Advantura Pulang Ke Malaya oleh Badrul Hisham

Advantura Pulang Ke Malaya

London – Malaya | 3 Basikal | 5 Bulan | 18 Negara

SINOPSIS : Mengisahkan sebuah kisah benar 3 orang anak muda mengembara dengan basikal dari London ke Malaysia. Berbekalkan RM8,000, mereka berbasikal merentas 18 negara sejauh 11,000 km demi mengejar impian melihat dunia. Mereka memulakan misi berbasikal hanya beberapa hari selepas penulis menamatkan pengajian ijazah pertama jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti of Sheffield, UK.

ULASAN : 

Mula-mula baca rasa seronok seolah-olah kita sedang mengembara dengan basikal sambil menghayati pemandangan indah dalam bentuk penceritaan yang tidak meleret-meleret atau ayat berbunga.  Selepas beberapa bab tiba rasa eh Dia dah kat mana? Sebelum cerita dekat Amsterdam tiba-tiba dah sampai ke Iran.

Itu yang aku alami apabila membaca buku ini. Walaupun berdasar tajuk tetapi tiada  ‘susur galur’ yang sempurna atau mengikut urutan negara yang dilawati. Dalam buku kita dapat tahu kisah sebelum hari kejadian bagaimana Bad bermula dengan basikal. Semasa di UK pun basikal sudah dicuri orang.

Dengan sumber yang terhad sebanyak RM8,000 dan impian yang besar Bad berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran seperti barang dicuri . Jika anda suka cabaran dan cerita pengembaraan, buku ini berbaloi untuk anda baca.

 

310 total views, 3 views today


Leave a Reply

%d bloggers like this: