Kembara Afghanistan oleh ET

Kembara Afghanistan

” Hidup Tanpa Cabaran, Bukan Hidul Namanya”

SINOPSIS : Mengisahkan pengembaraan luar biasa Siti Noridah Ab. Rahman yang telah ke negara bergolak Afghanistan Ab. Rahman yang telah ke negara bergolak Afghanistan secara solo pada musim luruh 2014 yang lalu. Beliau pernah ditangkap dan disoal siasat oleh askar Afganistan dan dituduh sebagai agen perisik  daripada Pakistan. Semangan untuk mengembara ke tempat yang jarang dikunjungi membawa beliau ke sana untuk melihat sendiri realiti kehidupan warga Afghanistan yang telah lama terasing daripada dunia luar selepas era peperangan.

ULASAN : 

Kisah ET secara solo ke negara Afghnistan bagi seorang wanita sangat menarik. Siapa nak pergi negara yang bergolak dan sentiasa berperang seperti Afghnistan. Cabaran dan kecekalan yang dilalui oleh ET menjadikan buku ini menarik untuk dibaca. Apatah lagi sikapnya yang degil dan tidak berputus asas untuk menyebarangi ke sempadan.

Aku sendiri pun belum rasa teringin hendak pergi ke Afghnistan. Dari satu tajuk ke satu tajuk membuat kita hendak tahu apa yang unik tentang Afghnistan seperti perempuan memakai jilbab yang hanya mata sahaja yang boleh di lihat dan apa yang merbahaya sangat untuk pergi ke sana.

Bagi aku buku ini menarik untuk dibaca kerana kisah pengembaraan ini adalah luar biasa terutama bagi seorang wanita. Jika anda ingin tahu kisahnya boleh dapatkan di kedai buku berdekatan.

Kredit photo : Says.com

Leave a Reply