Filem Dorm Melati Berdasarkan Kisah Benar?

Ungkapan “Jangan sampai tak terjumpa diri sendiri” menjadi sebutan dalam filem yang bakal menghantui penonton. Filem Dorm Melati adalah mengisahkan 5 sahabat baik Adam (Aedy Asharaf), Zafira (Nadia Aqilah), Eddy (Aizat Hassan), Raihana (Ardel Aryana) dan Carol (Syaa Nasir) yang baru menamatkan peperiksaan STPM mereka dan memutuskan untuk melakukan aktiviti “summer camp’ buat beberapa hari bagi meraikan tamatnya zaman pembelajaran mereka di sekolah.

Alah macam korang biasa buat lepas habis jer final exam mesti merancang nak bercuti. Yang Si Adam merancang untuk summer camp yang telah diaf cari tempat yang mencabar dan digeruni. Mengikut maklumat yang dicari oleh Adam di internet Dorm Melati sangat terkenal kerana ada sebelum ini, sesetengah pelancong dan beberapa orang pelajar  yang pergi ke Summer Camp ini telah dihantui oleh Hantu Melati dan tidak tahu apa punca Kematian Melati sehingga namanya sering menghantui.

Itu yang menyebabkan Adam nak pergi sangat tempat ini walaupun ditentang rakan-rakannya yang lain. Sampai sahaja di sana mereka telah mendapat gangguan tanpa disedari. Gangguan kemuncak adalah apabila Adam berniat dengan mencabar Melati memunculkan diri. Sejak dari itu gangguan Hantu Melati menghantui mereka di Dorm Melati.

Plot suspen telah bermula awal lagi mengapa Melati telah membunuh 3 orang pemuda dengan menggunakakan cangkul tanah. Aku mengharapkan aksi ngeri atau real seperti Hollywood namun belum mencapai tahap itu lagi. Tetapi ia cukup membuat aku teruja melihat video Dorm Melati yang mengerikan.

Dari segi graf suspen memang menakutkan dari satu plot ke satu plot cuma agak lambat sedikit kerana membuatkan orang ternanti-nanti apakah aksi seterusnya. Namun aku boleh katakan filem Dorm Melati berbaloi untuk korang lihat bagi yang meminati filem aksi seram.

Akhir kata siapakah sebenarnya Melati? Adakah rohnya betul-betul munculkan diri? Adakah Zafira dipulangkan oleh roh Melati? Adakah semua akan pulang dengan selamat? Jangan lupa saksikan Dorm Melati bermula hari ini 12 Januari 2017 di pawagam berhampiran.

Jangan sampai tak terjumpa diri sendiri

 

 

Bersama blogger Khid Khalid, Bro Framestone dan pelakon Zakaria Zahid. Zakaria Zahid adalah pembawa watak jahat dalam filem Dorm Melati.

Bersama Pelakon Adam Shahz. Adam Shahz adalah pembawa watak jahat dalam filem Dorm Melati.

                                                              Pelakon Aizat Hassan sedang ditemubual.
                                                                                     Rakan blogger yang terlibat

p/s : Filem Dorm Melati ini terhasil berdasarkan kisah benar yang terjadi di sebuat pusat pengajian tinggi di sebuah negeri dan memilih lokasi Bukit Larut, Perak sebagai latar utama lokasi.

Leave a Reply