac sehingga 15 Mei 2016.

Berikut adalah senarai harga tiket boleh dibeli dengan mengikut tiga (3) kategori:-

(1) VIP – RM 118

(2) PS1 – RM 98

(3) PS2 – RM 78

Pertunjukan ini hanya berlangsung hanya pada dua waktu sahaja; iaitu pada jam 4.00 petang dan 9.00 malam sahaja.

Tiket untuk jam 7.00 petang hanya dijual pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Resorts Genting World termasuk tarikh-tarikh yang tiada sebarang pertunjukan diadakan.

Pembelian tiket boleh dibeli melalui kredit kad, kad debit atau Maybank2u, voucer, Genting Point(/Fast Track), dan Rewards Point(/Fast Track).

Farah Azwa Roslan.

Guest Writer @MalaysiaBackpackers.com

Related Post

Leave a Reply