Keunikan Bermalam di Mingle Hostel

Mingle Hostel adalah satu hostel backpackers yang terdapat di Chinatown. Dahulu Chinatown ini terkenal dengan nama Petaling Street. Untuk review kali ini, kami pertama kali bermalam di hostel backpackers di Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam. Kalau tidur di hotel Kuala Lumpur memang dah biasa atas urusan kerja atau peribadi

Tetapi kali ini memang bercuti untuk 3 hari 2 malam style backpackers di Kuala Lumpur dan kami tinggal di Mingle Hostel. Hostel ini baru sahaja beberapa bulan di buka. So  bila nak buat review mestilah berdasarkan penilaian tempoh berapa lama hostel ini beroperasi. So kami tidak boleh expect yang hostel ini sudah lama beroperasi seperti hostel-hostel yang lain.

Mingle Hostel ini menampilkan  bangunan lama sebagai tarikan kepada penginap yang inginkan kelainan. Selain itu dihiasi barang-barang lama sebagai nilai tambah dalam menonjolkan pelbagai budaya dan nilai estetika  Jangan terkejut jika lihat seperti bangunan tidak siap kerana mereka mahu mengekalkan ciri-ciri lama bangunan itu.

Terletak di lokasi Jalan Sultan yang berhampiran dengan Chinatown yang sememangnya terdapat bangunan lama yang masih kekal di mamah usia.   Di waktu petang anda boleh singgah ke Chinatown untuk membeli pelbagai barang cenderamata  seperti baju, fridget magnet. Mingle Hotel ini memang dekat dengan Pasar Karat dari lokasi utama pasar karat sehingga ke Jalan Sultan.

Memang sedikit terganggu jika sesiapa yang dapat bilik mengadap jalan raya. Aku mula-mula terkejut  “Kenapa riuh dengan orang ni walhal baru pukul 5 pagi” . Rupa-rupanya mereka dah start berniaga seawal 4.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

Harga bermula dari RM45 ke atas bergantung kepada jenis-jenis bilik.  Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut (apa yang  kami duduk) :

Kemudahan Bilik

  1. Sebuah single pod (single bed) termasuk selimut tebal. Juga terdapat queen pod (queen bed)
  2. Individual Plug Point plus lampu peribadi
  3. Aircond
  4. Personal locker (perlu bawa kunci sendiri atau boleh beli di kaunter)
  5. Wifi
  6. Singki dalam bilik

Kemudahan Tandas

  1. Kemudahan sabun di bilik mandi plus air panas
    2. Toilet anda shower room sapareted

Kemudahan Hostel :

  1. Tuala sewa
  2. Komputer iMAC
  3. Pantry untuk kemudahan masak
  4. Basic breakfast.
  5. Acces card untuk setiap seorang
  6. Rooftop
  7. Local Tour

Dari segi keselesaan memang amat selesa kerana tilam pun masih baru so rasa empuk dengan suasana cozy  yang dingin. Aircond memang sejuk  walaupun menggunakan sistem aircond berpusat dan nasib ada selimut yang tebal. Aku syak selimut dan tilam mereka beli di IKEA heheh.

Dari segi WIFI memang tiada masalah, dalam bilik pun lancar cuma mereka menggunakan password  berbeza. So aku yang duduk 2 malam dapat 2 password untuk digunakan.

Bagi locker pula agak besar dan boleh memuatkan beg sebesar 80 liter dengan kemudahan penyangkut baju. Aku suka jenis locker yang menegak seperti almari berbanding dibawah katil mudah untuk aku menyimpan beg atau barang-barang lain.

Jika anda mempunyai masa lapang boleh lah melayari internet dengan menggunakan kemudahan komputer iMAC yang disediakan. Terdapat 2 unit komputer untuk digunakan.  Selain itu disudut yang sama terdapat buku-buku yang boleh di baca.

Apa yang menarik tentang Mingle Hostel ini selain dari sejarah bangunan lama adalah rooftop yang yang diubah menjadi pantry dan tempat lepak untuk kita mingle around dengan traveler yang lain selari  dengan nama Mingle Hostel ini. Masa yang sesuai untuk mingle dengan traveler adalah waktu pagi semasa breakfast atau petang hingga ke malam.

Juga terdapat cafe yang menjual pelbagai menu barat seperti Secret Recipe  yang terletak dibawah Mingle Hostel. Untuk pengetahuan anda bangunan lama ini adalah 3 tingkat di mana tingkat bawah  adalah cafe manakala tingkat 2 dan 3 adalah Mingle Hostel.

Leaf & Co. Cafe

Dan yang pasti lokasi adalah strategik kerana terletak di kawasan tumpuan pelancong . Kawasan tumpuan pelancong yang berhampiran adalah Chinatown, Central Market, Dataran Merdeka dan kawasan sekitar. Untuk ke stesen bas atau mrt hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit jalan kaki.

Tiada masalah jika anda hendak ke Bukit Bintang, KLCC dan juga Batu Cave.  Jika anda berminat untuk tinggal di Mingle Hostel bolehlah check FB mereka https://www.facebook.com/minglekl/ atau website di Mingle KL

 

img_20161003_123614-copy

img_20161003_122845-copy

img_20161002_114839_hdr-copy

img_20161002_114309_hdr-copy

img_20161002_114745_hdr-copy

img_20161003_122647-copy

img_20161003_073808-copy

img_20161003_074012-copy

img_20161003_014922-copy

img_20161003_013657-copy

img_20161002_114245_hdr-copy

img_20161002_114119_hdr-copy

img_20161002_114142_hdr-copy

img_20161002_105729_hdr-copy

 

1,268 total views, 3 views today


2 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: