Hotel Container Ipoh yang sungguh unik

Untuk kali krew Malaysia Backpackers ke Ipoh sempena Merdeka Trip bagi merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 59. Untuk artikel tentang trip Merdeka Trip Ke Ipoh akan kami cerita ke post yang lain . Tetapi kami ingin kongsikan Hotel Container Ipoh yang sungguh menarik dan sesuai untuk solo traveller.

Tip untuk yg datang secara group baik anda amik budget hotel kerana dengan harga bawah RM100 anda bilik yang besar selesa, tandas di dalam,privacy dan lain-lain kemudahan. Tetapi bagi solo backpackers yang ingin selesa di bawah budget RM 50 , Hotel Container Ipoh adalah salah satu contoh yang sesuai.

Semasa kami duduk di sini untuk satu malam, mereka beritahu harga RM50/person/night adalah  harga promosi mungkin selepas ini akan di naikkan harga. Terdapat juga untuk saiz Queen Bed RM90/night di mana boleh memuatkan 2 orang. Bayang cabin queen bed di mana ruang terhad untuk 2 orang.

Bagi yang dah kawin nak rasa adventure boleh cuba atau yang solo nak katil yang besar apa salahnya. By the way apa yang kami nak kongsikan dengan bayaran RM 50 apa yang kami dapat :

Untuk Kemudahan Kabin :

  1.  Sebuah Cabin bersaiz single bed termasuk selimut
  2. Plug point elektrik dalam kabin
  3. Personal cermin dalam kabin
  4. Aircond termasuk kipas bagi nak kuat kan lagi rasa sejuk
  5. Tote beg berlogo Hotel Container (boleh bawa balik)
  6. Mineral Water
  7. Set Berus Gigi
  8. Towel (perlu dipulangkan)
  9. Lampu peribadi dalam kabin
  10. Wifi
  11. Personal locker

Untuk Kemudahan Tandas :

  1. Toilet dan shower dalam satu bilik
  2. Sabun
  3. Shampo dan conditioner
  4. Hot and cold shower
  5. Tidak semua bilik air ada Pengering Rambut

Kalau dari segi kelesaan, memang selesa dengan tilam yang empuk di tambah dengan suasana dalam kabin yang dingin walaupun aircond utama ada di luar. Mungkin antara satu sebab ada ‘ventilation’ so dia tarik udara sejuk dan dia keluarkan ke dalam kabin.

Kalau dari segi Wifi, di tempat kami wifi tidak stabil dan kadang-kadang kami connect pada wifi masih masalah in the end kami guna handphone wifi sendiri. Mungkin di lokasi lain boleh kot. Cuma di tempat kami sahaja wifi tidak stabil.

Bagi locker pula menggunakan sistem kad acces untuk bukak dan tutup sama seperti ingin hidup elektrik utama dalam kabin ala-ala hotel. Cuma yang kabin atas agak payah lah sebab kena turun untuk mengambil barang dalam locker.

Jika anda merancang untuk tinggal di Hotel Container Ipoh ini, adalah tidak perlu risau untuk bawa tuala apatah lah barang mandian anda. Semuanya disediakan di mana sabun dan syampu ada di dalam tandas. Cuma minyak wangi jer anda kena bawa sendiri heheh.

Buat masa ini masih belum ada kemudahan tv, so suasana agak suramlah di tambah dengan ‘receptionist’ yang kurang mesra dari segi memberi informasi tentang aktiviti tempatan dan tempat-tempat menarik. So andalah kena friendly dan rajin bertanya.

Jika anda merancang untuk duduk di sini dengan kawan, pilih kabin berhadapan kerana memudahkan anda untuk berkomunikasi. Jika seorang di bawah dan seorang di atas memang tidak dengar. So end up kami whatsup sahaja untuk perkara penting dan berbincang untuk aktiviti seterusnya sambil baring.

Selain itu lokasi hotel ini agak baik kerana terletak di dalam kawasan bandar lama Ipoh yang berdekatan dengan bangunan-bangunan bersejarah. Di samping itu berdekatan dengan Medan Selera Dato Sagor di mana terdapat pelbagai jenis makanan unik seperti Mee Hitam dan Roti Bakar Telur Goyang.

Kalau ada ingin mencuba restoran ala-ala hipster hanya di sebelah hotel sahaja iaitu Plan B dan cuba beberapa kedai cafe yang berdekatan.

Itu sahaja review kami tentang Hotel Container Ipoh. Untuk maklumat lanjut anda boleh refer di sini http://www.containerhotel.my/ipoh/concept.

 

 


 


 


 


 


Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: