Back To Nature Retreat Bersama Resort World Genting

Untuk kali ini Malaysia Backpackers telah dijemput untuk bersama-sama anak-anak kurang bernasib dari organisasi Bentong Raub dan Rumah Chris, KL untuk menyertai program ini. Program ini diadakan sebagai salah satu aktiviti CSR bagi Resort World Genting dalam menyumbang kembali kepada masyarakat. Kami semua diminta berkumpur di Wisma Genting Jalan Chulan Kuala Lumpur. Pagi-pagi lagi terpaksa bangunan awal sebab bas akan bertolak jam 7.45 pagi. Pada mula nak naik pengangkutan awam tetapi memandang last minuet siap barang memang tak sempat lah heheh. So naik keta berdesup ke Wisma Genting. Selepas penerangan ringkasan oleh Mr Eric selaku pegawai komunikasi Resort World , tepat jam 8.00 pagi bus terus bergerak ke Awana Long House.


Kami sebenarnya pertama kali berada di Awana Long House yang berdekatan dengan Awana Genting Resort. Rasa sangat nyaman dan mendamaikan sesuai dengan nama program Back To Nature Retreat. Tempatnya dijaga dengan baik dan bersih. Program ini telah dirasmikan oleh oleh YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sampoi dan very down to earth menteri ini siap berjalan ke setiap meja salam dengan semua orang.

Everyone has a part to play in conserving the environment. As leaders of tomorrow, everyone has a vital role to play in this endeavour. At individual level, one can reduce energy consumption recycling and reusing paper – Chew Mei Fun

 

 

Program di ketuai oleh Nature Guide yang bertauliah. Beliau memang arif tentang hutan di sini apatah lagi spesis-spesis pokok yang terdapat di Hutan Dara ini yang berumur dari 130 juta tahun semua dalam tangan beliau. Banyak juga info-info tentang alam sekitar yang dikongsi  secara tidak lansung dapat menyedarkan  semua peserta betapa pentingnya menjaga Alam Sekitar. Hutan dan Alam sekitar perlu dijaga untuk kelansungan flora dan fauna demi generasi yang akan mewarisi bumi ini. Maka dengan adanya aktiviti ini dapat sedikit sebanyak dapat peserta menambah ilmu tentang tumbuhan yang terdapat di situ. Antara akviti yang dijalankan adalah :

1.Jungle Trekking 

DSC_0998 (Copy)
Kumpulan Green Avangers sebelum memulakan aktivit Jungle Trekking.
DSC_1018 (Copy)
Bersatu Teguh Bercerai Roboh

No photos available right now.

Please verify your settings, clear your RSS cache on the Slickr Flickr Admin page and check your Flickr feed

2. Eco Talk Oleh Fadly Bakthiar, the Programme Director of Eco Knights. Fadly, from EcoKnights. Talk dia sangat simple dan tidak membuat bosankan maklumlah kalau tengah hari atau petang punya talk masing-masing mata kuyu jer hehehe. Semuanya berkisar penjagaan alam sekitar melalui 3R Reduce (mengurangkan), Reuse (Guna Semula) dan Recycle (Kitar Semula) melalui tayangan video.


3. Fashion Show 

Pertandingan fashion show dengan menggunakan bahan terbuang seperti kotak, botol mineral , daun-daun dan apa sahaja yang boleh digunakan semula.

DSC_1179 (Copy) DSC_1184 (Copy)

 

DSC_1298 (Copy) DSC_1300 (Copy)

4. The Hunt for National Treasure

Aktiviti ini seperti explorace race tetapi fokus kepada menyelesaikan setiap task yang berbentuk aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Nampak seperti Kumpulan kami Green Avangers seakan-akan boleh menang kerana berjaya menyelesaikan semua obstacle seperti Star Wars, Bridge Too Far, Giant Slipper Obstacle, Spider Web, Mines Field kecuali membuat binaan peluru terbang tak ingat nama pendek . Memang fail lah, dah cuba pelbagai cara dan kotak yg digunakan pun dah hancur. Semua bagi idea namun masih gagal dan kumpulan lain meninggal kan kami hehehe. Redha jelah.

DSC_0924 (Copy)

12349634_1665930903653515_452522857_o

 

Sepatutnya sabtu malam selepas persediaan fashion itu ada Night Walk malangnya disebabkan cuaca tidak mengizin iaitu gerimis dan mendung maka aktiviti itu terpaksa dibatalkan. Masa ada digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan baju fashion yang wow dan meleetop.

Hari yang nanti telah tiba iaitu penyampaian kepada pemenang. Memang target fashion show boleh menanglah sebab dress yang kami buat memang terbaik lah berbanding yang lain. Alhamdulillah dapat hadiah tempat yang kedua iaitu Behind the Scenes tickets . Kalau no lagi best iaitu Coffee Terrace lunch voucher untuk dua orang maklumlah kami suka makan tempat yang best-best hehehe. Tahniah kepada semua pemenang.

Yang penting sekali adalah objektif Genting Back to Nature 2015 bukan sekadar hadiah yang dibawa pulang sebaliknya adalah pengalaman dalam team building bersama rakan-rakan baru disamping pentingnya menjaga alam sekitar. Semoga program memberi manfaat kepada adik-adik ini dan dapat dipraktikan selepas pulang nanti.

 

DSC_1342 (Copy)
Kami menang no 2 dalam fasion show. Lain2 pertandingan kalah hehehe.

DSC_1349 (Copy)

DSC_1363 (Copy)
Bersama krew program dan blogger yang best!

p/s : Semua blogger pilih untuk tido dalam khemah memang syok dan sejuk !


Leave a Reply