Karnival NBOS #SayangMalaysia

Saya telah menghabiskan cuti hujung minggu saya di Karnival NBOS #SayangMalaysia di SMK Hutan Melintang,Bagan Datoh Perak pada 19 November 2017 di bawah kelolaan Gaya Travel. Fiesta NBOS ini telah dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional (NSU), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

 

Fiesta NBOS pada kali ini turut menyaksikan Pelancaran Produk – Produk NBOS di pentas utama seperti Pusat Transformasi Bergerak (Mobile CTC), Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M), Coding@Schools (C@S), NBOS Rangkaian Strategik, Program Komuniti Agropreneur Muda, Visit My Kampung (VMK), 1Strategic Partner Community (1 SPC) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadir sama ialah YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan YBhg. Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Di karniva Fiesta NBOSl ini terdapat juga pelbagai jualan usahawan IKS yang menjual pelbagai barangan yang murah dari harga pasaran dan ianya menarik ramai penduduk untuk membeli disana.

Disamping itu terdapat juga booth citrarasa #SayangMalaysia yang mana menyediakan juadah tradisional di Bagan Datoh ini secara percuma iaitu antaranya adalah soto bagan datoh,kuih peneram,rendang itik,kebebe dan banyak lagi.

Saya juga sempat bergambar dengan selebriti Arja Lee dan Adeline tan di booth #SayangMalaysia.Kehadiran selebriti lain seperti Dafi dan jay jay juga menarik orang ramai kerana sikap mereka yang ramah.

Ada pelbagai persembahan dari aswara seperti nyanyian dan tarian.juga terdapat pelbagai aktiviti disana seperti pertandingan karaoke(orang perak memang ramai yang suka menyanyi),memasak dan cabutan bertuah dengan bermacam hadiah menarik dan lumayan.

Saya berharap karnival Fiesta NBOS  seperti ini akan diadakan lagi dengan lebih banyak di masa akan datang kerana karnival ini dapat menarik minat penduduk luar yang datang kerana terdapat pelbagai aktiviti,dan pameran yang sangat-sangat berguna.

Leave a Reply