Housestay D’Bayu Impian

Baru kami telah dijemput untuk datang melawat D Bayu Impian Housestay yang terletak Sungai Besar, Selangor kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur. Tempatnya cantik dan tidak ubah seperti suasana kampung. Umpama tinggal di kampung sendiri.

Menuruk pemilik housestay ini, D Bayu Impian Housetay telah beroperasi lebih dari 5 tahun. Bermula dengan minat kemudian menjadi sebagai satu perniagaan yang serius. Sekarang ini mereka mempunyai kolam berenang dan rumah resort yang unik yang baru siap.

Di sini menyediakan pelbagai kemudahan antaranya ialah :

  1. Mempunyai 1 bilik dan 2 bilik
  2. Setiap rumah mempunyai katil, aircond, television, bilik air & tandas serta peralatan seperti tuala dan kelengkapan mandi.
  3. Selain itu juga ada beberapa bilik yang menyediakan ruang dapur untuk memasak.
  4. Terdapat juga yang mempunyai ruang rehat, ruang tamu dan brandar luar.
  5. Sesuai juga untuk seisi keluarga yang ramai, ada sesetengah bilik sesuai untuk 2 atau 4 orang ahli keluarga.
  6. Ia juga sesuai untuk para pelajar kolej/universiti mengadakan aktiviti perbincangan.

Di sini juga mempunyai Dewan Seminar sama ada untuk latihan, seminar, kursus atau pun mesyuarat. Pendek kata tempat ini semuanya boleh dilakukan dengan pelbagai kemudahan.

Cuma kami agak ralat kerana tidak berpeluang untuk tinggal di sini untuk merasai suasana tinggal di housestay ini. Walaubagaimana pun makanan yang mereka menyediakan memang terbaik iaitu masakan banjar.

Menurut pemilik, masakan dan menu di sini adalah berdasarkan permintaan. Oleh itu jika anda merancang untuk tinggal di sini, minta mereka menyediakan masakan banjar.

Jika anda merancang untuk bercuti atau mengadakan seminar di sini boleh merujuk kepada maklumat di bawah :

D’ BAYU IMPIAN HOUSESTAY
NO.33, PARIT 16 SUNGAI PANJAI
45300 SUNGAI BESAR

TEL : 03-3216 2846 /1992
H/P: 019 -372 9570 @ 019-655 9570Email : dbi_housestay@yahoo.com
Blog : dbayuimpian.blogspot.com
Facebook : https://www.facebook.com/dbihousestay

 

 

                                                          Housestay 4 & 5 – RM 150 / malam

 

                                                                              Housestay 7 – RM170/malam

 

Dalam Housestay 7

275 total views, 2 views today


Leave a Reply

%d bloggers like this: