Apa yang saya belajar semasa mengembara selama 28 hari IndoChina

Sepanjang 28 hari mengelilingi 5 negara (Cambodia – Vietnam – Laos – Thailand – Malaysia) banyak perkara yang saya belajar terutama dari segi persiapan untuk backpacking. Banyak perkara yang perlu diambil perhatian walaupun kita sudah biasa backpacking. Cuma bila backpacking selama 28 hari sangat berbeza dengan 3 hari 2 malam. Jika kita tidak buat persiapan rapi itu yang membuat kita kadang-kadang macam down dan malas nak meneruskan pengembaraan kalau boleh nak balik terus. Itulah apa yang saya alami semasa berada di Chiang Mai. Oleh itu saya nak kongsikan 12 perkara yang perlu kita tahu sebelum kita backpacking terutama untuk jangka masa panjang.

12 perkara yang perlu kita tahu sebelum kita backpacking :

1. Solat
Bawalah pakaian yang mudah untuk solat seperti kain pelikat supaya kita sentiasa dalam keadaan bersih dan suci dari najis semasa solat. Selain itu pastikan membawa selipar untuk memudahkan anda mengambil wudhuk.

2. Pakaian
Bawa pakaian yang mudah kering, ringan dan yang sesuai dengan tempat yang akan kita pergi supaya kita boleh pakai baju yang sama untuk 2 hari atau bergantung pada bau baju. Baju sejuk adalah satu keperluan kerana anda memerlukan terutama di waktu malam dan juga di dalam bas atau keretapi walaupun mereka menyediakan selimut. Basuh pakaian anda jika sudah berbau semada basuh sendiri atau hartar ke dobi yang berhampiran tempat tinggal anda. Kebanyakan tempat penginapan ada menyediakan perkhidmatan dobi antara 1 dan 2 USD untuk 1 KG

3. Makanan & Minuman
Bawalah makan tambahan dari Malaysia, seperti jem, roti, meggi, biskut dan lain-lain kerana makan halal memang mahal antara RM10 – RM 20 termasuk dengan minuman bergantung kepada menu yang dipilih. Selain itu sukar untuk kita mendapat makanan halal yang berdekatan dengan kita. Semasa dalam perjalanan yang jauh dengan bas atau keretapi bawa roti, meggi dan kopi/teh 3 in 1 dll sebagai bekalan makanan kerana makanan di dalam keretapi tidak halal dan juga disetiap hentian rehat bagi bas tidak ada menyediakan makanan halal. Mungkin ramai tidak tahu antara sebab harga makan halal mahal adalah kerana sewa kedai yang mahal dan sukar mendapat daging halal atau sumber bahan mentah yang halal.

Banyakkan minum air kosong kerana kawasan Asia Tenggara ini panas terutama selepas musim hujan. Bila banyak berjalan perlukan air bagi mengurang dihadrasi. Seboleh-bolehnya elakkan makan dan minum di tepi jalan, andai rasa teringin sangat pastikan minum air kosong banyak-banyak selepas itu. Untuk pengetahuan anda sistem air paip di negara seperti Cambodia, Laos, Vietnam dan Thailand ini tidak bersih sebab itu kita boleh lihat mereka banyak bergantung kepada syarikat penyedia air besih. Jualan air mineral atau air minum botol sangat laku di sana 12 Perkara

4. Sim Card
Jika anda rasa perlu, anda beli dan setiap package yang dijual bergantung kepada keperluan anda. Seperti di Thailand harga untuk sim card untuk tourist 299 Bht, di Vietnam RM30 manakala di Laos 2 – 6 USD bergantung kepada Data dan Tempoh yang digunakan. Boleh didapati di lapangan terbang, kedai telefon, kedai tepi jalan dan juga kedai serbaneka. Jika anda mencari di 7-Eleven atau Convinience Store kebanyakkan mereka tidak tahu Sim Card Data Plan untuk pelancong seperti Unlimited Data (Internet) kerana mereka tahu jual sahaja. Lebih baik anda beli apa yang tertera dengan perkataan Tourist dan Traveller pada Stater Pack Sim Card.

5. Duit
Bawalah duit secukupnya mengikut budget anda seperti berapa lama anda nak duduk dan apa aktiviti yang ingin dilakukan di tempat tertentu. Contoh di Phanom Penh anda budget hanya RM 300 sahaja. Dengan RM300 inilah untuk anda makan, kos penginapan dan juga untuk aktiviti lawatan. Ini belum lagi kos pengangkutan dan yuran proses pendaftaran imigresen di sempadan. Pastikan anda tukar siap-sia[ duit tempatan dan juga USD kerana negara seperti Cambodia, Vietnam dan Laos masih menerima USD untuk urusan pembayaran terutamanya di Cambodia.

6. Pertukaran Nilai Mata Wang Di Luar Negara
Anda tidak boleh lari dari kerugian akibat dari pertukaran wang kerana mereka pun nak untung dari hasil jual mata wang. Cuma kita hanya dapat meminima kerugian itu dengan bersandarkan nilai mata wang semasa. Untuk mengetahui nilai mata wang semasa, boleh rujuk di internet atau applikasi telefon. Download siap-siapa sebelum pergi dan gunakan sebagai rujukan anda sebelum menukar duit. Selain itu cuba buat perbandingan dengan beberapa pusat pertukaran wang dan jika lebih kurang sama , tukar sahaja. Jangan terlalu menghabiskan masa untuk perkara ini!

