International Bird Race in Selangor

WINGS OF KKB 2016 : SELANGOR INTERNATIONAL BIRD RACE

Sekali lagi Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengadakan program Wings of KKB 2016 : Selangor International Bird Race yang telah berlangsung pada 22-24 April 2016. Merupakan program tahun yang ke 5 dianjurkan sejak penganjuran pertama diadakan pada tahun 2012. Resorts World Genting sekali lagi menjadi penaja utama bagi tahun yang ke 4.
Program sebegini memang bagus untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang penjagaan alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung, ia juga turut meletakkan Kuala Kubu Bharu dan Pusat Peranginan Genting Highlands khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya di peta pelancongan Malaysia.
Ramai sedia maklum yang daerah ini terkenal dengan keindahan flora dan fauna dan telah menjadi lokasi pilihan peminat aktiviti pemerhati burung dari dalam dan luar negara.
WINGS OF KKB 2016 : SELANGOR INTERNATIONAL BIRD RACE
Hari Pertama 23hb April 2016
Tahun ini saya amat bertuah kerana ini merupakan kali pertama saya dapat sertai Wings of KKB 2016 : Selangor International Bird Race . Atas jemputan dari Malaysia Backpackers saya dapat bersama-sama dengan team Resort World Genting dan blogger yang lain untuk sertai aktiviti yang diadakan di Kuala Kubu Baru dan Awana Resort.
Seawal pukul 8 pagi kami telah berada di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru. Kami ikuti aktiviti yang diadakan oleh peserta. Memang meriah suasana pagi tersebut dan kebanyakkan mereka ada lah dari kalangan pencinta burung dan pencinta alam fauna.
Wings of KKB yang merupakan pertandingan pemerhati burung pertama di Malaysia, para peserta perlu bergerak dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain mengikut ketegori masing-masing.
Untuk katagori sekolah, berlangsung dengan para pelajar memerhati burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu, dan untuk katagori terbuka pula, para peserta perlu bergerak ke 10 checkpoint, bermula dengan 5 checkpoint iaitu Bandar Kuala Kubu Bahru, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World Genting.
Ini merupakan pertandingan memerhati burung yang pertama di Malaysia yang memerlukan peserta begerak dari satu altitud ke satu altitud yang lain dan memberi peluang peserta menjumpai pelbagai spesis burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian.
Pihak penganjur juga mengekalkan pertandingan fotografi burung kategori Profesional seperti tahun sebelumnya. Aktiviti sampingan seperti Explorace bagi kanak-kanak juga diadakan.
Terdapat juga pertandingan melukis yang terbahagi kepada 3 ketegori iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka.
Penganjuran kali ini juga turut melibatkan kanak-kanak istimewa dari Pusat Didikan Khas Daerah Hulu Selangor.
Peserta dari luar negara juga turut diterima untuk sertai aktiviti ini iaitu dari Kemboja, India, Indonesia dan Belanda.
Setelah acara selesai untuk hari pertama ini, kami bertolak pula ke Awana Resort Genting untuk bermalam di sana dan menunggu acara seterusnya keesokkan harinya. Terima kasih sekali lagi kepada Resorts World Genting kerana menaja tempat penginapan kami.
Malamnya kami di jemput pula ke malam Gala Dinner Wings Of KKB 2016. Meriah dengan para peserta dan tetamu jemputan serta VVIP.
Hari Ke 2 Di Awana Resort
Seawal pukul 7 pagi kami sudah berkumpul dan bersarapan di hotel dan kemudian bergerak ke Awana Long House untuk sambungan acara yang akan berlangsung disana.
Hari ke 2 ini kami amat bertuah kerana berpeluang melihat beberapa jenis burung yang ada di sana. Dapatlah kami tangkap gambar untuk kenangan.
Bersama mereka-mereka yang pakar tentang burung dan pakar fotografi, kami mula menjejak burung dengan mendengar bunyi burung-burung tersebut.
Penganjuran kali ini masih mengekalkan pertandingan mengenal burung kategori sekolah yang dijalankan di Kuala Kubu Bharu pada 23 hb April 2016, manakala bagi kategori terbuka dan IPT bermula pada 23hb April dan berakhir pada 24hb April di Awana Hotel Genting Higlands.
Setelah acara tamat, pengumuman peserta yang memenangi kategori masing-masing diadakan di Awana Hotel.
Keputusan Pertandingan Wings Of KKB 2016 : Selangor International Birds Race adalah seperti berikut:
Birds Race Kategori Terbuka
1. Nama Kumpulan : Indah Myna – Jumlah Spesis :80 (Dari Kuala Kubu Bharu)
2. Nama Kumpulan : Trogon Crew – Jumlah Spesis : 79 (Dari Kuala Lumpur)
3. Nama Kumpulan : Barbet – Jum;ah Spesis : 67 (Dari Kuala Lumpur)
4. Nama Kumpulan : Sam Veasna Centre – Jumlah Spesis : 67 ( Dari Cambodia)

Birds Race Kategori IPT
1. Nama Kumpulan : Kirik – Kirik : – Jumlah Spesis : 50 -IPT (Universiti Airlangga, Indonesia)
2. Nama Kumpulan : Striped Wings Birder- Jumlah Spesis : 45 -IPT : UPM, UiTM Kolej Pusrawi
3. Nama Kumpulan : Magpie Robin -Jumlah Spesis : 43 -IPT : PERHEBAT
4. Nama Kumpulan : PSIS 3 -Jumlah Spesis : 34 -IPT : Politeknik Sultan Idris, Sabak Bernam

Birds Race Kategori Sekolah Menengah
1. Nama Kumpulan : Azam Birders – Jumlah Spesis : 30 – Sekolah : SMK DHK, Kuala Kubu Bharu
2. Nama Kumpulan : Minivet -Jumlah Spesis : 29 – Sekolah : SMK Taman Desa 2, Rawang
3. Nama Kumpulan : The Eagle -Jumlah Spesis : 28 – Sekolah :
4. Nama Kumpulan : Harming Bird -Jumlah Spesis : 27 – Sekolah : SMK KKB
Birds Race Kategori Sekolah Rendah
1. Nama Kumpulan : Little Heron – Jumlah Spesis : 23 – Sekolah : SK Taman Bunga Raya 2
2. Nama Kumpulan : Pikau Junior – Jumlah Spesis : 21 – Sekolah : SK KKB1
3. Nama Kumpulan : Scout Team – Jumlah Spesis : 20 – Sekolah : SK Ampang Pechah
4. Nama Kumpulan : Rising Raptor – Jumlah Spesis : 20 – Sekolah : Home School
Bird Race Anak Istimewa
1. Nama Kumpulan : Gagak Hitam (A) – PDK : Ampang Pechah
2. Nama Kumpulan : Gagak Hitam (B) – PDK : Ampang Pechah
3. Nama Kumpulan : Burung Merak -PDK : Soeharto

Kategori Fotografi
1. En. Mohamad Zohairi (Batu Kawan, Pulau Pinang)
2. En. Tan Gim Cheong (Singapura)
3. En. Md Zaki Bin Kosrin (Selangor)
4. Pn. Nor Akmar Binti Yacob (Georgetown, Pulau Pinang)

Kategori Lukisan Terbuka
1. Muhammad Syafiq Kholid – Dari : UiTM, Perak
2. Rahimah Misnon – Dari : Kuala Kubu Bharu
3. Ruslinda Sidek – Dari : Kuala Kubu Bharu
4. Norlizah Razali -Dari : Kuala Kubu Bharu

Kategori Lukisan Sekolah Menengah
1. Law Jing Ying – Sekolah : SMK KKB
2. Teng Hong Yu – Sekolah : SMK Bandar Baru Batang Kali
3. Ong Jia Xin – Sekolah : SMK Bandar Baru Batang Kali
4. Nur Batisyia Lokman – Sekolah : SMK KKB

Kategori Lukisan Sekolah Rendah
1. Muhammad Irsyad Izzudin Mohd Isa – Sekolah : Sekolah Rendah Ampang Pechah
2. Kabilan A/L Thurarayan – Sekolah : SJKT KKB
3. Kirtina A/P Lagendran – Sekolah : SJKT KKB
4. Nyaana Sunthari A/P Muniandy – Sekolah : SJKT KKB

Penganjuran Wings of KKB 2016 : Selangor International Bird Race ini akan diteruskan lagi bagi tahun 2017 pada 21 – 23 April 2017 dan menurut kata penganjur mereka akan menambah baikkan mana yang kurang di masa hadapan.
Boleh lah sesiapa peminat burung, kunci date ini untuk sama-sama memeriahkan acara yang akan diadakan.

13051611_1067090950016165_6944699816125620089_n 13062345_1070307063027887_404465443252711486_n-768x576 13076747_1070307139694546_1115592980106186186_n-768x576 13095788_1067057886686138_3128766678610495026_n 13119023_1070324136359513_795096601516458512_n

13010706_1067048526687074_5458133017439287394_n

513 total views, 1 views today


Leave a Reply

%d bloggers like this: