MALAYSIA BACKPACKERS DI TIOMAN ISLAND CLEAN-UP DAY (TICD) DAY 2

Hari ke 2 di Berjaya Resort Tioman kami akan dibawa ke satu tempat special untuk brekpes. Sepatutnya pukul 6 pagi dah gerak berkompol, tapi biasalah kami ni melayu pekat, janji melayu.. mana taknya.. dapat bilik twin deluxe… Ekon sejuk, katil lembut… Nak bangun awal mendenya.. end up sampai kol 6.30 pagi kat tempat berkumpul.. Kami orang last sampai… Abis kene bising dengan penganjur.. yg pasti… Kami buat muka innesen…

Kami naik bas yang disediakan.. berhenti di kawasan scuba diving center… Lepas turun.. kami kene naik tangga ke atas bukit. Rupa2nya… Atas bukit ada villa yang dikenali sebagai Shahzan Villa. Aku dongak, aku tengok… Aduhai tangga cam batu caves.. pagi2 bangun da kene daki…

Berbondong2 la org slow2 naik tangga daki bukit… Aku nampak ada kabel car yang nak gerak, GM Sonny kat depan cakap 6 orang saja yg bole naik…

Fuhhh time tu la tulang aku longgar bagai, cakap ngan GM… Bos… I have knee problem… Hah kau ! Naik kabel car sampai atas kah3… Orang penat2 naik tangga, kau naik kabel car… Pastu sampai atas… Aku buat2 tanya yg naik tangga… “Kenapa korang lambat wei?”

Kojaq kan?

Kami diberi masuk dan brekpes kat villa yg berharga rm25000 semalam yang paling mahal di Berjaya Resort Tioman… Kalau sesapa yang banyak duit, bole la hanimun kat sini.

Shahzan Villa ni terdiri dari 6 buah bilik yang mewah2… Permandangan dari villa memang la ohsem gila… Serius kalu aku ada duit, aku beli doo villa ni… KALAU la kan…

_dsc8990-copy _dsc8995-copy

Tengah brekpes, hujan pula… So aktiviti grup foto tepi pantai x kesampaian..
Aku sempat tido kat salah satu bilik mewah.. tapi x tido atas katil la… Amik bantal… Tido celah kusi… Takut kantoi ngan penjaga villa… Korang bayangkan… Dah la x cukup tido, brekpes x hingat dunia… Hujan sejuk plak tu… Apa lagi aku leh buat? TERberdengkor la beb…

Hujan dah reda, kami bergambar di tepi kolam sebab cuaca still tak mengizinkan..

Kami teruskan aktiviti indoor dengan membina sculpture SEAHORSE di mana ianya merupakan tema kami pada kali ini, selamatkan kuda laut dari pupus…

Kami bergabung dengan cikgu2 dan pelajar2 sekolah berdekatan dalam membina arca yang menyerupai kuda laut.

Aku dari satu grup ke grup lain… Buat2 sibuk kacau pelajar2 buat sculpture… Pandai bbudak ni buat, tapi in the end still tak leh diri hahaha.. susah betul nak buat..

_dsc9036-copy

_dsc9045-copy

Lepas abis aktiviti beramah mesra buat seahorse… Kami sambung makan tengahari… Mak ai heaven nya.. dah la buffet sedap2.. sekali ada demo masakan dari chef pulak…

Chef sediakan dua juadah utama…
salmon goreng dengan kuah oren dan daging goreng dicampur kuah xxxxx ape tah nama dia.. ada nama ala2 zimbabwe sikit…
Tapi basic kuah dia, dari brown sauce…

Pergggggghhh berlendir akuuu makan dagingg goreng kapan dia… Baru la aku paham apa maksud makanan “melting in ur mouth”

Bila daging masuk mulut… Yarabi sedapnyaaaaa… Jus2 daging tambah dengan sos xxxx … Buat roh aku terkeluar dari jasad kejap…

_dsc9067-copy

_dsc9080-copy

Lepas tu kami sambung jungle trekking…
Di lead oleh abang musa, dia power pasal utan kat kawasan ni… kami memulakan perjalanan… Ko bayangkan aku yg baru makan 4 pinggan ni, g jungletracking cari waterfall 3 jam perjalanan. Bole muntah ijau. Sepanjang perjalanan abang musa terangkan jenis2 pokok yg ada.. kat sini baru aku kenal cendawan lingzi penawar kanser kulit… Pokok jelatang a.k.a poison ivy omputih panggil… Jakun gak la. Lepas sampai kat waterfall, aku la orang pertama terjun… Fuhhh sejuknya…

Masa daki treking, punya la jauh rasa… Bila balik treking kejap je rasa.. lepas penat, kami pegi minum air teh herba di kawasan “Spice Garden”. Dia punya teh, ada campur rose, ada campur lengkuas, halia, basil, cinnamon, serai ngan ape tah lagi… Tapi semua sedap dan segar.

_dsc9121-copy_dsc9127-copy

Lepas penat, hilang haus..
Kami balik ke bilik, mandi dan berehat.

Jam 8 malam, kami dihidangkan makanan buffet dan persembahan “GALA NIGHT PARTY” … Malam tu, it’s all about food.

_dsc9176-copy _dsc9159-copy

Kambing golek, kambing grill, ayam, ikan, itik semua disediakan. Ok itik takde. OK aku Tipu jer.. desert2 yang disediakan pelbagai dan sedap gila… Kembong dah perut aku malam ni. Harap dapat tido dengan lena di sini Berjaya Resort Tioman

Related Post

Leave a Reply