Phnom Penh

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 8 – Terima Kasih Phnom Penh

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 8 – Terima Kasih Phnom Penh

blog, Featured, Penaklukan Indochina 28 Hari, Phnom Penh
Tiba-tiba aku terjaga dan melihat kepada jam rupanya sudah pukul 5 pagi. Semua penghuni dalam bilik masih dibuai mimpi. Aku perlu bersiap awal kerana aku akan bertolak dari ‘hostel’ aku jam 8.30 pagi. Tanpa aku sedari  aku telah mengganggu orang lain tidur sehingga salah seorang menunjukkan isyarat diam pada aku. Walhal aku merasakan sudah sehabis baik aku mengemas barang dan beg aku dalam keadaan yang senyap dan tenang. Sementara aku menunggu mereka ambil aku, aku bersarapan dengan seorang pemandu tuk tuk yang beragama Islam bernama Husen. Sebenar aku dapat nombor telefon Husen dari Facebook, aku meminta dia membawa aku untuk sarapan pagi lalu dia membawa aku ke restoran berdekatan dengan masjid. Kebiasaannya di mana – mana tempat jika ada masjid mesti ada restoran halal berdekatan. Di
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 4

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 4

blog, Cambodia, itinerary, Penaklukan Indochina 28 Hari, Phnom Penh
Hotel Mewah Dan Mahal Wow! Cantik sungguh hotel ini rupanya. Hotel Sokka ini antara hotel yang termahal di Kemboja. Dalam sejarah hidup aku ini kali kedua aku dapat merasai hotel yang mahal sebegini dengan pelbagai kemudahan.  Setiap kali menghidupkan televisyen akan keluar tulisan ucapan dan nama sebagai mengalu-alukan kedatangan aku ke hotel ini. Selain itu roof top hotel yang sangat cantik dan boleh melihat sebahagian bandar Phnom Penh dari pandangan atas bangunan hotel. Walaupun aku diberikan kemudahan hotel yang mewah tetapi ada tugasan yang perlu aku laksanakan di mana aku ditugaskan sebagai pengurus media online untuk muka rasmi Facebook  Asian Youth Council (AYC)  sempena program Asian Youth Forum (AYF)  dan antara perkara penting yang berlaku pada hari itu adalah perlantik
28 DAYS KELILING INDOCHINA TRIP : Naik tuk tuk di luar airport.

28 DAYS KELILING INDOCHINA TRIP : Naik tuk tuk di luar airport.

blog, Cambodia, Phnom Penh
Day 1 :  Kisah Tutuk 6 USD Airport tidak asing bagi aku tetapi setiap kali tiba di airport yang berlainan negara pasti perasaan aku rasa lain macam lagi-lagi aku travel secara solo. Setelah selesai urusan imegresen dan beg, keluar sahaja dari pintu 'arrival gate' aku lihat ada money exchange kaunter dan sim card. aku rasa aku perlu duit tukar kepada duit lokal sekurang2nya ada backup jika mereka menggunakan duit lokal. Aku tgk murah juga harga sim card berdasar data dan tempoh berapa hari penggunaan. aku beli sim card bernilai 3 usd untuk 2 minggu. Aku rasa 2 Gig data cukup 7 hari aku di cambodia. Tanpa membuang masa aku ingin kenderaan ke bandar. aku tidak selesa dgn pemandu teksi yang sering memanggil aku untuk memujuk menaiki teksi mereka. Aku dengan tenang duduk di kerusi sa