MALAYSIA BACKPACKERS DI TIOMAN ISLAND CLEAN-UP DAY (TICD) DAY 3

Hari terakhir, kami diberikan kelonggaran dari segi masa, menghayati dan buat apa yang kami mahu. Sudah tentu kami bangun lambat, tambah plak aircond sejuk dengan tilam lembut selesa, rasa tak nak bangun.

_dsc9184-copy _dsc9186-copy

Kami bangun lambat, jam 10 pagi dan terus pergi sarapan pagi. Sarapan pagi dengan roti, sramble egg, cheese, cereal kokokruch, dan air orange serta susu memang menepati selera perut kami lah kan. Siap tambah dua mangkuk lagi.

Lepas kenyang bantai brekpes, kami ambil gamba di sekeliling pantai. Masa tu most of media team memang berkumpul amik gamba untuk last2 minit kat Berjaya Hotel Tioman ni. Orang cakap amik feeling gitu.

Jam 12.30 tengahari, selepas check out dari hotel masing2, kami menuju ke Dewan Sri Nelayan untuk lunch time pula. Last day punya lunch aduhai… kembang tekak nak pilih makanan… semua pun taste aku. Dah la kenyang makan brekpes tak ilang lagi.
Last2 makan lauk je, rugi orang cakap kalau tak makan.
Buruk lantak betul aku rasa time tu.

Sebelum depart ke jeti, Chef Law tapaukan kami snack untuk bawa balik incase lapar. Aku terasa dilayan macam raja plak sepanjang aku duk sini. Nak naik bas ke jeti, berat je kaki. Orang cakap, takleh muvon. ughhhh

Dalam perjalanan ke jeti, kami berhenti di duty free shop. Semua balun beli ceklat ngan alchohol( for non muslim).
Tapi frankly speaking, harga ceklat kat sini, walaupun duty free, sama je aku tengok dengan dekat KL. Cam tade beza pong.

Jam 2.30 petang, kami naik bot ke tanjung gemok dan sampai kol 5 petang. Bas dah menunggu untuk bawak kami ke Berjaya Hotel JB. Perjalanan 2jam setengah ke JB dengan jalan yang luar bandar yang menggila, buat aku hampir muntah. Terus bantai tido, sedar2 je dah sampai kat hotel.

Sampai je hotel, kami disambut oleh pegawai2 hotel ke satu ruang legar, rehat 10 minit sambil diberi welcome drink, dapat air guava sejuk, fuh lega tekak. Siap kasi towel basah untuk basahkan muka. Layannnn.

Lepas tu kami dibawa tour di sekitar tingkat 6 hotel, dimana terdapat banyak dewan2 function hall, ada normal hall dan ada auditorium hall. They even have JB Expo Hall yang boleh muat 150 customer untuk promote their produk dan service. Ada satu dewan di mana ianya sering disewa untuk MLM event or any grand event, yang ada lift besar untuk bawa kereta masuk ke tingkat 6, dewan yang betul2 mewah. Akhir sekali mereka bawa kami melihat grand ballroom. Lost count aku, dah berapa dewan depa bawak tengok.

_dsc9203-copy _dsc9207-copy _dsc9209-copy

Pastu abis je sightseeing dewan2, derang bawak ke CHINESE RESTAURANT. Kat sini kami disajikan 9 Chinese Course Meal. Satu demi satu course meal disajikan, dan buat 1st timer cam aku, aku agak eksaited giler dengan cara hidangan, rasa masakan, super awesome. Serius terasa dilayan cam raja. apa yang aku mintak pun dapat. HAHA.
Dari dim sum, sup telur, siakap masam manis, nasi goreng ketam, desert, soft shell crab dengan apa lagi lauk yang derang served, kembung perut melantak malam ni.

_dsc9234-copy _dsc9217-copy _dsc9223-copy _dsc9228-copy

But the best food yg depa served, pada aku fried soft shell crab mix with vegie. Gila sedap rasa dia sampai bawak ke mimpi2.

Masa dinner tu, depa buat lucky draw, dan macam biasa, aku tak penah dapat apa2 seumur idup time lucky draw. pasrah je la hahaha. Hotel provide payung as a token gift masa kami balik. Bende pree takkan tak amik. HAHAHA

Perjalanan balik ke KL mengambil masa 4 jam dan kami tiba di Berjaya Hotel Times pada pukul 2 pagi. Letih, penat, pening kepala semua ada, tapi hati memang girang abeh la… event2 yg depa provide semua bes dan berbaloi untuk pegi, makanan2 yang dihidangkan memang worth it gila…
Kalau ada lagi, kompem aku join lagi.

Owh lupa plak, media yang pergi semua dapat 6 keping kupon diskaun 50% untuk hotel price… hehe. Sapa nak?

Nanti makluman di Facebook MalaysiaBackpackers

whatsapp-image-2016-11-07-at-14-59-47

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: