How We Review

customer-reviews

Kami melakukan review hanya berdasarkan padangan mata kasar kami sebagai sebagai seorang tetamu/pelacong/backpacker atau pengguna. Oleh itu penilaian dilakukan dengan PANDANGAN PERTAMA dan PENGALAMAN LALU bukan sebagai penilai profesional mahupun juruaudit bertauliah walaupun di antara kami mempunyai pengalaman Juruaudit Bertauliah bagi ISO 9001:2008.

Secara mudahnya review kami adalah :

WHAT we SEE, WHAT we DO, WHAT

 we USE,

WHAT we FEEL, anda WHAT we EAT

Produk Review :

Untuk produk review adalah berdasarkan apa yang kami gunakan dan dibuat perbandingan mengikut pengalaman yang lalu.

Kami sertakan contoh video review :

Hotel/Hostel/Resort Review :

1. Cleanliness (Kebersihan & Tandas)

Kebersihan ini merangkumi bagaimana pihak pengurusan menjaga kebersihan  bangunan, bilik tidur dan tandas. Dari segi pengurusan sampah dan juga kekerapan mereka mencuci tandas

2. Bilik Tidur (Comfort)

Penilaian ini berdasarkan keselesaan bilik tidur dari segi bantal dan tilam. Selain itu susun atur katil juga memain peranan dalam keselesaan pengguna.

3. Lokasi (Location)

Adakah lokasi ini mudah dicari, berdekatan dengan kemudahan awam, pengangkutan awam atau tempat tumpuan pelancong. Selain itu kemudahan untuk parking atau mudah mencari parking kereta menjadi nilai tembah kepada pengusaha.

4. Suasana (Environment)

Adakalah suasana tinggal ini di property ini berasa seronok, tenang dan damai atau gembira selari dengan ciri-ciri atau tema yang ingin ditonjolkan. Selain itu semua tetamu gembira dan saling tegur-menegur atau berbual bagi yang tinggal di hostel backpackers. Budaya tinggal di hotel dan hostel ini berbeza. Bonus jika ada  buku dan kemudahan tv secara tidak lansung akan mendorong untuk mereka berinteraksi sesama mereka

5.  Free Wifi & Computer

Adakah kemudahan WIFI dapat di akses ke semua tempat dengan lancar tanpa tersekat-sekat. Selain itu bonus jika menyediakan kemudahan komputer tanpa bayaran

6. Staf

Adakah staf ini mesra dengan semua tetamu yang tinggal di tempat mereka. Selain itu sangat membantu jika tetamu memerlukan pertolongan mereka seperti mendapatkan maklumat pelancongan iaitu aktiviti, tempat menarik untuk dilawati atau pelbagai lagi.

7. Kemudahan (Facilities)

Keutamaan adalah kemudahan yang wajib seperti internet, plug elektrik, locker, air panas, penghawa dingin dan lain-lain lagi tetapi yang menjadi nilai tambah adalah pantry atau tempat memasak, tv, sewa basikal dan pelbagai lagi.

8. Berbaloi (Value For Money)

Berbaloi atau tidak dengan nilai wang ringgi yang dibayar untuk semua kemudahan yang disediakan. Jika bayar RM50 semalam tetapi kemudahan seperti bayar RM200 itu bermaksud terlebih berbaloi.

Restoran/Cafe/Food Review :

1. Cleanliness (Kebersihan & Tandas)

Kebersihan ini merangkumi bagaimana pihak pengurusan menjaga kebersihan  bangunan, meja dan tandas. Sekali pandang sudah nampak bersih atau tidak terutama meja makanan.

2. Suasana (Environment)

Adakah restoran/cafe/makanan ini menyelerakan dan membuat nafsu untuk makan meningkat selari dengan tema/dekorasi yang cuba ditonjolkan oleh pengusaha restoran/cafe/makanan

3. Tempoh menunggu

Tempoh menunggu makanan untuk sampai ke meja ini mengambil masa berapa lama? Jika 30 minit macam mana? Berama lama harus tunggu untuk makanan sampai ke meja?

4. Persembahan Makanan

Persembahan makanan ini adalah dari segi penyediaaan makanan kepada tetamu. Seperti apa yang kita lihat gambar makanan dalam menu sama atau tidak.

5. Kesedapan

Secara mudahnya makanan itu sedap atau tidak? Menyelerakan atau tidak

6. Layanan Staf

Staf mesra pelanggan atau tidak. Bila di panggil cepat atau tak mereka datang seperti kita minta tisu atau air kosong.

7. Kemudahan (Facilities)

Kemudahan lain-lain adalah seperti kerusi kanak-kanak,surau, wifi, plug elektirk untuk charge telefon dan parking kereta.

8. Berbaloi (Value For Money)

Nilai ringgit yang dibayar berbaloi atau tidak dengan makanan yang disediakan termasuk pelbagai kemudahan. Atau indah khabar dari rupa.