Best ker Solo Backpacking ni !

Pada 12 Ogos 2015 saya dijemput sebagai panel dalam diskusi Ada Apa Dengan ‘Solo Backpacking’ yang dianjurkan oleh KKLM UNITEN Bangi, Backpacers Buddies Backpackper (BBM) dan mendapat sokongan dari Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN. Saya agak terlambat sedikit kerana tersesat jalan maklumlah jarang sekali ke Bangi apatah lagi ke UNITEN. Kesian penganjur terpaksa guide saya dari Masjid UNITEN hingga ke tempat event. Kehadiran peserta dalam diskusi ni sangat menggalakkan lebih kurang 60 orang dan mejoriti adalah pelajar UNITEN.

Diskusi berjalan lancar di mana banyak perkara yang dikongsi oleh panel kepada peserta. Antara panel Mohammad Saiful mengatakan dia terpaksa kerja part time untuk menampung kos perbelanjaannya untuk travel. Itu antara sebabnya dia banyak travel ke beberapa negara antaranya Australia.

Bagi Siti Noridah penulis buku KEMBARA AFGHANISTAN yang telah mengembara secara solo hingga Afghanistan pun dia jejak juga mengatakan keberanian itu penting dalam pengembaraan walau risiko itu tetap ada. Dia juga ada menceritakan dia kena tahan di dengan askar/polis kerana mungkin disyaki sebagai pengintip kerana mengambil gambar. Atas dasar itu dia disiasat dan juga diminta mengucap 2 kalimah syahadah dan membaca beberapa surah sama ada dia ni Islam atau tidak. So dia dilepaskan selepas disahkan Islam selepas membaca 2 kali syahada dan surah.

Manakala bagi saya pula saya berkongsi lebih kepada isu keselamatan dalam backpacking kerana mungkin ada orang terlepas pandang tentang asas keselamatan semasa backpacking. Antara saya mengutarakan jika mahu solo backpacking perlulah kita berfikiran terbuka dan tidak memandangkan jelik atau pelik akan budaya orang luar. Kerana bagi mereka itu buday mereka , dan bagi kita harus lah kita menghormati akan budaya mereka walaupun, mereka berjalan memakai cawat.

Selain itu saya juga memberi tahu bagaimana hendak merasai solo backpacking ini , saya beritahu pada peserta cuba mereka jalan-jalan seorang-seorang jika ada perasaan was-was atau takut sama sahaja jika berada diluar negara. Cuma kita kena berhati-hati untuk melalui kawasan-kawasan yang kita kurang pasti. Saya tanya di manakan kawasan gelap di Kuala Lumpur , ada yang mengatakan di Lorong Haji Taib dan ada juga mengatakan di Breakfields , apa ada di sana yer hehehe

Yang pasti secara asasnya jika hendak ‘solo backpacking’ pastikan kita buat research terlebih dahulu tentang sesuatu tempat yang ingin kita tuju. Backpackers tegar pun akan buat research dahulu tidak semestinya  sebelum penerbangan tetapi mereka yang tegar ini akan research di rumah guest house atau backpackers hostel kerana hostel untuk backpackers ini memang ada sudut maklumat travel seperti buku travel guide dan mereka sendiri akan tanya backpacker yang lain yang tinggal disitu.

Apa pun tahniah kepada menganjur program seumpama ini dan juga terima kasih kerana menjemput saya sebagai panel. Semoga program ini memberi manfaat kepada peserta dan secara tidak lansung menggalakkan peserta untuk travel secara backpackers.

Solo Backpacking memang best!

poster

 

1 2 3

4

6

 

7
Gambar atas ehsan Skuad Media UNITEN.

 

Jika anda ingin memilki buku Kembara Afghanistan boleh klik di SINI FB SITI NORIDAH

2

519 total views, 3 views today


Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: