Adakah Anda Luar Biasa atau Biasa-Biasa ?

Setiap orang ada keinginan untuk melakukan perkara luar biasa sama ada dengan cara yang betul atau salah. Dari segi sudut positif mereka telah melakukan perkara yang luar biasa dan dari sudut negatif mereka telah melanggar undang-undang secara tidak lansung netizen risau akan mempengaruhi orang lain melakukan perkara yang sama.

Netizen risau akan sikap mereka ini akan mendorong orang lain melakukan perkara yang membahaya dan mengudang risiko kemalangan maut kepada pelaku dan kepada pemandu jika tanda mercu IPOH itu runtuh.

Soalnya anda juga telah banyak melakukan kesalahan undang-undang seperti pandu dengan laju, langgar lampu merah, ponteng sekolah, datang lewat ke opis dan sekolah, suruh orang punch kad dan lain-lain. Maka berpada-padalah menegur mereka. Mereka tahu akan risiko yang bakal mereka hadapi.

Jika hendak mengutuk dan mengecam mereka cermin dulu sebelum berkata. Sewajarnya jika hendak menghukum penjara atau denda duit bukanlah jalan yang terbaik sebaliknya jika diberi kaunseling dan hukuman dengan melakukan kerja amal itu lebih baik.

Bukan menyokong tetapi berfikir dahulu sebelum melakukan. Banyak lagi perkara yang luar biasa boleh dilakukan. Budak Ipoh sungguh berani!

P/s : suka lihat anak muda melakukan perkara luar biasa.

Sumber Harian Metro

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: