Captain Amerika di Melaka

Hari minggu di Melaka memang meriah dengan pelbagai aktiviti seperti berbasikal di sekitar Bandar Melaka, menaiki beca dan paling penting adalah aktiviti makan-makan. Macam-macam perkara boleh dilakukan cuma kadang-kadang orang mati kutu di waktu malam. Apa yer nak buat? Kalau anda berada di sekitar Bandar Melaka anda boleh singgah di kawasan parking Menara Taming Sari. Selalunya jika saya ke Melaka pasti saya aku singgah kawasan parking ini Menara Taming Sari untuk melihat ala-ala autoshow. Kalau ada rezeki dapatlah lihat lebih dari 5 buat kereta dari pelbagai model yang direka untuk ‘audio show’

Malam itu biasanya mereka akan menguji kekuatan sistem audio kereta mereka dengan kereta yang lain. Mengikut member-member yang biasa dengan sistem audio kereta , kos untuk bikin radio ini boleh mencapai RM 10 K ke atas. Banyak betul duit mereka yer , kalau dah minat apa salahnye . Yang pasti Captain America Malaysia akan turun dengan gaya askar mengikut irama lagu dari radio kereta.

Cuma auto show ini kadang-kadang ada , kadang-kadang tiada dan hanya pada Sabtu malam sahaja dari jam 11 malam ke atas.

 

iphone 1271 (Copy) iphone 1272 (Copy)

iphone 1261 (Copy) iphone 1263 (Copy) iphone 1265 (Copy) iphone 1267 (Copy) iphone 1268 (Copy)

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Related Post

Leave a Reply