Baca Tips Big Kalau Korang Travel Berbulan-bulan.

​PERSEDIAAN UNTUK TRAVEL BAGI TEMPOH YANG LAMA :

Setiap orang ada impian untuk travel selama 1 seminggu, sebulan, 2 bulan , 3 bulan. Tetapi bagaimana pula yang ingin travel untuk jangka masa yang lama seperti setahun atau bertahun2. Di sini saya ingin kongsi berdasarkan apa yang pernah saya lakukan dan rujukan dari rakan-rakan travel yang pernah lakukan iaitu :

  1. 1. Jika anda ingin meletak jawatan pastikan anda mempunyai simpanan yang boleh menampung kehidupan anda selama 1 – 2 tahun.
  2. 2. Atau anda boleh mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.
  3. 3. Jika anda sudah buat pertimbangan terbaik antara no. 1 dan 2 pastikan anda tidak mempunyai hutang yang tinggi. Lebih baik tiada hutang langsung termasuk hutang PTPTN, hutang Kereta, kredit kad dan hutang rumah atau pinjaman peribandi.
  4. 4. Untuk menerus kelangsungan hidup pastikan anda mempunyai kemahiran tinggi dalam pelbagai bidang. Contoh kemahiran yang sentiasa diperlukan adalah Design Logo dan Poster, Mereka website, Mengajar Bahasa Inggeris, Rekreasi, Videographer, Photographer,  dan Menulis Blog. Jika tiada  kemahiran, belajar dahulu.
  5. 5. Setiap pengembaraan anda, buat catatan dengan menulis blog. Senang sahaja daftar di Blogspot
  6. 6. Buat rakaman video pengembaraan dan kongsikan melalui facebook / instagram dan youtube. Jika gunakan phone edit gunakan software Vivavideo atau software yang biasa anda gunakan.
  7. 7. Dengan catatan yang telah ada di dalam blog atau buku nota, olah semula untuk versi Buku Travelog. Boleh juga dibuat dalam bentuk ebook sebagai sumber pendapatan baru untuk anda terus travel.
  8. 8. Untuk menjimatkan perbelanjaan sepanjang pengembaraan gunakan Couchsurfing, Airbnb atau Hostel Backpackers atau apa perkara yang boleh menjimatkan.
  9. 9. Selain itu untuk mendapat peluang bekerja atau kerja-kerja sukarelawan sambil travel untuk tempoh sebulan hingga 3 bulan boleh gunakan website http://www.workaway.info/
  10. 10. Ulang-ulang perkara no. 4 sehingga no. 10, Inshallah apa yang anda impikan selama ini akan tercapai. Jika ada rezeki mungkin bertemu jodoh hehehe.

p/s : Gunakan Fiveer.com untuk membuat duit secara online jika anda mempunyai kemahiran tertentu.
Mohon LIKE dan SHARE kepada kawan-kawan yang berminat.

Related Post

Leave a Reply