Club Premier Room di Hotel Berjaya Time Square Kuala Lumpur Yang Sungguh Wow

Baru-baru ini Berjaya time square telah melancar Club Premier Room dan Suite yang mewah lagi bergaya sesuai untuk business traveler atau ingin merasai bilik  yang elegan dan bergaya. Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur menawarkan akses langsung ke Berjaya Times Square Shopping Mall dengan taman hiburan dalaman. Hotel ini mempunyai kolam renang dan sauna. Sebuah pusat kecergasan dan 2 gelanggang skuasy disediakan. WiFi percuma disediakan di seluruh hotel.

Hotel ini terletak di pusat perniagaan dan pusat membeli-belah Kuala Lumpur dan mempunyai sambungan terus dengan sistem monorel melalui stesen Imbi. Ia berjarak 6 minit perjalanan menaiki monorel dari KL Sentral dan 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur mempunyai bilik-bilik yang menawarkan keselesaan moden, sistem hiburan dan saluran TV kabel. Kemudahan membuat teh / kopi dan bar mini disediakan. Bilik-bilik mandi en suite menawarkan pancuran mandian dan tab mandi berasingan. Apa yang menarik untuk bilik New Club Premier Room dan Suite adalah terletak di antara tingkat 17 – 20 sahaja. Ini kerana untuk memberi pengalaman pelanggan untuk melihat pemandangan sekita bandar Kuala Lumpu.

Bilik yang saya duduk adalah pemandangan Penjara Pudu yang sekarang dalam pembinaan untuk membina sebuah pusat membeli belah. Selain dari lokasi di tingkat atas, pelanggan di layan seperti vip di mana untuk check in bermula 12.01 am dan check out sebelum 11.59 pm seolah-olah boleh check in dan check out bila-bila masa. Ini kerana untuk memberi peluang kepada pelanggan merasai tinggal di hotel dan juga berjalan-jalan di sekitar kuala lumpur.

Kemudahan hotel termasuk pusat perniagaan dengan perkhidmatan kesetiausahaan dan perkhidmatan penyewaan kereta. Para tetamu di hotel menikmati keistimewaan tempat letak kereta khas. Taman permainan kanak-kanak ada disediakan.

Club Launge

Saya sangka ini adalah kek cheese rupanya adalah cheese atau dipannggil Blue Cheese yang diperam rasa agak pahit. Pertama kali saya rasa cheese yang diperam. Orang kata kalau nak makan, kena makan dengan biskut. Sebenarnya ada 3 jenis cheese yang dihidang. So kalau siapa tidak biasa makan raw cheese jangan ambil kalau tak membazir jer hehe.

Restoran Big Apple

Berdekatan Reception untuk pelanggan Club Premier Room dan Suite di tingkat 14, Restoran Big Apple menyediakan masakan antarabangsa boleh dinikmati dan menawarkan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang indah. Masakan untuk sarapan pagi yang ditawarkan bagi pelancongn luar adalah Nasi Goreng Kampung dan Penang Asam Laksa. Selain itu roti bakar, pastri, buah, kek dan pelbagai lagi segar dan enak untuk di makan. Harga bagi buffet sarapan pagi adalah RM58 bagi dewasa manakala  RM29 bagi kanak-kanak.

Untuk sajian petang di bulan ogos adalah di mana mereka menyediakan kopi yang dikisar sambil menikmati Pistachio torte pave. Apa yang menarik tentag Pistachio adalah pistachio torte pave terdiri daripada badam span pistachio dan dilapisi dengan mousse susu krim berkrim dan diselaputi dengan susu chocholate. Pasti peminat cokelat akan teruja dengan hidangan ini.

Pada bulan 8 juga mereka mempunyai istimewa buffet menu di mana Menu Arab atau Timur Tengah seperti Sardine Murtabak, Ayam Fatayer dan banyak lagi. Harga adalah RM91 bagi dewasa mana kala kanak-kanak RM 45.

Sementara Broadway Lounge menyajikan makanan ringan dan koktail yang menyegarkan. Untuk pelanggan Club Premier Room disediakan complimentary evening cocktails with canapa platter dari jam 5.30 – 8.00 pm di tingkat 14 juga yang menjanji panorama bandar Kuala Lumpur yang indah.

Fine Dining (Makan Beradap) di Fourteenth Restaurant

Di Fourteenth Restaurant menawarkan pengalaman yang unik diiringi dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. Terletak di tingkat 15 yang menyediakan pelbagai menu makanan yang unik dan minuman yang terbaik selari dengan citarasa antarabangsa. Dibuka dari 6.30 pm – 10.30 pm, Isnin – Sabtu di mana boleh memuatkan 60 orang dalam satu masa dan  2 bilik khas yang boleh memuatkan antara 8 – 12 orang.

Untuk bulan Oktober, menikmati lilin romantis sambil mengambil pemandangan langit yang indah di kuala lumpur. Menu kursus untuk makan malam di mana tiga set hidangan datang dengan sebotol Procecco atau wain dari hotel dan direka khusus oleh chef de cuisine, di mana restoran Chef Val Murugan yang mempunyai lebih dari 24 tahun pengalaman

Satu pengalaman yang best apabila dapat merasai makanan fine dinning kerana disitu makan dimasak dengan segar dan aroma yang menaikkan selera makanan.

Di bawah pempinan Chef Val Murugan telah memenangi pelbagai anugerah antaranya yang terbaru adalah The Best Fine-Dinning Restauran, World Gourmet Award (2017) dan Malaysia International Gourmet Festival, MIGF (2015). Restoran in telah memenangi 12 anugerah dan pada tahun lepas adalah 8 anugerah.

Oleh itu Hotel Berjaya Time Square Kuala Lumpur menjadi pilihan pelancong kerana berdekatan dengan Bukit Bintang di mana pelancong  berminat untuk hiburan, perjalanan keluarga dan pasar. Dengan unikan baru di Hotel Berjaya Time Square Club Premier Room sudah bakal menjadi pilihan pelancong atau business traveler.

One Comment

Leave a Reply