Indahnya Malam Di Jakarta

Sebenarnya kedatangan saya ke di Jakarta ini adalah untuk melihat perusahaan kain-kain dan pakaian di Tanah Abang. Ini adalah kali ke tiga saya ke Jakarta sahaja tengok-tengok sambil buat kajian ringkas berdasarkan harga dan logistik di sana.  Melalui pemerhatian saya memang murah harganya kerana di situ menjadi pusat jualan secara pukal di mana segala perusahaan di seluruh Indonesia akan dijual disitu.  Saya tidak amik gambar kerana sibuk melihat apa yg berlaku di sekeliling dan juga sebagai keselamatan gua supaya tidak kelihatan sebagai pelancong.

Malam itu saya jalan-jalan di sekitar bandar Jakarta di Monas (Monumen Nasional). dan juga makan nasi kambing. Rasa kambing di sana berbeza di Malaysia entah saya rasa lain pada hal daging kambing juga mungkin cara masakan yang berbeza. Tetapi semasa saya baru sampai di Jakarta saya dipelawa makan di restoran Indonesia di pusat membeli belah Grand Indonesia memang sedap. Mungkin  jika di dalam mall,  kualiti dia terjaga tetapi pasti harganya berbeza berbanding harga makan di tepi jalan.
Jangan terkejut jika anda makan di tepi jalan ada pangamen aka pemuzik jalanan menghampiri tempat makan anda .
Di waktu malam di Monas amat meriah kerana terdapat ‘event’ di sana dan secara tidak lansung menarik orang tempatan utk datang melawat dan berniaga. Saya pernah ke sini sebelum ini tetapi di waktu siang di mana anda boleh melawat monas dan naik sehingga ke atas dan akan nampak pandang Jakarta dari pandangan atas.  Di bahagian bawah ada umpama muzium yang mengisahkan tentang sejarah Indonesia. Di situ ada  model MRT dan kisah pembinaan MRT, Bila lah nak siap MRT Indonesia ?Di sekitar Monas ini sebenarnya menarik untuk di lawati kerana terdapat beberapa monumen yang mengisahkan tentang sejarah Indonesia. Jumpa lagi di Jakarta.
Teman-teman di Jakarta

 

 

 

 

 

gambar dulu yuk ! di belakang adalan MONAS

 

 

 

 

meriahkan !

 

 

permainan baling gelang ke botol

“Think Your Next Trip, Think Malaysia Backpackers”

 

P.S : I’d love to meet you on Twitter : here

 

Read other perspectives on this topic from awesome group of backpackers at Malaysia Backpackers Group

 

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Related Post

2 Comments

Leave a Reply