Edutourism dalam Backpackers

Santai Teh Tarik : Topik : Edutourism

Semasa menjadi panel dalam forum ini saya menjelaskan bahawa ciri-ciri Edutourism ini ada dalam aktiviti backpackers cuma cara pengolahan dan penyampaian mungkin berbeza kerana sesetengah aktviti itu berbentuk santai. Berbeza pula dengan Edutourism ini adalah kelihatan santai tetapi aktiviti itu adalah berbentuk ‘knowledge base’ . Contoh anda mandi kan gajah, anda tahu tak berapa kali gajah sepatutnya mandi? bagaimana penjagaan seekor gajah dan seumpamanya.

Buat masa ini Tourism Malaysia memberi fokus dan tanggungjawab kepada beberapa pihak Universiti dalam melaksanakan pelbagai produk Edutourism. Ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada pengusaha pelancongan di mana mungkin pelancong tidak perlu ke luar bandar atau kawasan yang jauh sebalik hanya bertumpu di universiti. Dalam masa yang sama ia memberi peluang kepada pelajar melatih diri untuk menjadi tour guide di dalam kampus. Saya berpendapat memang bagus dengan penglibatan pihak universiti kerana mereka mempunyai kepakaran dan peralatan yang boleh dioleh dalam bentuk produk pelancongan dengan memasukkan unsur-unsur pendidikan dalam pelancongan.

Semasa di luar konteks forum (off record) bersama pegawai Tourism Selangor dan Pensyarah UiTM , saya selalu menekan 2 perkara iaitu pentingnya kita mengangkat budaya melalui pelancongan dan juga jaringan pengangkutan.

Mengapa kita perlu belajar seruling, dan dacing semasa sekolah rendah? Mengapa tidak diajar atau diselikan pelajaran bermain kompang , rebana dan juga alat muzik berasaskan budaya Malaysia. Perkara ini saya sering ulang apabila membicarakan soal mendaulatkan budaya Malaysia. Saya mengambil contoh bagaimana Indonesia berjaya mengangkat muzik Angklung dengan melibatkan masyarakat di sekeliling dari pelbagai peringkat umur. Selain itu saya mengambil contoh Galeri Indonesia Kaya di Pusat Membeli Belah Grand Indonesia kerana berjaya mendekatkan rakyat Indonesia kepada Seni dan Budaya Indonesia di bandar besar Jakarta.

Mengenai jaringan pengangkutan, adakah pengusaha kecil yang berasakan pelancongan mempunyai jaringan dengan guesthouse2 di bandar yang baik?. Ini kerana disitulah maklumat utama dan terbaru yang pelancongan akan dapat. Jika tiada transport, bagaimana hendak bawa mereka ke Kalumpang Resort (contoh). Soal ini lah yang menentukan kawasan pelancongan itu bakal membangun atau tidak selain dari informasi melalui internet dan sosial media.

Mampukan Malaysia Menjadi Tumpuan Backpackers Dunia seperti di Australia?

Berbakti Kepada Negara Melalui Backpackers

Credit photo My E&L Event

AvImF7gqlHgyjBUoRQxpj_XFgyK55TB73MLi-Q8O5SuO1 12079192_10153673665262485_6706288018325155411_n

2

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: