Sekitar Festival Belia Putrajaya 2015

Seperti tahun-tahun sudah Festival Belia Putrajaya 2015 di sambut sempena Hari Belia Negara  bertemakan “Talent Showcase”, selaras dengan falsafah baru Rakan Muda yang akan berfungsi sebagai penjana pembangunan bakat belia. Mengikut website rasmi Festival Belia Putrajaya

Rakan Muda memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada belia secara menyeluruh tanpa sempadan. Dengan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar, pendapatan keluarga, budaya dan antara kaum yang wujud, tujuan mentor Rakan Muda adalah untuk menjadi pemangkin kepada program pembangunan bakat untuk semua belia Malaysia. Mentor-mentor juga telah menggunakan peluang untuk menjangkau belia yang kurang bernasib baik dan bermasalah untuk memberi inspirasi kepada masa depan mereka.

Untuk tahun ini Festivakl Belia Putrajaya masih terletak di Putrajaya tetapi di Dataran Gemilang berbanding tahun lepas adalah di sepanjang jalan utama di berhadapan kompleks kerajaan. So tahun ini agak payah sikit nak kena pusing-pusing kepala saya pening nak cari end up just jalan yang dekat-dekat jer. Kalau sebelum jalan lurus jer then kalau bosan boleh u-turn atau ke depan lagi.

Festival Belia Putrajaya 2015 telah dibahagikan kepada empat zon berdasarkan empat tema berlainan. Mentor-mentor Rakan Muda akan ditempatkan di zon yang selaras dengan bakat mereka. Antaranya ialah Zon Utara, Selatan, Timur , Barat dan Zon Lasak.

zon

Seperti biasa saya akan jadi sukarelawan untuk Festival Belia Putrajaya. Pelbagai task yang perlu saya laksanakan dengan kata mudah memastikan segala aktiviti berjalan lancar di booth di bawah jagaan saya. Ada siapa nampak saya di sana? Cumanya saya masih kecewa tahap kesedaran belia kita dalam menjaga aspek kebersihan masih rendah kerana masih terdapat yang membuang sampah sesuka hati yang sepatutnya membuang pada tempatnya.

Cleaner pun satu hal sampah pada tong sampah lambat kutip hingga menyebabkan sampah sarap penuh sehingga terkeluar dari tong sampah.

Apa-apa  pun festival belia ini harus diteruskan untuk belia-belia kita menunjukkan bakat mereka dan juga memberi peluang kepada belia untuk menonjolkan diri dalam festival ini kerana terdapat juga agensi-agensi kerajaan boleh menyalurkan bantuan sokong dari segi pendidikan dan juga bantuan mula untuk perniagaan. Oleh seharusnya belia-belia di Malaysia perlu hadir setiap kali Festival Belia Putrajaya diadakan.

18
Terjumpa rakan lama di zaman sekolah sekarang ini pengendali aktiviti scuba

21
Kereta Messi pun ada
1
Abdul Rani Kulup pun ada heheh

6 7 8 9 10 11 12 17 13 14 15 20 IMG_1759 (Copy) (Copy) 22 23

mapkecik

Leave a Reply