CERITA MANGGA KERING YANG MAHAL DI MANILA

Susah hendak mencari mangga kering dari pelbagai jenama dan harga yang murah di Manila. Walaubagaimana pun mesti ada harga yang murah walaupun Grednya rendah sedikit bukan bukan jenis premium. Yang penting sedap. Di sini 10 info yang perlu anda tahu jika berminat hendak membeli mangga kering atau Dried Manggo.

1. Mangga kering menjadi salah satu export utama Filipina untuk pasaran antarabangsa.

2. Menjadi buah tangan dikalangan pelancongan untuk bawa pulang ke negara masing-masing.

3. Gred Mangga Kering Kualiti Premium adalah jenis Cebu 7D. Harga bagi 100 GM boleh mencapai RM 13 keatas bergantung kepada gred dan jenama.

4. Kira nilai Mangga Kering jenis Cebu 7D macam kualiti eksport mangga Harum Manis.

5. Boleh didapati di kedai Kultura atau SM Store supermarket di Manila tetapi sangat terhad pilihannya. Tempat lain tidak pasti.

6. Disebabkan terhad saya membeli di Airport Ninoy Aquino Terminal 3. Harga mampu milik dan banyak pilihan.

7.Buah tangan atau cenderahati tidak kira m makanan atau snek, t-shirt di panggil PASALUBONG.

8. Kebanyakan orang tempatan mencari PASALUBONG di QUIAPO kerana harga murah dan boleh dirunding lagi. Berbanding di kedai KULTURA

9. Tetapi di KULTURA menjual barang yang unik dan ‘updated’ walaupun harga agak komersial. Masih terdapat t-shirt yang cantik dan mampu milik untuk dibawa pulang.

10. Selain itu baju BARONG baju Kebangsaan mereka boleh di beli di kedai KULTURA. Untuk sehelai baju harga bermula RM 100 keatas. Perbandingan dengan kedai tempatan tidak jauh beza antara Rm 20 hingga RM50.

346 total views, 3 views today


Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: