Berjaya Tioman Yang Mewah dan Best

Pulau Tioman adalah antara pulau yang kaya dengan terumbu karang dan hidupan laut yang pelbagai. Kami berpeluang melawati pulau ini. Kali ini kami berpeluang menginap di Berjaya Tioman Resort sempena program Tioman Clean Up Day 2016.

Jikalau anda ingin berehat dan menikmati hospitaliti bertaraf 4 bintang di pulau Tioman, Berjaya Tioman Resort adalah pilihan tepat buat anda. Di resort ini. Resort ini terletak di berhampiran kampung Tekek. Ia lebih kurang 10 minit sahaja dari jeti yang terletak di kampung Tekek.

Apabila kami sampai di sana kami telah dijemput oleh general manager Mr. Sonny Gan. Kami telah dihidangkan dengan minuman buah-buahan dan juga persembahan silat oleh murid-murid sekolah kg tekek.

Okay disini terdapat sekitar 268 buah bilik dan suite yang lengkap dengan TV, telefon IDD, penghawa dingin, peti keselamatan dan lain-lain lagi. Dan terdapat sebanyak enam jenis chalet disediakan, antaranya ialah standard chalet, standard quad chalet, superior chalet, deluxe chalet, deluxe triple chalet dan juga junior suite. Harga untuk setiap bilik ini adalah bergantung pada musim, kami telah mengambil bilik Deluxe chalet, ia berharga sekitar rm 480 semalam pada high season, mungkin pada low season harga itu boleh jatuh sehingga sekitar rm350- rm400. Harga itu adalah termasuk sarapan pagi. Untuk melihat lebih lanjut mengenai harganya boleh lah check website mereka ni Berjaya Resort Tioman

Bilik yang kami tinggal ialah deluxe chalet adalah berhampiran dengan pantai. Apa yang menarik tentang bilik ini adalah ia mempunya ruang yang luas dan terdapat ruang kecil yang dilengkapi sofa dan meja kopi. Disatu sudut lain juga terdapat sebudah meja makan, Ia sangat selesa. Bilik air nya pula dilengkapi dengan bathtub. Jadi sebelum tido boleh la rehat sebentar dalam tu. Satu lagi yang menarik Housekeeping team disini sangat kreatif, setiap kali kami kembali ke bilik selepas aktiviti seharian kami lihat bilik kami sangat kemas dan kami katil kami dihias dengan tuala berbentuk penyu dan bunga-bungaan. selain itu mereka mengejutkan kami dengan beberapa snack di atas meja. Antara servis houskeeping yang terbaik pernah kami alami.

Kemudahan Bilik

1- Twin bed yang besar
2- Ruang tamu kecil terdapat sofa dan meja kopi.
3- Balkoni dan dua kerusi santai
4- Aircond
5- Peti keselamatan
6- Hairdryer
7- TV flat screen
8- Wardrobe yang luas
9- Meja Makan

Kemudahan Tandas.

1- Bathtub dan shower
2- Toiletries yang lengkap
3- Tuala mandi dan tuala lap muka.

Kemudahan Resort.

1- Kolam renang dewasa dan kanak-kanak
2- Gym
3- Restoran Sri Nelaya dan Matahari
4- Beach bar
5- Sunken pool bar
6- Fortune courtyard (tempat lepak dan chill out)
7- 18 Hole golf course
8- WIFI di lobby dan restoran.
9- Spa
10- Game room

Okay sekarang mari kita tengok apa aktiviti menarik yang kami buat semasa dekat sana. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel adalah Diving, snorkeling, kayaking, bot glassbottom dan juga golf. Kami sempat cuba semua aktiviti tersebut kecuali diving, kami tiada lesen diving lagi.

Walaupun tak dapat diving, aktiviti snorkeling sudah cukup memuaskan, aktiviti ini dilakukan berhampiran sebuah pulau kecil berhadapan resort ini. Nama pulau itu ialah Pualau Renggis. Apa yang bestnya pasal pulau ini ialah, pulau ini dikelilingi dengan banyak terembu karang dan banyak ikan-ikan dari pelbagai spesis, termasuklah ikan jerung. Kami agak bernasib baik sebab masa itu air laut sangat tenang dan kami dapat lihat dengan jelas permukaan laut sekitar pulau itu. Aktiviti snorkeling ini adalah aktiviti kegemaran kami sebab kami dapat melihat dengan jelas terumbu-terumbu karang yang cantik serta dapat bermain dengan ikan-ikan yang berwarna-warni.

Snorkelling di Pulau Renggis ini kalau tak ambil pakej bersama chalet, cas yang dikenakan ialah RM40.00 untuk dewasa, dan RM20.00 untuk kanak-kanak; termasuk life jacket, shuttle boat, snorkelling gear semua. Ada juga pakej lain seperti:

Round Island
RM150.00 dewasa
RM95.00 kanak-kanak

3 points – Coral Island Snorkelling
RM90.00 dewasa
RM55.00 kanak-kanak

Mukut Waterfall & Snorkelling
RM120.00 dewasa
RM70.00 kanak-kanak

Selain dari aktiviti tadi, resort ini terdapat Spice garden. Di sini pihak hotel telah mengambil inisiatif untuk menanam pokok-pokok herba dan rempah ratus untuk kegunaan restoran dan juga Spa Ayura yang terletak di dalam Spice garden itu sendiri. Lagi menarik kami berpeluang merasai minuman-minuman daripada campuran pelbagai herba dan rempah ratus di Spa Ayura. Memang terbaik rasa nya sangat menyegarkan dan elok untuk tubuh badan!

Selain dari aktivit laut dan di resort, terdapat juga aktiviti jungle tracking yang boleh disertai. Laluan jungle treking ini hanya lah dibelakang resort ini sahaja, kita akan diketuai oleh tracker berpengalaman dari jabatan perhilitan. Banyak juga kami dapat belajar pasal hutan di Tioman sepanjang aktiviti itu.

Bercerita tentang kemudahan, Wifi hanya boleh didapati di ruang lobby dan restoran-restorannya sahaja. Tetapi kali ini kami telah mendapat kelebihan untuk menerima Wifi di dalam bilik, ini adalah sempena TICD 2016. Dari segi arkitektur pula resort ini telah menadaptasi kan seni bila tradisional melayu pada senirekanya.

Antara kejutan yang kami dapat ketika kami disini ialah kami telah dijemput untuk breakfast disebuah villa yang bernama Shahzan Villa. Okay villa ini adalah salah satu property yang terdapat di dalam resort ini. Villa ini boleh disewa dengan kadar rm12,000 semalam untuk villa sahaja atau rm25,000 semalam termasuk all access kepada kemudahan resort dan juga pembantu/butler peribadi anda. Memang awesome, kami terasa sangat bertuah!

Bilik Deluxe Chalet

_dsc8929 _dsc8870 _dsc8873 _dsc8932 _dsc8866

 

Shahzan Villa

_dsc8989

_dsc8998

_dsc8992 _dsc8995

_dsc8966

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: