DEMI 7 KILO BERAT BEG DI LAPANGAN TERBANG FILIPINA

Pemergian saya ke FILIPINA ada bertujuan untuk menghadiri perkahwinan sahabat baik saya. Namun banyak yang saya pelajari termasuk Taufan Nina yang telah menyerang kawasan mereka. Secara ringkasa sebelum saya kongsikan cerita lebih lengkap adalah :

1. Ini bukan percutian indah sebaliknya adalah cross culture adventure trip. Nantikan cerita penuh di dlm blog dan fb.

2. Trip KL – Manila – Nabua & Legazpi – Manila – KL. Manila ke Nabua dengan bas mengambil masa 11 jam sangat adventure. Selebihnya menaiki Kapal terbang. Mlm itu berlaku Typhon Nina dari Naga City hingga Ligazpi.

3. Akibat Typhon Nina kehidupan terjejas kerana tiada elektrik hanya bergantung kepada generetor sendiri atau lilin. Proses pemulihan mengambil masa 3 bulan. 3 Bulan ?? Lamanya

4. Majlis Pernikahan di PHILIPPINES di panggil WEEDING ENTOURAGE yang sangat unik mengikut adat dan budaya agama Kristian Philippines.

5. Disebabkan hendak jimat kena tahan lagi sebab beg lebih dari 7 KG. Setengah Airline kadang2 check kadang2 tidak ikut nasib. Jangan ingat walaupun dah print boarding pass boleh masuk tanpa mereka check beg anda. Ini berlaku pada saya di International Airport Manila Terminal 3

6. Terpaksa buang apa yang patut terutama yang memberatkan dan memakai baju Tiga lapis termasuk simpan dalam sling beg. Kemudian timbang di kaunter check in then lihat 7Kg baru masuk ke laluan DEPARTURE

7. Sampai ke laluan departure mereka timbang lagi. Masa ini kena buat muka sedih. Selepas dah sampai ke boarding room, lihat semua clear tiada alat timbang di kaunter baru masuk kan semula barang.

 

P/s : swafoto di Airport Legazpi berlatarbelakang Gunung Berapi Mayon.

2 Comments

Leave a Reply