Bufet Ramadhan Di De Palma Hotel Shah Alam

De Palma Hotel adalah satu-satunya hotel yang berkonsepkan syariah yang menyediakan bufet Ramadhan bermula dari hari pertama bulan Ramadhan sehingga hari terakhir yang menjadi pilihan admin dan rakan-rakan. Nak di katakan tiap-tiap tahun admin mesti berbuka puasa di sini. Ada yang datang dengan keluarga dan juga rakan-rakan sekerja, boleh dikatakan bufet di sini untuk semua golongan.Berkonsep ‘Masalah dari Periuk & Belanga yang merupakan warisan Melayu Zaman dahulu kala menjanjikan kelainan pada bufet Ramdhan De Palma Hotel Shah Alam pada tahun ini di mana terdapat hampir 150 jenis lauk-pauk seperti Ikan Pari Masak Assam Pedas, Rebus dan Bendi, Rendang Udang Galah dengan Daun Kunyit, Pucuk Paku Masak Lemak dan lain-lain lagi

 

 

Terdapat juga juadah 1 Malaysia berkonsepkan gerai ala bazarseperti pakora,vadey, capati, tosai, Nyonya Curry Mee, Sup Tulang, Gulai Kambing dan Gulai Nangka yang merupakan menu tradisi kegemaran bangsa Melayu. Selain itu terdapat juga Nasi Minyak Istimewa , Ayam Masak Merah, Daging Kerutuk, Ikan Masak Masam Manis, Pejeri

 

 

 Ubi kayu rebus yang menyelerakan.

 

 

 

Kalau anda ingin menu makanan hari raya pun ada , ketupat biasa , ketupat daun palas dan pelbagai jenis rendang ada . Tidak perlu tunggu raya pun anda boleh dapati di Bufet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam.

Lebih baik anda datang sendiri untuk merasai kenikmatan dan keunikan berbuka puasa di  Bufet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam.

 

 

Bagi menambahkan barakah di bulan Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam juga didatangkan dengan beberapa pengisian rohani yang tidak dapat diperolehi di tempat-tempat lain di mana sebelum berbuka puasa, tahlil ringkas yang diketuai oleh ustaz-untaz jemputan akan diadakan bagi mengisi waktu senggang sebelum waktu Maghrib.

Diikuti dengan Solat Maghrib. terawikh dan Isyak secara berjemaah yang dipimpim oleh resident imam,
Disamping itu alunan ayat Al-Quran akan diperdengarkan oleh Imam yang akan diterbangkan khas dari Yaman, ikuti dengan tazkirah yang akan disampaikan oleh ustaz jemputan dengan tajuk dan isu yang menarik.

Harga Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

Imarahkan Ramadhan bersama De Palma Hotel Shah Alam, dengan hanya RM 75.00 (Dewasa) dan RM 37.50 (Kanak-kanak).

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan,anda boleh hubungi  Kaunter Tempahan Ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 519.

Juadah terakhir admin .

Diskaun 15 % Bufet Ramdhan De Palma Hotel Shah Alam

Berita baik untuk anda, jika anda merancangan untuk berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam anda hanya perlu menyatakan MALAYSIABACKPACKERS.COM untuk mendapat diskaun 15 % itu sahaja.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan,anda boleh hubungi  Kaunter Tempahan Ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 519.

Web : De Palma Hotel Shah Alam

“Think Your Next Trip, Think Malaysia Backpackers”

 

P.S : I’d love to meet you on Twitter : here

 

Read other perspectives on this topic from awesome group of backpackers at Malaysia Backpackers Group

 

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Related Post

Leave a Reply