The Shore Oceanarium is the new attraction in Melaka city. So actually saya dijemput untuk melihat The Shore Oceanarium untuk membuat review tempat ini baru ini . Terletak di dalam pusat membeli belah The Shore Shopping Mall tingkat dua. Kalau anda bersiar-siar di sungai Melaka memang akan nampak bangunan shopping mall ini.
Terdapat pelbagai spesis kehidupan laut dan juga hutan . Yang menarik ada ‘3D light board display’ tetapi anda perlu beli cermin mata 3D untuk melihat kesan 3D nya. Nak jimat bawa dari rumah hehehe. Saya sebelum ini pernah pergi Aquaria di KLCC, Kuala Lumpur. Setiap tempat ada keunikan masing-masing di mana Aquarian tarikan sebenarnya adalah akuarium yang besar dengan beberapa ekor ikan jerung yang besar dan yang di The Shore Oceanarium ini boleh sentuh kehidupan laut. Cuma lebih menarik kalau ada sesi penerangan tentang kehidupan laut kerana nampak ada staf di situ seperti sedeang memantau.
Setiap perjalanan pengembaraan dalan The Shore Oceanarium akan melalui pelbagai segmen antaranya Interactive Touch Pool, Sea Shells Museum, River Story , Dangerous Marine Species, Living Fossil dan lain-lain lagi.
Sangat sesuai untuk membuat keluarga dan sanak saudara kerana kita dapat mengenal kehidupan di dalam laut dan juga di dalam hutan tanpa masuk ke dalam hutan dan laut. So tak perlu macam saya nak kena ambil lesen scuba diving semata-mata nak jumpa Nemo hehehe. Yang menarik anda boleh sentuh beberapa jenis kehidupan laut tanpa rasa takut.
‘Never stop exploring’





Untuk maklumat lanjut and boleh refer website ini The Shore Oceanarium