7. Pengangkutan
Terdapat pelbagai pengangkutan untuk perjalanan jarak jauh yang biasanya backpacker akan guna sama ada mini van, vip van, bas duduk (seat bus), bas katil (sleeper bus), train (hard seat), train (soft seat fan) , train (hard seat fan), train (soft bed), train (soft bed), train (cabin 4 bed) , train (cabin 6 bed). Setiap negara mempunyai definasi dan kemudahan yang berbeza terhadap pengangkutan. Contoh jika VIP Bus, biasanya bas double-decker,kerusi lembut, ada selimut, air mineral dan biskut dan wifi. Sudah pasti harga untuk VIP Bus mahal sedikit berbanding harga bas ekspress biasa.

Untuk mendapat harga yang terbaik dan murah adalah melalui online atau pembelian terus ke kaunter penjualan tiket bas atau keretapi di stesen masing-masing. Cuma ada tempat yang tiada stesen bus atau jauh seperti di Phanom Penh dan Hanoi di mana anda perlu membeli melalui agent atau di tempat penginapan anda. Buat perbandingan dengan beberapa agen dan tempat penginapan yang lain.

Untuk pengangkutan dalan bandar, jika berdekatan boleh jalan kaki sahaja, sewa basikal atau motor. Harga sewa pun tidak mahal terutama di Chiang Mai 50 Bht untuk 24 Jam. Jika jauh boleh gunakan kenderaan awam yang berdaftar dan dipercayai. Jika di Bangkok, harga teksi bermeter lebih murah berbanding Tuk tuk.

8. Peta
Selain peta yang percuma yang boleh anda dapat di tempat penginapan anda, pastikan anda juga mempunyai Digital Map (Aplikasi – Offline Maps) kerana anda boleh merancang perjalanan dengan baik dari satu lokasi ke satu lokasi terutama kawasan yang anda boleh jalan sendiri tanpa menggunakan pengangkutan awam. Selain itu anda boleh mengetahahui di mana lokasi semasa anda (currently lokasi)  walaupun ‘Smartphone’ anda tiada internet.

9. Komisen Agen Pelancongan dan Pengusaha Penginapan
Kebanyakkan pakej-pakej pelancongan dan tempahan tiket bus atau keretapi boleh dibuat di tempat penginapan atau agen pelancongan. Jika tempahan dibuat di pusat penginapan, biasanya mereka akan mengambil anda di tempat anda menginap. Ada perkara yang boleh kita lakukan sendiri seperti beli tiket bus sendiri di Vientine (Laos) untuk ke Chiang Mai (Thailand) berbanding beli melalui agen tetapi tidak di Hanoi kerana stesen busnya jauh dari bandar. Termasuklah pakej-pakej pelancongan yang di luar dari bandar. Jika dalam bandar dan banyak kemudahan pengangkutan awam anda boleh pergi sendiri seperti di Bangkok. Yang pasti setiap tempahan yang dibuat melalui agen pelancongan atau tempat penginapan pasti mereka akan menerima komisen. Perkara itu kita kena terima sebagai salah satu sistem perniagaan dalam bidang pelancongan.

10. Berunding Harga (Tawar-menawar)
Jangan takut untuk berunding harga jika anda yakin  dan tahu nilai harga sebenar bagi sesuatu perkhidmatan (pengangkutan teksi, tuktuk dan kenderaan awam) dan barang. Teknik untuk berunding harga dengan mula bertanya berapa harga kemudian turun harga sehingga ¼ dari harga asal. Selepas itu cuba berunding mengikut harga anda kehendaki sehingga mereka setuju. Pastikan anda jelas dengan harga yang perlu dibayar sebelum anda setuju dengan tawaran yang dibuat seperti bayaran untuk seorang atau untuk satu perkhidmatan ( satu perjalanan, satu kenderaan) atau mengikut tempoh masa.

11 . Keselamatan Diri
Biasanya kita akan ‘cuak’ atau kurang selesa apabila pertama kali sampai di tempat baru. Bagi untuk mengelakkan rasa cuak atau kurang selesa, anda duduk sebentar di tempat yang selamat dan perhantikan di kawasan sekeliling. Kemudian bila sudah rasa selesa baru berjalan-jalan disekeliling untuk melihat keadaaan tempat itu. Selain itu dapatkan informasi terkini melalui Facebook dan blog mengenai tempat yang anda akan pergi. Itulah yang saya lakukan pertama kali tiba ke airport antarabangsa Phnom Penh Cambodia berseorangan. Saya agak rimas bila ramai pemandu teksi dan tutuk menyapa saya. Apa yang saya buat duduk sebentar dan lihat sekeliling untuk cuba memahami tingkah laku cara urusan perniagaan dan juga orang tempatan. Dalam masa yang sama saya juga saya melayari internet (atau peta dan buku panduan) untuk melihat informasi bagaimana hendak ke bandar Phnom Penh dengan murah tanpa menggunakan perkhidmatan dalam airport. Untuk mendapat maklumat lengkap tentang keselamatan dalam backpackers sila Subscribe di bawah.

12. Tempat Tinggal

Anda boleh mendapat tinggal semurah 3 USD tetapi tinggal dorm seperti asrama (hostel). Jika bawah dari 5USD lebih baik lihat dahulu kerana biasa padat dan sempit. Kerana harga semurah itu biliknya boleh memuatkan lebih dari 10 orang. Kebiasaannya hostel akan ada satu bilik untuk perempuan tetapi tidak ada untuk lelaki sebaliknya mereka kena berkongsi dengan perempuan bagi bilik ‘mix room’. Susah jugak lelaki yang nak backpackers untuk tinggal di bilik yang tidak bercampur dengan perempuan.

Nantikan kemunculan ebook saya Panduan ke 5 Negara Indochina selama 28 hari  pada bulan 4 ini.

Selamat Mengembara!

3 Comments

Leave a Reply