Keunikan Berbuka Puasa di De Palma Hotel Shah Alam

Sudah pasti apabila masuk sahaja Bulan Ramadhan bulan puasa bagi umat Islam di Malaysia bahkan di seluruh dunia akan mencari juadah untuk berbuka puasa sama bersama keluarga atau teman-teman. Jika tidak berkesempatan untuk membeli atau berbuka puasa di rumah boleh juga berbuka di hotel-hotel. Untuk kali ni admin malaysiabackpackers.com muiz berbuka puasa di Hotel De Palma. Seperti kalau saya berbuka puasa di luar akan cari makan-makan yang jarang ada di rumah atau jarang kita makan.

 

DSC_0894 (Copy)

Sudah pasti setiap kali kalau saya berbuka puasa di luar terutama di hotel kambing bakar pasti menjadi pilihan saya. So far kambing bakar di Hotel De Palma antara yang terbaik pernah saya rasa. Walaupun Menu utama berbuka Hotel De Palma adalah bertemakan ‘Sajian Dapur Bonda’ terdapat juga juadah lain yang Bonda jarang masak seperti murtabak, Nasi Dagang, Nasi Ayam, Roti John dan lain-lain lagi. Yang unik tentang makanan di sini adalah ada Pisang Goreng Cheese. Bagus juga adalah menu seperti ini kerana ini menandakan hotel De Palma mengikuti perkembangan semasa sesuai dengan anak muda yang meminati makan jenis ‘street food’.

 

DSC_0895 (Copy) DSC_0896 (Copy)

Mungkin anda tidak tahu bahawa Hotel De Palma ini adalah berlandaskan syariah bermaksud segala tentang pengurusan hotel adalah berlandaskan syariah bukan semata-mata halal pada penyediaan makanannya. Unikkan! Sudah pastikan menjadi pilihan saya untuk memilih tempat untuk berbuka puasa.

 

DSC_0897 (Copy) DSC_0898 (Copy)

Sepanjang berbuka di sini selain dijamu dengan makanan yang enak, saya didendangkan bacaan suci ayat al-Quran oleh pelajar tahfiz. Kemudian selepas berbuka puasa saya dipersembahkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Saff One. Kemudian diselangi dengan Forum Agama Islam mengikut tajuk yang berbeza pada setiap hari.

 

DSC_0900 (Copy) DSC_0901 (Copy)

Ingin menambah sedikit keunikan di sini adalah anda juga boleh mengikuti Solat Terawih secara berjemaah kerana ada Imam khas yang dilantik untuk memimpin solat terawih di surau Hotel De Palma.

 

DSC_0903 (Copy) DSC_0907 (Copy)

Harga Buffet Ramadan di De Palma Hotel Shah Alam

  • Dewasa: RM68
  • Kanak-kanak: RM35

Berita baik untuk anda, jika anda merancangan untuk berbuka puasa di Hotel De Palma Shah Alam anda hanya perlu menyatakan MALAYSIABACKPACKERS.COM untuk mendapat Diskaun 10 % itu sahaja.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan,anda boleh hubungi  Kaunter Tempahan Ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 519.

Web : De Palma Hotel Shah Alam

DSC_0908 (Copy) DSC_0909 (Copy) DSC_0910 (Copy) DSC_0911 (Copy) DSC_0912 (Copy) DSC_0913 (Copy) DSC_0916 (Copy) DSC_0917 (Copy) DSC_0918 (Copy) DSC_0878 (Copy) DSC_0880 (Copy) DSC_0881 (Copy) DSC_0882 (Copy) DSC_0883 (Copy) DSC_0885 (Copy) DSC_0886 (Copy) DSC_0888 (Copy) DSC_0889 (Copy) DSC_0891 (Copy) DSC_0892 (Copy)

Jangan lupa anda hanya perlu menyatakan MALAYSIABACKPACKERS.COM untuk mendapat Diskaun 10 % itu sahaja.
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan,anda boleh hubungi  Kaunter Tempahan Ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 519.

Web : De Palma Hotel Shah Alam

Related Post

Leave a Reply