10 Aktiviti Menarik Di Resort World Kijal

Resort World Kijal menjadi lokasi terbaru untuk percutian Malaysia Backpackers kali ini. Sudah lama aku tidak bercuti di hotel atau resort bertaraf bintang kerana kerana kekangan masa atau tiada urusan kerja. Maklumlah biasa peluang untuk tinggal di hotel bertaraf 5 bintang mesti atas dasar kerja. Last sekali di Cambodia itu pun atas dasar kerja dan tidak sempat untuk berenang kerana kolam berenangnya mengadap Sungai Ton Lesap.  Memang cantiklah viewnya.

Anyway aku nak share percutian aku kali ini di Resort World Kijal Terengganu. Bila aku share gambar-gambar resort ini member aku kata nama lama resort ini adalah Awana Kijal ….oo baru aku tahu. Sebenarnya apa yang aku nak cerita untuk artikel pertama Resort World Kijal adalah 10 perkara yang best boleh anda lakukan di Resort World Kijal

  1. Turtle Hatching

Satu-satunya resort yang mempunyai program sendiri pelepasan penyu dan penanaman telur penyu di  Terengganu. Dengan pakej 3 hari 2 malam anda berpeluang untuk merasai pengalaman melepaskan anak penyu dan juga menanam telur penyu di pusat penetasan telur penyu berdekatan dengan resort. Jika ada rezeki malam itu dapat lihat penyu bertelur. Untuk artikal ini nanti aku akan buat post khas pengalaman aku dalam program ini.

img_20160926_082509

 

  1. Jet Ski

Untuk aktiviti air anda boleh cuba Jet Ski. Jika anda pertama kali macam saya, mereka akan ajar anda sampai mahir. Dan tip untuk bermain Jet Ski adalah bermain ke tengah laut sikit atau tidak berhampiran tepi pantai kerana di tengah-tengah laut ombak kurang. Secara tidak lansung dapat melancarkan pergerakan jet ski anda.

jetski

 

  1. Banana Boat

Selain jet skit, anda boleh cuba banana boat bersama kawan-kawan atau keluarga. Selepas itu boleh terus berenang heheh. Sepanjang pantai itu adalah dibawah pengurusan Resort World Kijal. Laju juga banana boat itu pergi!

dsc_0145-copy

 

  1. Basikal

Bagi yang takut kepada air atau tidak pandai berenang, anda boleh mencuba aktiviti berbasikal di sekitar resort atau tepi pantai. Resort World Kijal menyediakan pelbagai jenis basikat antaranya basikal kanak-kanak, basikal tendem untuk 2 orang dan juga basikal tayar besar.

dsc_0148-copy

 

  1. ATV

Bagi yang suka aktivit mencabar adalah boleh mencuba di ATV.  Laluan yang disediakan adalah ditepi pantai dan berhampiran padang golf. Cuma tidaklah terlalu ekstrem sehingga masuk ke dalam hutan.

atv

 

  1. Berenang

Jika tidak sukakan air laut, anda boleh berenang di kolam berenang yang terbesar di Terengganu berbanding resort atau hotel yang ada di Terengganu. Memang puas berenang di sini dan malah untuk kanak-kanak di asingkan  sesuai untuk mereka yang mahu bermain air sahaja. Selain itu jika mahu santai dan relax boleh layan jakuzi.

swimming-pool1

 

  1. Golf

Bagi yang meminati sukan golf anda boleh mencuba pakej 2 hari 1 malam semurah RM138 bagi deluxe room. Golf course ini mempunyai 18 lubang sesuai untuk pelbagai kejohanan golf. Bagi yang tidak membawa golf set boleh menyewanya.  Jika anda masih taraf begginer macam saya boleh cuba Driving Range untuk 50 biji bola yang berharga RM7 sahaja.

golf

 

  1. Catur

Bagi yang malas untuk keluarkan peluh yang banyak boleh cuba bermain catur gergasi. Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti senaman untuk minda dan juga fizikal kerana perlu mengangkat buah catur.

dsc_0093-copy

 

 

  1. Bola Tampar Pantai

Tidak sah jika tidak ada aktiviti bola tampar pantai di mana-mana resort.  Menjadi kelaziman kemudahan wajib yang perlu ada di tepi pantai adalah bola tampar atau bola sepak pantai. Boleh lah jika anda minat dengan bola tampar boleh bermain bersama keluarga atau rakan-rakan.

dsc_0096-copy

 

  1. Indoor Game

Terdapat kemudahan bagi yang berminat dengan ping-pong. So jika hujan anda masih boleh melakukan aktiviti riadah dengan bermain ping-pong

dsc_0358-copy

 

  1. Gym

Bagi yang nak sado dan ingin bersukan dalam aircond boleh lah ke Gym Resort World Kijal. Pelbagai kemudahan ada seperti treadmill, cycling , dumble dan lain-lain lagi.

dsc_0124-copy

 

  1. Massage & Spa

Bagi yang mahu relax  dan berasa tenang boleh mencuba pakej urutan Bali atau spa di Taman Sari Royal Heritage Spa. Antara pakej yang ditawarkan adalah body scrub, body wrap, bust care dan pelbagai lagi  yang dilakukan oleh staf yang mahir yang datang khas dari Indonesia.

dsc_0078-copy

Dan akhir sekali  adalah berjalan-jalan di tepi pantai sambil melayan bunyi ombak dan angin bayu. Sedikit sebanyak dapat buat kita tenang seketika tanpa memikirkan masalah yang menggangu kita

 

Selama 3 hari 2 malam banyak aktiviti aku telah cuba. Jika korang tinggal di Resort World Kijal akan meninggalkan 1001 kenang indah kerana banyak aktiviti boleh dilakukan. Cuma aku tidak sempat nak cuba beberapa aktiviti lain seperti sauna dan jakuzi kerana kesuntukan masa.

Sekarang ni mereka ada buat promosi 3 pakej yang menarik iaitu Kijal Weekend Promotion, Kijal Weekend Golf Package dan Turtle Watching Package sehingga 31 Disember 2016. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di 03-27181118 atau klik website ini http://www.rwgenting.com

855 total views, 2 views today


Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: