Backpacker Hostel Di Kuala Selangor

Malaysia Backpackers Hostel satu-satunya hostel bajet untuk memenuhi keperluan backpacker atau pelancong bajet rendah di Kuala Selangor. Dulunya bangunan lama ini adalah Hotel Kuala Selangor yang ketika amat popular di tahun awal 2000. Namun sekarang telah diambil alih untuk dibangunkan sebagai hostel backpackers atau youth hostel.

Tarikan Utama :

Dengan lokasi yang berhampiran Bukti Malawati dan Kelip-kelip menjadi pilihan kepada backpacker. Ini kerana lokasi yang terletak di bandar lama atau lebih kenali di kalangan penduduk tempatan iaitu pekan lama yang hampir dengan tempat bersejarah iaitu Bukit Malawat dan juga kawasan sekitar yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti kedai serbaneka, restoran, dobi, bank dan pelbagai lagi.

Selain itu dari Bukit Malawati, berhampiran hostel ini juga terdapat Taman Alam Kuala Selangor. Hanya 5 minit berjalan kaki untuk ke Taman Alam ini. Pelbagai spesis flora dan fauna dalam dilihat di sini. Selain proses penanaman dan pemuliharaan pokok bakau dapat dilihat di sini.

Kemudahan : 

Hostel ini boleh memenuhi seramai 16 orang orang dalam satu masa dengan 2 bilik Queen Room, 2 bilik Double Single Bed dan 2 dorm untuk 4 orang bagi setiap bilik dengan bilik air diluar. Buat masa ini semua bilik adalah kipas dan mereka mempunyai perancangan untuk menambah penghawa dingin di setiap bilik. Apa yang menarik hostel ini adalah mereka mempunyai dapur untuk membuat air kopi dan teh.

Turut disediakan kemudahan wifi internet untuk kegunaan penginap. Sudah menjadi kemudahan penting di mana-mana hostel atau hotel mesti mempunyai kemudahan internet. Ini kerana penginap dapat mencari maklumat pelancongan yang mereka kehendaki. Maklumat dan risalah pelancongan di Kuala Selangor turut diletakkan pada kaunter pendaftaran.

Untuk menghidup udara segar boleh bersantai-bersantai atau melakukan senaman di Rooftop hostel di waktu pagi.Turut disediakan pantry untuk kemudahan membuat kopi atau teh.

Harga bermula dari RM20 ke atas bergantung kepada jenis-jenis bilik. Kemudahan basikal sewa juga disediakan untuk penginap yang ingin mengembara disekitar bandar Kuala Selangor dengan menggunakan basikal Mountain Bike. Harga untuk sehari adalah RM15.

Disamping pakej-pakej tour juga disediakan seperti Kelip-kelip, Haritage Tour dan mengikut permintaan pelanggan.

Bagaimana Untuk Ke sini ?

Jika anda datang dari Kuala Lumpur boleh mengambil bas di Stesen Bas Pudu menuju ke Sabak Bernam atau dari Medan Pasar (berhampiran central market) menuju ke Kuala Selangor , bas yang bernombor 100 atau 107

Jika anda datang dari utara tidak kira dari Ipoh atau Butterworth, ambil menuju ke Klang. Kemudian dari Klang ambil bas menuju ke Kuala Selangor.

Sama juga yang datang dari selatan seperti Johor atau Melaka, ambil bas menuju ke Klang. Kemudian dari situ ambil bas menuju ke Kuala Selangor.

Untuk Tempahan Seperti Maklumat Di Bawah :

Facebook : Malaysia Backpackers Hostel

Booking.Com : Malaysia Backpackers

Tel : 012 – 6944380 (Muiz)

Related Post

Leave a Reply