Fashion Backpackers di MARA In Fashion

Julung kali Malaysia Backpackers dijemput untuk hadir ke MARA IN FASHION (MIF) RUNWAY  2016. Biasanya dijemput untuk event berkaitan travel dan food tetapi kali ini berkaitan fashion. Adalah jugak sebelum ini dapat jemputan untuk fashion show jenama Quiksilver malangnya terlewat dan sesat ke lokasi event. So orang dah jemput kita datanglah mana tau fesyen-fesyen zaman sekarang ini sesuai digayakan untuk backpacker Malaysia.

Bagi menyemarakkan industri fesyen di tanah air ini MARA telah mengadakan program MARA IN FASHION (MIF) pada 23 April 2016 di The Grand Ballroom Premiera Hotel sebelah Pertama Kompleks. Untuk program ini dijalankan adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat  pereka fesyen muda untuk berkarya serta menzahirkan rekaan dan produk yang mempunyai identiti tersendiri di pasaran tempatan dan antarabangsa.

DSC_0404 (Copy)
Elemen corak Sarawak

Memang menarik dan diantara 16 pereka ada pereka fashion yang berasal dari Sarawak mengetengahkan element corak batik Sarawak pada rekaannya. Ada rekaan yang saya rasa seakan-akan sesuai untuk digunakan semasa travel. Nampak seperti ranggi tetapi masih menutup aurat.

 

DSC_0374 (Copy)
Gaya ini sesuai untuk traveler atau backpacker
Sumber gambar : http://www.eyzamiel.com/

Untuk makluman anda pereka-peraka yang terpilih telah melalui 4 fasa latihan merangkumi pelbagai aspek dalan industri fesyen yang dibimbing secara terus dari pakar industri fesyen tanah air bermula Ogos 2015 – Mac 2016. Selepas majlis ini hanya 3 terpilih mewakili Malaysia untuk menyertai program London Muslim Lifestyle Show yang telah diadakan pada 30 April – 1 Mei 2016

Diantara pereka MIF yang terpilih adalah

  1. Danial Arif (Minimal Illusionist)
  2. Suryani Binti Rosli (The Plain Diversity)
  3. Siti Maryam Binti Musa (Spirit of The Speen)
  4. Nor Atiqah Binti Nor Ozman (Sunflower)
  5. Fadzlun Binti Abas (Great Gatsby Inspired)
  6. Nur Anis Binti Mohamed Noor (The Beauty of Lightness)
  7. Farah Hani Binti Shaharuddin (Refracted)
  8. Shahri Bin Matahir ( The Art of Spider Web)
  9. Sharifah Noor Aisyah Binti Syed Abdullah (Controlled Chaos)
  10. Siti Fauziah Bin Masnan (Dragonfly)
  11. Amira Fatiha Binti Abd Hamid  (The Outer Edge)
  12. Nur Ain Binti Mohd Salleh (Red Sky)
  13. Nur Sabrina Binti Abu Hassan (The Speleothem)
  14. Amirul Fadzuan Bin Shaharom (Flower Feminity)
  15. Nadia Hasmin Binti Hassan (Neo Abstraction)
  16. Mohd Hazzerwan Bin Mohd Hazlee (KL Dream In)

Melalui progam ini MIF secara tidak lansung dapat melonjakkan pereka-pereka tempatan ke peringkat antarabangsa di samping mengembangkan industri fesyen menjadi lebih besar bukan setakat dalam negara bahkan di luar negara.

DSC_0580 (Copy)

DSC_0570 (Copy)

Sebahagian Gambar di MARA In Fashion : Sila klik ut gambar besar.

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

 

 

547 total views, 1 views today


Leave a Reply

%d bloggers like this: