Adakah Anda Tahu HAK ANDA Sebelum Penerbangan?

Di sini saya ingin kongsikan  maklumat hak anda sebagai pengguna/penumpang sebelum penerbangan yang perlu anda tahu. Maklumat ini disediakan oleh Suruhajaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang mana secara rasminya ditubuhkan  dibawah Akta Suruhanjaya  Penerbangan Malaysia 2015 untuk mengawal selia pekara ekonomi dan komersil berhubung dengan industri penerbangan awam di Malaysia.

Apakah Hak Anda Sebelum Penerbangan ?

HARGA TIKET

Apabila membeli tiket penerbangan, anda sepatutnya diberi maklumat kos tiket sepenuhnya, butiran syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan anda, sebarang perubahan pada butiran penerbangan serta merta dah syarat penuh (T&C). Sila Semak  T&C tiket anda.

CAJ-CAJ PENERBANGAN

Harga tiket tidak boleh dinaikkan setelah pembayaran dibuat dan syarikat penerbangan tidak boleh menambah sebarang perkhidmatan tambahan secara automatik kepada harga tiket tanpa pengetahuan anda. Anda sepatutnya diberi pilihan untuk menambah perkhidmatan tambahan (‘opt-in’) dan bukannya memilih keluar (‘opt-out’). Sila semak pilihan perkhidmatan anda sebelum membuat bayaran.

PENUNDAAN DAN PEMBATALAN PENERBANGAN

Anda sepatutnya diberi pampasan jika penerbangan anda mengalami penangguhan melebihi 2 jam atau jika penerbangan anda dibatalkan. Menurut MAVCOM wajib memberi pampasan  seperti voucher makanan dan akses internet. Jika tiada anda boleh menggunakan telefon kemudian boleh menuntut bayaran bil telefon anda.

Contoh-contoh pampasan adalah dalam bentuk makanan, akses internet, penginapan, pengangkutan, gantian penerbangan atau pemulangan wang tunai. Sila rujuk Kod Perlindungan Pengguna – Jadual Satu di laman web kami (www.mavcom.my) untuk butiran lanjut.

LARANGAN MENAIKI PESAWAT

Anda berhak menerima pampasan jik anda dilarang menaiki pesawat. Menurut MAVCOM perkara ini berlaku kepada kepada syarikat penerbangan yang menerima termpahan lebih dari sepatutnya (OVERBOOKED).  Oleh itu syarikat penerbangan wajib menggantikan tiket penerbangan pada hari yang sama ( Next flight) atau pampasan (Refund).

Mereka tidak akan membayar pampasan bagi tempahan hotel atau apa-apa kerugian anda di negara anda akan lawati (Ground package). Selain itu jika anda lambat sebelum Boarding Time anda tidak berhak membuat apa-apa tuntutan walaupun kapal terbang masih tidak bergerak lagi. Oleh anda wajib berada satu jam awal sebelum Boarding Time.

TUNTUTAN DAN PAMPASAN

Jika beg atau peralatan bantu mobiliti anda tidak sampai dalam penerbangan yang sama atau hilang atau rosak, anda boleh menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan anda. Jika perkara ini berlaku kepada anda, jangan tangguhkan terus buat laporan dengan segera. Jika anda tangguhkan atau sudah keluar dari lapangan terbang keberangkalian mereka akan menganggap kerosakan berlaku di luar lapangan terbangan dan anda cuba mengambil kesempatan atas kerosakan yang berlaku pada beg anda.

Menurut MAVCOM, proses tuntutan akan menjadi lancar jika anda menyimpan semua riset pembelian beg dan juga barang-barang di dalam beg. Tuntutan pampasan kerosakan beg adalah berdasarkan harga semasa membeli berdasarkan vendor yang dilantik oleh syarikat penerbangan. Namun jika kerosakan barang-barang di dalam beg tanpa dokumen pembelian seperti resit agak sukar untuk mereka membuat proses tuntutan anda.

ORANG KURANG UPAYA

Syarikat penerbangan hendaklah menyediakan bantuan bermula dari masa anda tiba di lapangan terbang sehinggalah pelepasan. Sila maklumkan keperluan anda kepada syarikat penerbangan anda sekurang-kurangnya 48 jam sebelum pelepasan.

5 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM ANDA TERBANG

  • Periksa status perjalanan anda. Bagi rakyat Malaysia sila lawati http://sspi2.imi.gov.my/
  • Ambil gambar dokumen perjalanan sebagai salinan digital di dalam telefon anda tetap bukan untuk dikongsi di media sosial.
  • Pastikan pasport anda masih sah laku dalam tempoh 6 bulan atau lebih.
  • Jangan letakkan barangan berharga seperti wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting di dalam beg yang anda periksa masuk.
  • Ambil gambar  beg anda sebagai rujukan seandainya ia hilang dan letakkan butiran hubungan atau kad perniagaan dalam beg anda.
  • Hubungi bank anda bagi memastikan kad kredit dan debit boleh digunakan di luar negara.

Pastikan anda tahu hak anda sebagai penggunakan kapal terbang. Jadilah pengguna yang bijak dan tahu hak-haknya.

Disclaimer : Sumber rujukan adalah dari Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) Sebarang Aduan dan Pertanyaan boleh hubungi di : Talian am : +603 2772 0600 Hotline Pengguna : +032772 0677

Leave a Reply