Keunikan Makanan di Leaf & Co. Cafe

Untuk food review kali ini kami berada di Leaf & Co. Cafe Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan berdekatan dengan Petaling Street. Asalnya kami merancang untuk short trip di Kuala Lumpur dan tinggal ala backpackers di Mingle Hostel tetapi disebabkan Leaf & Co. Cafe ini terletak di bawah so why not kami try cuba.

Untuk pengetahuan anda semua Leaf & Co. Cafe ini adalah di bawah satu bumbung dengan Mingle Hostel so jika rasa lapar boleh lunch dan dinner boleh terus turun kebawah. Cuma cafe ini tidak dibuka waktu pagi. Mula beroperasi dari jam 11.30 pagi hingga 9.30 malam.

Apa yang unik tentang kafe ini adalah tentang ‘interior’ atau konsep kafe ini menggunakan sebahagian perabot lama dalam menghidupkan suasana kafe selari dengan bangunan lama. Masih mengekalkan bangunan lama sebagai tarikan tanpa membuat banyak pengubahsuaian bagi mengekalkan nilai-nilai sejarah pada bangunan tersebut.

Bagaimana dengan makanan pula? Sebenarnya aku tidak ingat makanan apa yang diorder heheh. Banyak kali juga aku belek menu makanan mereka in the end aku panggil waiter untuk suggest menu apa yang best atau ‘signature’ makan mereka then itu yang aku pesan.

Senang cerita makanan di sini adalah ala-ala menu Secret Recipe tetapi masih mempunyai citarasa Malaysia Asia dan harga pun lebih kurang sama. Selain itu terdapat juga kek-kek yang boleh anda cuba. Lain-lain kemudahan yang mereka disediakan adalah plug point. Tempat yang aku duduk memang ada. Tempat lain aku tidak pasti.

Menu yang aku pesan memang sedap dan mengenyangkan. So jika anda berminat dengan makanan seperti ala-ala mix barat anda kena datang Leaf & Co. Cafe ini dan cuba ‘Signature’ menu mereka.

Untuk maklumat lanjut :

Facebook Leaf & Co. Cafe
53, Jalan Sultan
Kuala Lumpur, Malaysia
012-358 7051

Rasalah keunikan masakan di Leaf & Co. Cafe ditambah suasana bangunan lama pasti mencetuskan kenangan silam.

leaf co cafe

leaf co cafe

leaf co cafe

 

whatsapp-image-2016-10-18-at-13-25-37-10

leaf co cafe

leaf co cafe

leaf co cafe

whatsapp-image-2016-10-18-at-13-25-37-5

leaf co cafe

whatsapp-image-2016-10-18-at-13-25-37-4

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: