JOM KENALI WOWKL!

Mesti ramai yang mengenali Saloma Bistro bersebelahan MATIC di Jalan Ampang. Saloma Bistro diberi nafas dan pengurusan yang baru dan ditukarkan nama kepada WOWKL! Baru beroperasi 3 bulan yang lalu.

Mempunyai satu ruang dewan besar untuk buffet yang boleh memuatkan 350pax dan satu ruang di bahagian luar berkonsepkan santai boleh memuatkan 150pax. Sangat sesuai untuk group event.

Yang penting boleh menikmati pemandangan menara KL di depan mata anda semua dan berlatarbelakangkan menara KLCC di belakang anda sambil menjamu selera di sini.Sangat wow kan!

Nak dating ngan kesayangan,majlis kahwin,sambut ulangtahun sangat sesuai WOWKL! dimasukkan dalam senarai food hunting!

Haaa sebabnya sambil makan boleh menikmati persembahan kebudayaan yang diadakan setiap hari dan busking dekat sini!

Pendek kata 3 in 1 la boleh dapat dekat WOWKL! ini sebabtu tagline dia Dining,Arts,Shows😃

Mengetengahkan konsep “International Buffet” antaranya masakan tradisi melayu, masakan barat, masakan cina dan masakan timur tengah. Rambang mata saya melihat semua juadah yang disediakan. Cara hidangan dipersembahkan sangat menarik dan ‘catchy’ setiap pandangan mata untuk melihatnya

Roast lamb yang sangat menggiurkan tekak rasa nak ngap terus
Beef shawarma
Abang chef tengah sediakan hidangan beef shawarma
Penyediaan kuih cakoi

 

Kuih cakoi dihidangkan panas-panas. Sangat rare selalunya jarang restoran menyediakan kuih tradisional yang rare seperti kuih cakoi. Dicicah bersama perisa pandan sambil makan panas menikmati persembahan kebudayaan sangat dabomb perasaan tu.

Makanan wajib iaitu sate ayam dan daging. Isi sate sangat cukup rempah dan bila dimakan dapat dirasakan juicy perapan yang diperap bersama sate.

Saya paling suka makan fish fillet with lemon sauce. Sos lemon yang masam manis dimakan bersama fish fillet walaweh rasa dia umpphhh sekali. Tektsur fish fillet ini garing di luar lembut di dalam jadi bila kunyah senang untuk dihadam terus masuk ke dalam perut.Bagi penggemar makanan barat turut disediakan pelbagai sajian barat seperti Spageti Napolitan.

Sup stesen antara kegemaran saya. Sup yang dihidangkan panas-panas dan ada beberapa pilihan sup seperti mushroom soup dan chicken soup.

Pelbagai pembuka selera (salad) disediakan bersama bermacam jenis pilihan sos.

Roti canai makanan popular rakyat Malaysia turut disediakan dan dimasak secara langsung untuk mengekalkan tekstur garing roti canai.

Pencuci mulut yang turut disediakan yakni ais batu campur.

Bahagian dessert juga kegemaran saya. Banyak pilihan kuih-muih tradisional Melayu dan pastry yang menarik menanti untuk dimakan.

Antara sajian yang saya nikmati di WOWKL. Sangat berpuas hati dengan pelbagai jenis sajian yang ada. Rata-rata pengunjung yang hadir di WOWKL memberi respon yang sama terhadap kelazatan sajian yang dihidangkan. Jadi apa lagi jemputlah beramai-ramai datang ke WOWKL anda semua pasti tidak menyesal dan akan datang lagi.

Dibawah saya sertakan senarai hidangan yang ada di WOWKL! INTERNATIONAL BUFFET

 

DAILY MENU 

APPETIZERS & SALAD

Display of Roast Meats, Cold Cuts

Chicken Salad with Curry, Apples and Mango Salad, Salad Nicoise Seafood Salad, Tortilla Guacamole, Smoked Salmon, Sweet Corn Salad, Red Beans Salad, Baba Ganoush, Humus, Tabbouleh Salad, Potato Salad, Ceaser Salad, Garden Fresh Salad, Pasta Salad

CONDIMENTS & DRESSING

Keropok, Papadom, Golden Raisin, Black Raisin, Black Olive, Stuffed Olive, Fresh Cucumber, Onion Ring, Tomato Carrot, Jeruk Manga, Jeruk Kelubi, Jeruk Papaya, Jeruk Cermai, Jeruk Amra, Jeruk Bawang Putih, Jeruk Sengkuang, Jeruk Jambu Batu Jeruk Kelubi, Country Egg, Salted Egg, Spring Onion, Cut Chili,

Raita, Plain Yogurt, Sambal Belacan, Air Asam, Thousand Island, French and Italian Vinaigrette, Pickle Ginger, Lime Chutney, Mango Chutney

SOUP STATION

Mushroom Soup/ Soto Ayam with Condiments

Breads & Butter

HOT SECTION MALAY

Steamed Rice

Daging Rendang Tok

Kari Ikan Bendi

Nyonya Chap Chai

HOT SECTION WESTERN

Aglio-olio

Roasted Chicken Black Pepper Sauce

Grilled Fillet of Fish Lemon Sauce

Sauté Mix Vegetables, Butter and Garlic

HOT SECTION MID EAST

Saffron Rice

Lamb Persian

Chicken Makhani

Stew Egg Plant Tomato Jus

FROM CARVING BOARD HAWKER STALL

Roasted Baby Chicken Percik Terengganu Style

 

HAWKER STALL

Roti Canai Yellow Lentil Curry

HAWKER STALL

Noodles Soup & Condiments

 

HAWKER STALL

Chicken, Beef Satay & Condiments

HAWKER STALL

Lamb Shawarma Lebanese Bread, Garlic Mayo Dipping

 

HAWKER STALL

ABC Batu Campur Dan Condiments

DESSERT

5 Types of French Pastries, Baked Cheese Cake, Walnut Cake, Macha Gateaux Cake, Fruits Tart, Apple Crumble, Cream Hon, Bubur Wow, Kuih Lapis, Lopeh, Kuih Koci, Kuih Cara Berlauk, Seri Muka, Tepung Talam

Tropical Fresh Fruits

Watermelon, Papaya, Pineapple, Honey Dew

Ice Cream Potong

Vanilla, Chocolate, Mango, Durian

Coffee, Tea and Cordial

Kesimpulannya, terlalu banyak makanan sedap dan menarik menanti anda semua di WOWKL!

Dari segi rasa saya sangat berpuas hati hampir keseluruhan sesuai dengan selera dan cara sajian dihidangkan juda memainkan peranan penting sebagai tarikan kepada pengunjung untuk merasai makanan tersebut.

Kesimpulannya, terlalu banyak makanan sedap dan menarik menanti anda semua di WOWKL!

Dari segi rasa saya sangat berpuas hati hampir keseluruhan sesuai dengan selera dan cara sajian dihidangkan juda memainkan peranan penting sebagai tarikan kepada pengunjung untuk merasai makanan tersebut.

Jangan lupa mengikuti perkembangan aktiviti yang berlangsung di WOWKL! dan promosi yang disediakan oleh pihak pengurusan WOWKL! melalui media sosial facebook.

Dengar kata WOWKL! memberi harga promosi untuk buffet sehingga Mac 2018. Apalagi, anda semua boleh menempah tempat anda sekarang dan bawa yang tersayang datang ke WOWKL!. Anda semua pasti tidak akan menyesal dan bosan sepanjang menikmati selera di sini kerana diselitkan dengan persembahan kebudayaan untuk menghiburkan anda semua

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Tak banyak restoran di kota raya Kuala Lumpur mengetengahkan konsep sambil menjamu selera menikmati persembahan kebudayaan yang diadakan setiap hari. Salah satu promosi juga kepada pelancong untuk mengenali dengan lebih dekat lagi kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia antaranya Melayu , Cina, India, Peranakan Portugis, Kadazan, Melanau, Iban dan suku kaum yang pelbagai di Sabah dan Sarawak.

Di bawah saya sertakan video yang dirakam dan gambar semasa persembahan kebudayaan dijalankan. Kelincahan penari menari setiap tarian memukau mata para hadirin yang hadir. Turut diselitkan persembahan adat perkahwinan masyarakat Minang dan pelamin disediakan di atas pentas. Para pengunjung yang hadir boleh merasai adat merenjis pengantin di pelamin. Pihak WOWKL! memberi peluang kepada semua orang untuk merasai dan turut serta di dalam persembahan kebudayaan yang berlangsung.

 

Adat perkahwinan masyarakat Minang

Tarian kaum Cina

Tarian Portugis

Tarian kaum Melayu

Tarian kaum di Sabah dan Sarawak

Tarian sepanjang persandingan berlangsung

Akhir kalam, WOWKL! adalah pilihan yang menarik untuk sesuatu group event yang besar kerana elemen yang diketengahkan seperti tagline WOWKL! arts,dining,shows.Sekarang WOWKL! tengah mengadakan harga promosi sehingga Mac 2018.Di bawah saya sertakan harga untuk buffet di WOWKL!

For the pricing

RM 110 nett per pax (Adults)

RM 70 nett per pax (Children 6 – 12 years)

From 1st April 2018

RM 130 nett per pax (Adults) – NON MALAYSIAN

RM 95 nett per pax (Children 6 – 12 years) – NON MALAYSIAN

RM 115 nett per pax (Adults) – MALAYSIAN

RM 80 nett per pax (Children 6 – 12 years) – MALAYSIAN

 

Jom ramai-ramai kita terjah WOWKL! anda pasti tidak akan menyesal. Untuk Maklumat boleh lihat di :

Facebook WowKL : https://www.facebook.com/Wowkl/

Url WowKL : http://www.wowkl.my/

 

 

Related Post

2 Comments

Leave a Reply