Backpackers Day di Central Market Kuala Lumpur

Julung-julung kali Backpackers Day diadakan atas inisiatif pelajar UiTM Puncak Alam. Satu inisiatif yang bagus secara tidak lansung backpackers ini mendapat tempat di kalangan pelajar . Sedikit sebanyak boleh memberi impak dalam dunia travel di mana anak-anak muda memilih backpackers sebagai salah satu gaya hidup atau cara untuk travel.

Banyak aktiviti yang dilaksanakan tetapi saya tidak dapat hadir awal kerana ada urusan kerja sehingga sesi perkongsian pengalaman oleh panel-panel yang hebat juga saya tidak sempat mendengar kisah mereka. Saya sampai pun sudah sesi beramah mesra dengan panel. Apa pun nampak Abg Wazari alaa yang amik gambar yang gempak tu terus saya sapa. Dia banyak berkongsikan pengalaman dalam pengambaraannya melalui Trans Siberia. Dia kata rugi kalau kita tidak explore di Russia dan juga tip yang dia berikan yang boleh digunakan semasa travel by Trans Siberia.

Kalah nak share apa yang Bad itu kongsikan sebenarnya semua ada dalam buku dia , so kalau nak tahu kenalah beli buku hehehe.

Kita travel bukan nak menujukkan tetapi hendak belajar benda yang kita tidak tahu – Muiz

 

IMG_2903

IMG_2880 image image

 

2

Leave a Reply